Mata terkebil kebil. Tak mahu pejam walaupun sudah ada rasa mengantuknya. Kedengaran lagu Casablanca berkumandang , keluar dari blog Tok Nabe. Wah Tok Nabe , shahdu sakan malam nie.
Anak anak semuanya sudah dibuai mimpi. Begitu juga dengan Tok Ma. Di luar , terasa begitu panas sekali walaupun diwaktu ini sudah pukul 1220 tengah malam. aBear tiada. Jam 1130 malam tadi , keluar dari rumah menuju ke Astro di Bukit Jalil. Hmmm .... waktu siang kerja , malam pun kerja ..... Tak apalah ....
Tiba tiba terpandang sebuah buku yang berada di kepala katil. Sudah lama pB punyai buku ini. Sudah hampir 8 tahun buku itu menjadi milik pB. Sudah banyak kali diulang bacanya.
Jom , kita sama sama hayati apa yang tertulis di dalam buku ini.
170 AMALAN YANG DITOLAK.
1) Menyekutukan Allah.
2) Solat untuk mencari pujian
- "Dari Mahmud bin Labid, ia berkata : "Nabi SAW keluar , lalu baginda bersabda:"Wahai manusia , jauhilah oleh kamu sekalian syirik yang tersembunyi,." Mereka bertanya "Apakah syirik yang tersembunyi itu". Lalu sabdanya :" Seorang lelaki berdiri solat,lalu ia menampakkan solat yang baik lagi bersungguh sungguh kerana ianya sedang dilihat oleh orang lain.Maka hal demikian ialah syirik yang halus"
3) MANDI TELANJANG DI PERMANDIAN AWAM
- "Dari Jabir bin Abdullah, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia memasuki bilik mandi , kecuali dengan berkain. Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia memasuki bilik-bilik mandi wanita".
4) ISTERI TIDAK MAHU BERTERIMA KASIH KEPADA SUAMINYA
- " Dari Abdullah bin Amer, dari Rasulullah SAW, sabdanya: "Allah Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi tidak akan melihat seorang isteri yang tidak mahu bersyukur kepada suaminya, padahal ia selalu memerlukan suaminya."
5) ISTERI TIDAK MAHU MELAYANI SEKSUAL SUAMINYA
- " Dari Abu Hurairah, uajrnya: Rasulullah SAW bersabda: :Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur tetapi isterinya tidak mahu datang dan suaminya marah kepadanya, maka malaikat akan melaknatnya sampai datang pagi hari."
6) MEMBUKA RAHSIA SUAMI ISTERI
- " Dari Abu Sa'id , ujarnya: "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari akhirat ialah seorang suami yang telah memenuhi keperluan isterinya, dan isterinya berbuat demikian, kemudian salah seorang dari mereka itu menyebarkan rahsia temannya."
7) MENGGANGGU ISTERI ORANG LAIN
- "Dari Jabir, dari Nabi SAW, sabdanya: "Sesungguhnya Iblis telah mambangun singgahsananya di atas air, kemudian mengirim bala tenteranya dan parajurit yang paling tinggi kedudukannya di sisinya, ialah yang pandai membuat fitnah, lalu salah seorang prajurit itu datang dan kemudian berkata "Saya telah berhasil melakukan itu dan ini," kemudian Iblis menjawab: "Engkau belum melakukan apa apapun. Lalu prajurit lain datang kepadanya seraya berkata: "Aku telah menghancurkan ikatan perkahwinan lelaki dengan isterinya," Lalu Iblis mendekatinya seraya berkata: "Engkau adalah yang terbaik". Kemudian Iblis menjadikanya teman akrabnya.
8) MENYENTUH WANITA BUKAN MAHRAM
- "Dari : "Ma'qil bin Yasar, ujarnya: Rasulullah SAW bersabda:"Seseorang dari kamu ditusuk kepalanya dengan jarum dari besi adalah lebih baik daripada ia bersentuhan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya."
9) RAKUS DAN MAKAN BERLEBIHAN
- "Dari Abu Hurairah, ujarnya : Rasulullah SAW bersabda: "Seorang muslim makan untuk satu perut , sedang orang kafir makan untuk 7 perut".
10) TIDAK MENGUCAPKAN SELAWAT NABI KETIKA NAMA BAGINDA DISEBUT
Tak dapat lah semua 170 amalan itu pB taip disini. Mata dah mengantuk............. Diharap apa yang ditulis disini dapat memberi sedikit ilmu kepada kita semua. Semua diatas itu , pB ambil dari buku "170 AMALAN YANG DITOLAK". Pengarangnya ialah Muhammad Thalib.

5 comments:
pB:sikit pun berkat.ilmu yang baik.
terima kasih kerana berkongsi..
Peringatan bagi yg lupa. Thanks.
Terima kasih PB.
Makin membca makin bertambah ilmu.... berkongsi ilmu bertambah keberkatan.
hehe.. toknabe tak bershadu... asalnya nak letak lagu kugiran d'tepi pantai tp mcm rancak giler... ngalah org muda pulak :D
Post a Comment