05 July, 2009

617

Salam


Orang kata Malang Itu Tidak Berbau. Yelah , kan ,kalau berbau mana ada orang yang mahu mencari malang.

Begitu juga lah dengan pB ni. Tiada siapa mahu melibatkan diri dalam kemalangan . Walaupun sekecil mana kemalangan tersebut.

Baru minggu lepas , pB dapat tahu yang si Cikgu Bani Hashim kita tu xcident kat kawasan Shah Alam nie. Dan jumaat lepas , pB pula yang kemalangan.

Jumaat itu , pagi pagi lagi pB dah ke Klinik Gigi di Pandamaran itu. Setelah selesai menjalani rawatan crowning itu , pB terus menghala ke Shah Alam, untuk bersarapan.

Kenyang perut , hati pun senang. Bertambah senang kerana pB mendapat lagi cuti free dari Doktor yang bertugas. Dari tempat minum , pB ingat nak balik terus ke rumah.

Di Bulatan Kayangan itulah berlakunya kemalangan tersebut. Barangkali pemandu kereta Gen Two , tidak perasan yang pB ada di sebelah kiri kereta nya itu. Lalu , keretanya 'menyental' sisi kanan kereta pB. Walaupun tidak kuat , namun boleh dirasakan geseran tersebut.

Bila dipostmortem , sisi kanan pintu belakang kereta pB tergaris sepanjang 10 cm , dan paling menyedihkan plastik hitam yang meng'cover' bumper kanan pB tercabut.

Pemandu Gen2 itu juga seorang wanita. pB tak tahu kenapa diwaktu itu , pB berlembut hati. pB cuma meminta no hp wanita tersebut. Katanya dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Kinrara 3. pB katakan padanya , nanti bila hubby tengok , pB akan call dia dan kita akan selesaikan secara baik.

Wanita itu bernama Puan Cikgu. Dia bersetuju dengan cara pB. Kereta nya hanya tercalar sedikit sahaja.

Bila jumpa aBear , hi hi hi , jenuh pB kena leter. Kenapa tak ambil no kereta ? Kenapa tak minta ganti rugi ????

Inilah yang dikatakan sudah jatuh , ditimpa tangga. Sehingga hari ini , Puan Cikgu tidak menghubungi pB. Petang tersebut , pB berjaya bercakap dengannya. Kata dia , dia sedang mengajar , so tidak dapat bercakap panjang , malam nanti dia akan call pB.

Namun , itu janji kosong seorang guru dan juga seorang ibu.

pB masih lagi berharap dia akan membalas semua sms yang pB hantar kepadanya. Kalau betullah dia tidak mahu membayar gantirugi pB , sekurang kurangnya , have the courage to call pB or at least relpy my sms. Jangan lah buat pB macam nie.

Pagi esok , di pejabat , pB akan cuba lagi call PUAN CIKGU ini. Hopefully , dia akan jawab call pB ....

Dan hingga sekarang , pB masih lagi terpaksa mendengar ceramah percuma dari suami kesayangan pB ituu...


Wa tension nieeeee !!!!!!



Oppsss , lupa tentang kuiz minggu lepas.


Bro Zino telah berjaya menjawab dengan betul . Tahniah Bro. Nanti sms kan alamat umah Bro ke hP pB, ok ......

15 comments:

AZANI said...

tahniah zino,
pB,yelah malang tak berbau, dah terjadi,tapi puan atariah pun tak patut lah kan, apasalnya tak call balik?

Zareda Norman said...

PB

harap semuanya dipermudahkan untuk PB.

Yunus Badawi said...

Tadi aku dah tulis komen panjang2 tak keluar huhuhu

Wah ada kuiz ke? Rugi aku tak dpt ambik bahagian sbb minggu lepas aku takde kat KL. huhuhu

Lain kali kalau buat lagi, boleh ko check dgn aku utk pastikan aku ada hehehe

Kujie said...

lor...itulah lamanya kemalangan.

hari sabtu lepas ( semlm la ) kawan sekolah anak kak jie pun xsident juga..dlm perjalanan blk dr kelas tusyen...budak tu ada lesen bagainya...

pemandu perempuan tu masuk ke kanan, lori berhenti bagi laluan..tapi dia terus je tak toleh kiri lagi..rupanya ada motor di sebelah lori.

kesian budak2 tu...tahun ni nak SPM..teruk juga masuk ICU gak

tapi tadi , khabarnya keadaan dah baik...

zino said...

zino menang? macam tak caya..hehe tak pernah memang kuiz ni ini first time ... alamat ada kat jemputan dulu hehe..

tak pe hadiah punya pasal sat lagi dapat alamat hehe

lupekanje said...

malang mmg tak berbau...
dan mmg kkdg, klu blaku apa2, kita ni tk koser nak panjg2 citer..tpi pahtu, nyesa tk sudoohh..

acik salu tk nampak kereta di sebelah kiri atau kanan,..panggil aper tu..blind aper tahh...tetiber jer ader keter hon...dan muncul dari belah kiri atau kanan...pdhal da tgk kat cermin tgh dan tepi...nampak cam clear...

tapi pcayer lah pB... buke acik yg langgar keter pB itu....:)

Moga dipermudahkan urusan...
Sesuatu urusan itu akan menjadi mudah, sekiranya tidak ada yang menyusahkan..
sekian, falsampah dari acik buat pB...

TokNabe said...

Memang malang tak berbau dan tak berbunyi.

dalam kes pB,tak semua orang tu sama...Kita cuma mengharapkan penyelesaian yang baik tapi mungkin tidak pada orang. Bersangka baik boleh tapi jangan terlalu percayakan orang.

tulipurple said...

aduishhh...tang kene ceramah ngan hubby pasal kete tu yg kita tak sanggupkan sis..huhu.semoga cikgu itew tahu tanggungjwb dia...

Ummibatrisya said...

apasalahlah baik hati sangat :)

memang le abear akan bagi ceramah percuma :)

cikgu tu mesti mengilangkan diri macam tu aje

alahai :(

shafarina said...

hangat hati la klu kena gitu

ingat hasben dia polis, dia sesuka hati leh lepas ke? dunia bolehlaaaa

Masy said...

alahai... panik kot masa tu hehehe apo nak buekkk

HappyIrfa said...

harap2 akak gen2 tu melarikan diri.
kalau tidak jenuhlah kene bebel ngan cik abear.hehe

pB said...



IRFA
Jangan lar lari ..... Sedih kak pB sebab kak pB hok keno

pB said...


MASYPanik pun nyer , percaya sangat kat Puan Atariah tu pun yer jugak.

CikguZue said...

moga dipermudahkan segalanya.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...