28 July, 2009

637





Salam





Kesihatan pB , alhamdulillah dah beransur ok.
Tapi , pagi ni lupa lak nak makan ubat.

Kuang kuang kuang ......




aBear ke Genting.
Kursus.

Esok pulak akan ke Gunung Ledang.
Pun kursus jugak.



Apa yang pB nak tulis ni , harap maaf kalau ada yang terasa hati , nyer.



pB hargai semua kawan kawan blog pB ni. Tak kiralah blogger tu pB dah jumpa atau belum jumpa lagi. pB memang jenis orang yang suka berkawan.


pB tersangat sangat lah gembira kalau orang gembira membaca apa yang pB tulis dalam blog ni. Apa yang pB tulis pun bukan lah isu isu negara. Kebanyakkan apa yang pB ceritakan dalam blog ni adalah hal keluarga pB dan apa yang berlaku di sekeliling pB.


Kadang kala bila tiba mood 'nakal' pB , maka akan tertuliskan isu isu yang sedikit 18 SX seperti n3 semalam.


Rasanya apa yang pB tulis tak adalah yang menyakitkan hati orang lain. Semuanya hanya bacaan ringan ringan sahaja.


pB gembira apabila ada yang meninggalkan komen selepas membaca apa yang pB tulis. pB hargai semua komen komen itu. Seboleh bolehnya pB akan balas semua komen yang ada. Tetapi ada juga masanya , bila pB terlalu sibuk , maka komen itu tidak terbalas. pB mohon maaf.


Namun , sekarang , pB perhatikan ada seorang pengomen yang kadang kala meninggalkan komen di mana komen dia buat pB rasa tak sedap hati. Pengomen itu sentiasa buat pB rasa kurang selesa. Bila pB clik pada ID beliau , tiada profile tentang sidia ni.


Dari apa yang dia komen , pB rasa dia kenal pB dan aBear. Mungkin dia kawan lama. Tapi kenapa dia perlu bersembunyi. Kan senang kalau dia berterus terang. Komen dia yang terakhir tu , entah lah ...


Entry 635 itu tidak ada kaitan langsung dengan kehidupan pB dan aBear. Itu yang pasti. pB bahagia dengan kehidupan pB sekarang. pB bahagia dengan aBear.



16 comments:

McBudu said...

Orang luar berkata-kata bak seorang ahli nujum seolah-olah merekalah yang amat mengetahui akan kehidupan kita luar dan dalam sedangkan mereka langsung tidak ada pengetahuan itu.

Kita yang punya diri lebih mengetahui segala yang berkaitan kehidupan kita dibandingkan dengan orang luar yang secara nakal cuba meramal dan mengagak akan realiti kehidupan kita.

Ummi said...

inilah masalah orang yang suka baling batu dan menyorok tangan....

lantak dia aje pb, tok sah dok fikir pasal dia, buang masa aje

macam lah dia dok serumah ngan pb, tahu dalam luar apa yang berlaku...

orang macam ini jiwanya kacau...

suruh dia buka blog untuk luahkan perasaan kacaunya itu

hehehehe.... ummi plak yang lebih2 ini

kakLuna said...

susah kan..kalo nak menulis kat blog sdiri pun kene ikut apa yg 'orang' nak lihat/nak baca...hmm

adanz said...

hmmm pB kalu x keberatan n kalau x kesah la nak share, apa maksud nombor sebagai tajuk posting? nak kata no siri, x la bersiri sgt kan? hmmmm email pun leh luncaisenang@yahoo.com

Yunus Badawi said...

Tak usah ambil pusing sgtlah. Nanti pB jugak yg pusing hikks

redza said...

:)

tak payah ambik pusing sangat la sis BP...memang kenkadang orang luar ni rasa dia TERLEBIH kenal diri kita dari orang-orang yang rapat dengan kita...mungkin takde keje sangat kot..atau hidup dia terlebih banyak masa sangat...

blog kita..cerita kita..adalah hak kita...


Take Care

Nik Maisarah said...

kadangkala pendapat atau pandangan orang lain perlu diambil kira.. dan dipertimbang-timbangkan

jangan cepat2 terkejut/bermuram/sakit hati dan sentiasa beranggapan negatif.

apabila semakin banyak ditulis.. semakin banyak dapat dilihat oleh orang lain dimana kelemahan dan kelebihan diri kita

Sya said...

pB .. samalah kita dulu dpt si Mat Bond tu sampai carik selidik mana ex kak sya skrg ni adalah 2-3 nyamuk yg sesekali berbunyi yg tak menyenangkan dlm blog kak sya.

Orang2 ni memang tetiap hari masuk blog kita.. kekadang kak sya fikir agaknya dia org ni tak ada keja tu sbb perhatikan aje.. silap sikit kita mereka akan hantam

Tapi mereka berani sbb bersembunyi sebagai anon atau nama samaran.. oleh itu boleh lah kita katakan mereka ini sebenarnya PENGECUT ...

Cuba sikit letak nama betul ngan sekali ngan blog dan email memang lah tak berani.. PENGECUT lah katakan

Sally said...

pB,
ahhh..x payahn layan org yg pengecut2 ni..d blog Sally ade jugak sekali dua yg penakut guna 'anonymous'..block kan je..yg tak takde jati diri tak perlu d terima sbg tetamu blog!!

Neeza Shahril said...

macae2 ragae manusio ni kakok..
take it lightly.. tok payoh serabut ppalo otok.. wak demae jah..
tulih jah kakok nok tulih ggapo..
kalu demo tok suko, jangae baco.. khalass... :D

chekgu Bani Hassim said...

org mcm tu tak berani nak depan dgn realiti...
baling batu sorok tgn...tu yg tak besh...
kalau bo layan pun boleh kut??
ignore je..

Tulisan Dari Manjung said...

orang yg tak letak "signature" time hentam orang ni pengecut.....perlu ker PB hiraukan orang cam nie....lantaklah dia...sah2 dia jealous ngan PB...blog dia org tak masuk kut....perangai org nie lebih kurang wartawan2 penyamar dalam newspaper tu....so baikan jer...PB kan bloggers bahagia...peace..

Tepi Sungai Batu said...

pB,
Tok soh peduli apo oghe nok kato.

kad0k. said...

jangan peduli kak..biarkan aje dia..:)

pB said...


kadOk
Tak ada apa apa pun. Saja saja release tensi.





POK MAE
Tak dok la rusing sangat. Tapi kalau dia saing lamo , khe elok kalau dia muncul. Jadi nu'suk lagu tu.





T.D.M
Dia tak ada menghentam pB. Cuma kdg kdg komen dia tu buat pB rasa cemas.





CIKGU BANI
Dalam ignore ignore , kena jugak beringat ingat. Insyaallah , he means no harm.





ADIK JA
Kadae kadae hok dio komen tu , srupo beri peringatan pada kak pB pada sesuatu yang dia tahu tapi kak pB tok tahu. Tu hok buat kak pB sedikit risau. Srupo dio ni tok nujum.





CIKGU SALLY
Hopefully dia akan muncul sebagai tetamu terhormat selepas ini.

WRA said...

itu hari k.we tulih doh dale entri k.we...jange risaukan sangat apa org kata...kita dengar/baca, kita analisa, kalu rasa buleh ikut, kita ikut, kalu rasa tak sesuai, abaikan saja....we are what we think, bukan apa yg org lain fikirkan....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...