17 June, 2009

605

Ingat tak dulu , pB pernah cerita kat dalam blog ni , yang pB ke Panasonic , beli gasket peti sejuk pB tu. Masa tu , pB beli gasket untuk pintu bawah. Selang beberapa hari selepas pasang gasket tu , pintu atas pulak yang BRO'NA (buat hal). Kadang kadang sejuk , kadang kadang langsung merajuk. Time tu , kita orang pun buat conclusion gasket tu yang dah uzur , sebab bila buat ujian untuk pastikan tahap kesempurnaan gasket , gasket tu memang failed.

So , pB order lah yang baru. Dapat staff price , so murah lah sikit. Kena tunggu 3 minggu sebab tiada stok. Dalam dok tunggu gasket baru tu sampai , tiba tiba peti sejuk tu MOGOK terus. Langsung tak sejuk. Hawa sejuk sejuk macam kat Genting pun tak ada langsung. Habis semua makanan rosak. Kuang kuang kuang.

So , kita orang pun angkut lah peti ajaib tu ke Pusat Servis Panasonic kat Seksyen 24 nie. Dah satu kerjaan lah pulak ... Sib baik ada member kat pejabat ni sudi bantu pB pada hari jumaat lepas. Tima kasih banyak banyak yer.
Kalau ikut kata depa kat Panasonic tu , akan ambil masa seminggu baru peti ajaib tu akan dapat balik "all the magic".

Wahhhh seminggu tanpa peti ajaibbb....
Susah jugak tu .....
Sebelum proses hantor peti ajaib tu , semua isi perut terpaksalah dikeluarkan. Termasuklah semua aksesori aksesorinya. Bila dah keluar semua , dah satu hal pulak , melonggok longgok semua makanan dan barangan seperti sos tomato , kicap , BBQ Sos , Sos Tiram dan lain lain lagi.






Dah bersepah sepahlah kat dapur tu ....


Tapi , nasib baik ada pemain simpanan.
Dapatlah jugak pB simpan semua barangan yang mudah rosak seperti
ikan , daging kat dalam peti empat segi ini.
Kira tak rugilah pB beli ......
Beras nasi dagang pun pB simpan kat sini.
Itu tak termasuk lada kering ......
Segala mak neka tepung pun pB simpan kat dalam peti Mistral nie.



Hari ni , dah gie ambik dah peti ajaib tu. Tiga benda they all tukar. Hopefully lepas ni peti ajaib ni tak merajuk lagi. Sebab kalau dia merajuk , pB lelongggggggggg ......



Tiga empat hari tak ada peti ais, boleh pulak budak budak MILO Susu kat umah tu tak minum air sejuk. Kalau tidak , asyik asyik bukak peti ..... asyik asyik bukak peti , ketuk air batu.



Nota Tambahan:
Yang sebenarnya pB lupa yang Panasonic ada buat perkhidmatan 'baiki dirumah'. Tu yang pikul peti ais tu sampai ke tempat tu.

Soklan Cepuemas untuk yang dtg bertandang hari nie

MANA LEBIH BAIK , ROSAK PETI SEJUK ATAU MESIN BASUH YANG KONG? ALATAN MANA YANG LEBIH PENTING ??????????? PETI AIS ATAU MESIN BASUH ??????

15 comments:

McBudu said...

Dua-dua tak pe rosak, jangan rosak PETI suara!

Eliss said...

jgn rosak peti undi..hahahahahaha...

zareda said...

dua dua penting

pinatbate said...

tak nak rosak dua-dua..

Kak Elle said...

pB baru nak kenapa tak panggil org dia service kat rumah?...

hmm takde peti sejuk ok bolih mkn kat luar tapi tampa mesin pencuci tak larat nak basuh sendiri tapikan bolih gak hantar kat laundry ..... hehee

Neeza Shahril said...

mesin basuh!!! peti takdok takpe.. boleh makan luar..
mesin basuh takdok.. uish.. tok kae nok hata spendar haghi2 gi dobi.. huhuuu...

Anonymous said...

kalau saya mestilah mesin basuh!!!!peti ais tak de boleh makan kat luar...klu mesin basuh rosak macam bukitlah kain baju nanti...

risanur said...

masa risa baru kawin dulu sampai thn kedua mmg umah risa takde mesin basuh dan peti ais...kalu risa masih boleh idup la kalu takde kedua2 benda itu...

mamalisa said...

psssttt: bak email address kak?

pB said...

MAMALISA
pbpibi@yahoo.com

pB said...


RISANUR

2 Tahun !!! Lama tu. Tapi masa tu berdua jer kan. Kalau dah ada anak ramai mcm kak pB nie , teruk gak nak membasuh kalau tak ada mesin basuh

pB said...


IMA

Betul tu. Nok Nok lagi kito hok ado anok ghama nie. Kalu sari dok basuh , kain srupo gunung ayae.

pB said...


ADIK JA

Tok larat jugok kalau asyik nok makae luar. Banyok pitih habih tu ...

Rasonyo me'mae dua dua peti tu penting ...

kakLuna said...

setuju dgn kak nieza! freezer x de takpe, lgpun baik utk kesihatan kan..x de la nk minum yg sejuk2 je..dan kita pun terdorong mkn yg fresh2 aje..x pyh simpan2 :P


tp kalo mesin basuh takde, busyuk masyem baju mana tahan nk simpan berkepam2....dh menjejaskan kesihatan hehe

Anonymous said...

Kak pB,
Dua-dua tak bleh rosak.. tambah lagi 1 - keta... ni benda2 wajib.. hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...