13 August, 2009

652




Lawa tak ???

Hasil tangan pB nie.
Jenuh bersekang mata nak siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.


Actually , benda ni pB buat untuk aBear.
Sempena hari jadi yang ke ......... berapa ek , dah lama sangat , sampai dah lupa.

Kita orang kawin tahun 95 , masa tu dia umur 24. Benda ni pB bagi pada dia masa kita orang dalam fasa bertunang. So , kira nilah hadiah dari pB kepada aBear masa dia umur 23 tahun.


Ingat lagi , bila masa makan , ter'bokok-bokok' dalam surau dok buat kiraan dan jahit (kan benda ni cross-stich), so kenalah kira berapa merah , berapa pink , berapa hitam. Bila kat umah , rela tak tengok tibi , sebab nak siapkan.


Yang tang I LOVE U , tu , pB buat kiraan sendiri sebab kalau ikut corak asalnya , yang ada cuma tang love dan bunga rose tu.

Dah habis jahit , mesti lah nak frame. Tak kan nak bagi macam tu jer , kan. Masa tu pB kerja kat Komtar. Berulang alik dari Sungai Petani . Tiap tiap hari naik feri. Dari Port Weld naiklah bas sampai ke Komtar. Gitulah routinenya. Sebab tu dulu , pB kurus.Hi hi hi.



Oklah , back to the story.



Bila cross-stich tu dah siap , pB pun hantorlah kat kedai frame. Kat Lebuh Chulia , kedai tu. Kedai cina lak tu. Dari Komtar ke Lebuh Chulia pun pB kena naik bas. Ingat ingat pB , frame tu kosnya 60 ringgit mesia. Ciss ... frame lagi mahal dari hasil kerja tangan pB.

Masa pie hantar , ok lagi , sebab kain boleh lipat lipat masuk plastik bag. Tapi bila dah siap , besar gedabab , wa cakap u , frame tu.

Dah satu hal pB mengangkutnya dari Lebuh Chulia ke Komtar. Then bila balik kerja tu , tak kan nak tinggalkan kat pejabat.


Angkut lagi , naik bas. Turun bas . Berkejar-kejaran nak hambat feri dengan membawa frame besar tu. Termengah mengah bila berjaya dapatkan feri. Bila dah sampai seberang sana , kena lagi berjalan jauh ke tempat letak kereta. Adoiiiii .......


Tapi , tu semua kenangan dan rasanya berbaloi sangat sangat , bila



I saw his smilling face masa terima hadiah tu .....





Wahhhh.... back to memory lane lar today....







21 comments:

redza said...

Setiap kenangan indah tu membuatkan kita tersenyum kan kak...

Dan setiap benda yang kita buat untuk orang yang kita kasih walaupun terkadang banyak yang perlu kita tempuh...tapi bila mereka menerima dengan senyuman...sudah membuatkan hati kita juga berbunga riang..

:)


btw..hasil kerja yang cantik

Pok Li said...

Maksudnya lebih mahal. Mungkin tiada nilai untuk dibayar. Kenangan memang indah kannnnnnnn.

achik said...

wah, bagusnya kak PB.. :D

pB said...


ACHIK
Itu dulu lar Achikkk. Sekarang tak dak dah .... Mokcik tak larat nak terbokok bokok , sakit pinggang weh







POKLI

Betul tu Pok Li. Tapi kadae kadae bendo lagu ni , kito mudoh lupo.






REDZA

Yang indah buat kita tersenyum. Yang sedih buat kita bersedih. Bila timbul yang sedih , kita kena ingat yang buat kita senyum. Baru hati tak sakit....

Masa bercinta , sakan. Apa saja boleh. Tapi sekarang , anak dah empat...hi hi hi ikut mood.

Thx .
Keras tangae hok ni jah hok kak pB reti.

Scorpion61 said...

Cantik...wa cakap lu... pricelesskan, hope d love still lingers on from d day till now... :-))

adanz said...

betuoh la abe dio....

tchersally said...

fewwiittt!!

risanur said...

romantiknye kak pB..
kenangan yang hadir tu tidak akan kembali walaupun 100 tahun hidup di dunia ini...

so sweet...

Kak Elle said...

cantik tu pB kalau akak yg buat agak setahun pun tak siap.

Neeza Shahril said...

very sweet... anybody would be flattered..


kaechek mak saleh lah pulokkkk huhuuuu..

zino said...

minta abe baca kisah ni hehe

maiyah said...

salam.. wah ini lagi cayok, wat pakai tangan sendiri jer.. haa.. itulah tanda keikhlasan yg tak berbelah bagi cinta sayang heee meraban lak cakap

ima said...

romantiknya pB ni...memang indah dan mengasyikkan bila mengimbau kenangan lalu...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

romantiknya kak pB ni..saya dulu penah gak menolong mak buat menda ni tapi sket2 jer..dasar femalas :P

pB said...


E.L.I.S.S.M.I.E
Hok tok syok nyor ,asyik kak pB jah hok romantik. Che aBear dok pong !!





IMA
Romantik ?? Yolo tuuu...





MAIYAH
Rasanya sebab masa tu , pB tak tau nak bagi apa kat dia. Sebab tu yang buat cross-stich.






ZINO
Nak suruh aBear baca n3 nie??? Lambat lagi dia nak baca. Dia memang jenis tak minat blog blog ni.

pB said...


ADIK JA
Ingat kor monih orghe putih mano lar hok sesat sakni....

Sweet ??
Dulu larrr. Maso tu dalae proses nok ambik hati. Semuo sanggup. Kalu suruh jalae kaki 5 km bersamo pun tak por. Tapi kalau loniiii, sorry larrrr





KAK ELLE
pB ada satu lagi projek. pB mula tahun 96 kalau tak silap. Sampai sekarang tak siap siap. Kah kah kah....





RISANUR
Yang tak syok nyer, kak pB jer yang romantik. aBear jenis memang tak romantik langsunggggg ....

Kdg kdg ku kecewaaaaaaaaaa






SALLY
Yup yup yup






ADANZ
Hi hi hi. Dia memang bertuahhhhhh !!!!






SCORPIO61
Tak cantik pun kena kata cantik. Sebab nak ambik hati. Hi hi hi

Abang Long said...

Hadiah yang menjadi kenangan. Terasa indah sungguh diwaktu itu ...


Heiii ... pb berulang dari Port Weld ?


Pb tolonglah kirimkan emel kepada Abang long ...

mohamad.feroz@gmail.com

opie said...

Dah masuk bulan 8 mula le nak tunjuk hadiah b'day yang bagi kat hubby...

Apa pun cantik hadiah tu pB rajin u buat utk org yang tersayang...

AZANI said...

pB:semoga berpanjangan kasih dan sayang aBear pada mu.....Amin.

xiiinam said...

Salam...terima kasih atas doa yang dikirim...

cikgu_math said...

romantiklah pB ni.....

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...