23 July, 2009

632

pB masih lagi nak cerita tentang ceramah yang pB dengar minggu lepas.

Rasanya semua orang dah tahu tentang perjalanan Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Allah . Begitu juga semua dah tahu tentang apa yang Nabi Muhammad S.A.W nampak di dalam perjalanan tersebut.


Nabi Muhammad S.A.W nampak apa yang bakal kita alami kiranya membuat perkara perkara yang telah Allah larang.
Nabi Muhammad S.A.W juga nampak apa yang bakal kita dapat apabila kita membuat semua perkara yang Allah suruh.
Bak kata orang , buat baik dapat baik . Buat jahat dapat jahatlah balasannya.



Antara balasan yang pB kira amat dasyhat ialah akan ada golongan yang makan daging busuk sedangkan disebelah daging busuk itu ada daging yang baik.


Penceramah tu kata , itu adalah balasan untuk mana mana suami atau isteri yang curang kepada pasangan mereka ......


Hmmmm ....

Banyak dah kan, perkara ini berlaku sekarang ini.



Pada yang sedang curang , berhentilah.
Pada yang akan curang , janganlah.
Dan pada yang sudah curang , bertaubatlah ......


Moga kita di masukkan kedalam golongan orang yang mendapat kebahagian diakhirat nanti.

3 comments:

Tepi Sungai Batu said...

Berpesan-pesan lah dengan kebenaran dan berpesan-pesan lah dengan kebaikan.

kakLuna said...

pesan kat ust akhil hayy dan wahida boleh ni..

AuntieYan said...

Salam pb,

Dalam kita bercanda di blog ni ada masa, sekali sakali ingat mengingati tu adalah sangat baik..kita manusia ni mudah lupa.

pssttt...setakat ni dok pernah lah curang, insyaallah...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...