08 August, 2009

649

Ada sepasang suami isteri yang telah berkahwin selama 10 tahun. Kita namakan mereka berdua Dato' K dan Datin S. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan yang berusia 9 dan 7 tahun. Kehidupan mereka , alhamdulillah. Termasuk di dalam golongan orang yang senang. Di usia belum mencecah 40 tahun , mereka telah pun mempunyai rumah yang cantik dan kenderaan yang selesa.

Kedua dua pasangan suami isteri ini bekerja. Bekerja di sebuah syarikat yang amat besar di Malaysia ini dan mereka mempunyai pendapatan bulanan yang stabil. Perdapatan bulanan mereka itu membolehkan mereka mereka membeli apa sahaja yang mereka mahu. Alhamdulillah ....

Tetapi apabila ditanya , tidak timbul kah di hati mereka untuk menambah ahli keluarga ...

Ini jawapan mereka

Datin Z : Saya tiada masalah. Semuanya bergantung kepada suami kesayangan saya.

Dato' K : Cukup lah kerana semua nya saya lakukan. Apabila isteri saya mengandung , saya penuhi segala permintaan nya . Apa yang dia mahu makan , tidak ada satu pun permintaanya saya tidak penuhi. Apabila isteri saya bersalin , saya tatang dia seperti minyak yang penuh. 100 hari saya menjaga isteri saya. Air mandiannya saya sediakan , makanan dalam pantang , saya masakan. Badannya saya urutkan , saya tungkukan juga perut dan badannya. Saya pastikan isteri saya mendapat rehat yang secukupnya. Anak kecil itu , juga saya yang jaga. Mandi nya , basuh kencingnya , basuh beraknya , salin pampersnya , barut perutnya , semuanya saya lakukan. Apa bila bayi itu bangun malam , saya yang akan mula mula sedar. Saya yang dukung anak itu dan berikan kepada isteri saya , untuk dia susukan. Pabila anak itu menangis , saya yang tenteramkan anak itu. Apa bila , anak itu bercerai susu badan , saya juga yang akan bangun pada waktu malam , dan sediakan susu botol untuk anak itu. Isteri saya jarang sekali bangun . Sayalah yang menjaga mereka berdua .....

Cukuplah , kerana saya sudah letih ....
Note tambahan : Hingga sekarang , walaupun anak anak yang besar, Dato K masih lagi bertanggungjawab didalam segala hal tentang anak mereka. Dan anak anak perempuan Dato K lebih mencari Dato' K , apabila mereka kurang sihat , perlukan perhatian dan juga apabila mereka ditimpa musibah atau kesusahan.




Kisah ini hanyalah segelintir kisah yang berlaku dalam masyarakat kita. Persoalannya boleh kan Dato' K menggunakan alasan itu untuk tidak lagi mempunyai zuriat .....


Sila berikan komen anda , nyer

20 comments:

IMANSHAH said...

Saya suka gak menari, tapi haram tak reti..Poco2 boleh lah..kalau salsa ke, salasiah ke..lagi la macam kayu

Zareda Norman said...

anak dia seorang ke dua orang??

Pilihan masing masing ..

IMANSHAH said...

Tersilap kat atas tu..sori..

Huhu satu kot dalam seribu laki macam nih..kalau saya memang saya tak buat semua..setakat sikit2 lah tulung bini

ckLah @xiiinam said...

Kalau kedua-duanya sekali sama-sama berjerih bersusah payah memelihara anak.....pasti tiada yang merasakan dia seorang kelelahan....

Bukankah itu makna sebuah perkongsian?

Kalau ckLah lah....

cikgu jue said...

kalu ada laki yg cenggini, mmg syorga la bini yg dpt tu.... tp yang dato k tu kata, jaga anak n wife dia 100 ari je kan? takkan lama tu je dah serik tak nak tambah anak lg.... rasanya la kan, kalu dato k tu dapat rasa mabuk mengandung n sakit bersalin, mati idup bailk dia takut nak kawin n ada anak!!! hu hu hu....

aza ni said...

ntah apa motif datuk k,sayapun tungkukan bini saya, lampinkan anak saya,kalau buleh nak saty every 9 month 10 hari.

TokNabe said...

Itu alasan tak nak anak kecil... tapi kalau dapat anak yang besar terus okey je rasanya Datuk K tu....

laki cikgu kimia said...

xde experince.. nak sangat.. huuu

Yunus Badawi said...

Kalau dpt kawin lain mahu agaknya datuk k izinkan isteri muda dia beranak hehehe

Maiyah said...

salam.. mana tak penat, dia kene jaga sume, tapi kalau takdir sangkut gak benih, datuk K terima jer ye tak!

Neeza Shahril said...

memang lah best husband buat semua..
tapi 2 aje ke?? macam sikit sangat la..

Jard The Great said...

hmmm... mati pucuk kot? ehehe..

salam singgah dari ku.. ;p

Anonymous said...

APa le semua ni...
kita tak tahu masalah org tu...
Kita yang tenguk dan bercakap senang le..Biar lah apa yang dia nak buat janji dia tak kacau kita,parlimen kita,PM kita,negara kita dah le..
Pasal bini lain ..kalau nak beranak mesti le tapi mesti perangai bini yg ke 2 tu tak macam perangai bini yang pertama..kalau tak jawapnya dapat no 3 leee hehehehe..

Jard The Great ada ke mati pucuk..baik tukar jantina terus.
Dato K saya sokong Dato K..

"Saya Yang Bernama DATO K"

shafarina said...

boleh jerrrr

oren said...

baguihnya dato' K tuh..dan untungnya bini dia..

ps: kita tgk dari luaran, mungkin nmpak semuanya indah..tapi gelodak dlm hati, hanya mereka saja yg tahu...

McBudu said...

Memang patutpun dia rasa letih dan serik. Apa tidaknya, semua kena buat sendiri!

pB said...


McBUDU
Kalau dia hendak kawin lain , isterinya patut bagi green lite :)






OREN
Betul tu Oren. Tak semestinya orang yang shopping manjang , banyak duit. Kredit card boleh gunaaaa

pB said...


INA
Boleh jer?? Beranak atau kawin lain ???






ANON
Relax2. Jgn emo sgt sgt. Tak perlu babitkan PM,Parlimen dan Negara. Blog pB bukan blog politik.

Jodoh ditangan Allah. Kalau dah dpt isteri yang macam tu , nak wak macam mana. Terima ajalah ...

Kalau rasa boleh kawin lain, kawin jer.

pB said...


JARD THE GREAT
Salam

Tak tau lar kak pB nak komen. Isu dalaman hanya Dato' tu sahaja yang tahu.





ADIK JA
Setengoh orghe dia tok sir banyok banyok. Tok supo kito. Hi hi hi






MAIYAH
Betul tu. Kalau ada reseki , terima jelah.






YB
Sudah semestinya. Tapi kalau isteri muda sama perangai dengan isteri tua. Botak cepat lar Dato'K tuuu

Ha ha ha






LAKI CIKGU KIMA
Tunggu apa lagi. Kawin jelah






TOKNABE
Kalu nok anok besar , keno kawin jando larrr






AZANI
Bagus nyer kamu

zino said...

alasan yg munasabah.. tapi kalau kena pujuk nya mau je dia tu nanti hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...