Siapa bilang orang yang diberi cuti di bulan puasa ni lebih gagah dari orang yang berpuasa.
Kalau dulu masa bujang bujang , kalau Allah Bagi Cuti (ABC - itulah kata samaran anak anak dara pB berikan pada 'period') , time sahur , mana adanya nak bangun. Tidur lagi sedap.
Tapi sekarang , walaupun dpt ABC , kena jugak bangun. Sediakan makanan dan minuman untuk anak anak sekaligus untuk bapaknya sekali. Kalau nak harap bapaknya , rasanya makan maggi lar anak pB tu .....
Bukannya Tok Ma tak tolong , tapi kalau time sahur , biasanya dia akan bangun untuk solat sunat dan membaca al-quran. Tak kisah lah kan ....
Tengah hari pun bukannya boleh senang senang makan. Tak kan lah nak berkelentang kelentung kat dapur. Dengar dek jiran , malu jugak .....
Satu suapan untuk Nurin , satu suapan untuk mak nya. Hi hi .... itu jer lah yang boleh.
Rasanya letih lagi letih bila tak berpuasa ni . Sebab nak kerah kerah anak buat kerja rumah pun kesian. Sehari dua ni , semuanya lembekkk. Masih belum dapat tuning yang betul betul lagi.
Tapi tak per , untuk keluarga tersayang , kita sang isteri ni sanggup lakukan apa sahaja.
Tak gitu...
Menu hari pertama , simple jer ...
* Singgang daging
* Sambal sotong
* Kangkung goreng belacan
* Ikan kembung goreng
* Ayam masak kerutuk.
Dan menu hari kedua ... hi hi , tak tau lagi sebab adik pB ajak kita orang berbuka dirumahnya .
Reseki jangan ditolak , kan...
Insyaallah , esok puasa pertama untuk pB ....
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
23 August, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
16 comments:
slmt berpose kak pB :)
selamat beramadhan, pB sekeluarga
selamat berpuasa besok hehe..
كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم
walopun ABC, letih nya ya ampunn!!
selamat memulakan puasa. Raya besok pun ABC lah hehehe
selamat berpuasa esok pB..hehe siaran tertunda..
....musuh jangan dicari...pandang kanan kiri depan belakang bila berbuka tu.
org yg dpt ABC lagi letih dibulan poser ekk...
nak makan pun sorok2 gak....hahaha..
* Singgang daging
* Sambal sotong
* Kangkung goreng belacan
* Ikan kembung goreng
* Ayam masak kerutuk.
SIMPLE KATANYA.....
he...he...he....
kalau yang tak simple cam ner agaknya.....Pb..Pb.....he,,,he...
salam.. abc satu.. letak kacang lebih kit heeeeeee
Dah berada di luar kawasan ni, tak dapat lagilah nak ke bazar ramadhan Puchong Perdana.... huhuhu.
Sedapnya menu buka posa orang ABC buat ... sure secukup rasa masakan tu ...hihi.
Selamat berpuasa pB.
kekadang ambo plek juga bila ado ore jate kato dia pun cuti.. ABC hehe ado ko?
Salam,
Dulu masa anak Tie kecik, boleh makan sama2 time Ramadhan... mereka tak tahu pun pasal puasa ni. Tapi, sekarang... kena sorok2... kalau tak mesti heboh satu quarters, hihi...
Salam
Selamat berpuasa esok ek...
Post a Comment