22 July, 2009

631



Inilah masjid kebanggaan penduduk Puchong Perdana.
Cantik kan ...

Alhamdulillah banyak aktiviti yang dijalankan disini. Dan kalau sembahyang jumaat tu , memang penuh. Sampaikan melimpah ke luar masjid , orangnya.


Baru baru ni , ceramah Israj Mikraj telah diadakan. Yelah kan , kita ni dok dalam bulan Rejab. Lupa pula nama penceramah yang dijemput khas tu. Tapi yang pastinya penceramah itu bukan calang calang rang. Orang kuat di Universiti Malaya dan juga seorang yang berasal dari Negeri Serambi Mekah.


Beliau memberitahu

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawa

"akan ada antara umatnya yang menyayangi harta orang lain lebih dari dia menyayangi harta sendiri ".

Faham tak dengan ayat kat atas tu . Mula mula pB dengar tu macam tercenggang lah jugak kan.

Macam mana pulak , kita lebih sayang pada harta orang lain. Mestilah kita sayang harta kita sendiri kan. Sebab tu lah , kita asyik dok jaga harta benda kita. Jaga dari dicuri , jaga dari kemusnahan , jaga harta itu dari pembaziran.


Ghuper ghuper nya yang dimaksudkan dengan ayat kat atas tu ialah .....

Kita memang dok jaga harta kita tu bagai nak rak. Sampaikan nak derma kat masjid , kat tempat kebajikan , umah anak yatim , kita dok berkira kira.

Padahal , bila kita mati nanti, harta yang kita dok jaga tu , akan jatuh ke tangan isteri , anak.
Itulah maksudnya.


Kita punyalah kedekut , tapi last last harta tu jatuh ke tangan orang lain. Dan kalau orang lain tu beriman dan jenis yang kesian kat kita , mujur lah kan.


At least , mereka akan guna harta yang kita warisi pada mereka tu ke jalan Allah. Dapat jugak lah pahala.


Tapi , kalau dapat ker orang yang mudah lupa daratan , habuk pun kita tak dapat.


So , kesimpulannya , janganlah kita ni dok kedekut macam Haji Bakhil tu. Sentiasalah kita menderma ke jalan Allah. Harta kita , kita buatlah kebaikan dengan harta tu. Biarlah bila kita mati nanti , harta yang kita dok derma tu , boleh sikit sebanyak tolong kita nanti , di akhirat .





**************************************************************************
oassalamu 'alaikum ya akhti.. ya ukhti.. (4x)

salam-salam hai saudaraku
smoga Allah merahmatimu
salam-salam wahai semua
smoga hidup jadi bahagia

bila hati terasa sedih
bila jiwa terasa hampa
mungkin kita sudahlah lupa
berzikir tenangkan jiwa

bila langkah sempit dunia
rejeki dicari alangkah susah
mungkin kita sudahlah lupa
sedekah lapangkan harta

dalam hidup semua bekerja
kadang salah kadang berdosa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

dalam hidup tiada sempurna
kadang khilaf kadang terlupa
jangan-janganlah putus asa
ampunan Allah selalu terbuka

assalamu 'alaikum ya akhti.. ya ukhti.. (4x)

12 comments:

zino said...

betul tu harga melimpah ruah tak kan kemana.... last last yg tinggal bergaduh nak berebut harta..

Achu Tra said...

comenyo gamba masjid tuh..che abe ko ambik??..

aNIe said...

PB...kadang2 harta yang ditinggalkan membuatkan ahli keluarga bermusuh2an antara satu sama lain...

Kat tempat akak baru malam ni diorang nak buat majlis Israk Mikraj

achik said...

kak PB duk puchong perdana ek?

pB said...


ACHIK
A ah. Berjiran ker kita?

pB said...


KAK ANIE
Sebelum mati , kena siap siap tulis wasiat. Tempek kat dinding ruang tamu umah. Begitu jugak dengan hutang piutang. Senang sikit orang kita tinggal tu nak uruskan.

pB said...


ACHU TRA
Bukae. Dio tok brapo pro lafi. Baghu amatur.

pB said...


BRO ZINO
Betul tu. Unta tu nanti nak wasiat kat saper? Along ? Angah ? Adik ?



Hadiah Bro pB dah pos jumaat lepas. Dah dapat ker???

MOKCIK AZWA said...

sedangkan dah prepare wasiat lagi org masih nak contest..inikan pulak klu takde wasiat..

tengkiu atas ingatan tu PB

Zareda Norman said...

PB

anggap jer harta dunia ni daki dunia jer.. sampai masa daki daki tu kena tanggalkan juga

pB said...


IBU IKA
Betul tu Zar. Nak tanggalkan daki tu , perlu ada sabun yang betul betul berkesan. Bukan senang nak hilangkan daki yang dah lama bertempek kat kulit....

pB said...


AZWA
Anda lebih memahami kerana sudah bidang anda ...

hi hi hi


Skima giler jawab komen

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...