09 September, 2009

9.09.09



Semalam , selepas solat isyak sebelum solat sunat terawih , Imam sempat bertazkirah ...
Beliau bercerita tentang kisah anak Nabi Muhammad S.A.W iaitu Siti Fatimah Azzahra

Pada suatu hari , Siti Fatimah bergurau senda dengan suaminya iaitu Ali Bin Abu Thalib. Dalam dok bergurau gurau tu , tiba tiba air muka Saidina Ali berubah menjadi merah. Merah kerana menahan marah, Mungkin ada gurauan Siti Fatimah telah mengguris perasaan Ali.

Siti Fatimah apabila mengetahui yang dia menyebabkan Ali , marah , beliau telah mengelilingi katil mereka sebanyak 72 kali, sehinggalah Ali kembali tersenyum .....

Apabila Siti Fatimah menceritakan hal ini kepada ayahandanya , Rasul bersabda (lebih kurang)
"Andailah Siti Fatimah meninggal dunia pada hari keesokkanya , tanpa mendapat kemaafan dan keampunan dari suaminya , nescaya , Nabi tidak akan menyembahyangnya jenazah Siti Fatimah "

Hmmm ....

72 kali Siti Fatimah tawaf katil , semata mata untuk memohon kemaafan dari suaminya.

Kita ???? Berapa kali dalam sehari kita engkar pada kehendak suami kita ?? Berapa kali dalam sebulan , kita menolak ajakan suami kita apabila untuk bersama ?? Berapa kali kita kerap tidak masak , masakan yang suami kita hendak makan ??? Berapa kerap kita meninggikan suara kita apabila kita bercakap dengan suami kita ??? Berapa kali kita mengumpat hal suami kita ???

pB pernah baca , kita kalau nak tidur membelakangi suami , pun kena mintak izin. Nak berpuasa pun kena mintak izin.

Imam tu juga cakap , bahawa kita , isteri isteri ni adalah kaum yang telah dijanjikan syurga kalau kita ni taat pada ALLAh , taat pada suami. Bukan susah nak masuk syurga. Tapi , apabila Nabi Muhammad S.A.W tengok pada malam Isra` Mikraj , baginda melihat majoriti yang tinggal di neraka adalah wanita ......

Kaum lelaki tidak mendapat jaminan mudah untuk masuk ke syurga kerana mereka mempunyai banyak tanggungan. Walaupun lelaki itu kuat ibadahnya , kuat amalannya , tapi sekiranya isteri , anak anak mahupun adik beradik dan juga ibu nya masih melakukan dosa dosa , beliau akan terheret ke nereka bersama sama mereka.

Imam itu berpesan , ramai wanita yang masuk neraka kerana apabila mereka keluar rumah mereka banyak melakukan dosa. Antara dosa dosanya ialah tidak menutup aurat dengan sempurna.

Pakai tudung tapi buah dada kelihatan. Trend sekarang kan , kalau pakai tudung mesti nak pin , tarik ke bahu. Tarik pin kat atas kepala. Last last , kain tudung tutup sikit jer , atas atas buah dada kita jer. Nak pakai labuh labuh , macam tak trendy lah pulak . Masyaallah. Banyak kan kesilapan yang kita buat. kadang kadang tu dtg jugak angin nak pakai tudung labuh , tapi , rasa macam dah tua lar pulak... Alahai ...

Tu tak masuk pakai baju kebaya lagi tu. Baru dok pasang angan angan nak beli kebaya pendek yang ada dijual kat PKNS tu ...

Keluar rumah , sembur minyak wangi. Tak kiralah minyak wangi mahal , minyak wangi murah. Bila lelaki lain yang hidu bau tu , itu dah kira berzina. Masyaallah..... pB saja ada 4 botol minyak wangi. Rasa nak sembur , pB sembur. Masa malas , dok jer lah minyak wangi tu kat situ.

Pergaulan dengan rakan sekerja. Bergurau senda , bercakap hal hal yang bukan bukan. Itu semua menyebabkan kita , wanita mudah diheret ke neraka ...

pB bukanlah baik. Dosa pB banyak. Dosa pB berlambak-lambak. Dosa dengan aBear . Dosa pada Tok Ma , Tok Ayah... Dosa dengan kawan kawan ...

Kalau ingat pada dosa, takut siang malam. Takut kalau kalau apabila pB mati , dosa dosa tu pB bawa bersama. Takut kalau kalau masa mereka kebumikan pB , Allah tunjuk time time tu jugak dosa dosa pB pada keluarga yang ditinggalkan....Banyak dah kan cerita yang kita dengar pasal nie.

Lagi sedih bila dengar Imam tu cakap , elok elok suami dapat masuk syurga , kita isteri ni , gie tarik dia masuk neraka sebab kita.... Kesian kan pada suami kita tu.

Kesimpulannya , bagi diri pB lah kan , pB berazam nak jadi isteri yang terbaik buat suami pB. kalau boleh dah tak mau dah sakit sakitkan hati dia lagi. Kalau boleh benda benda kecik yang selama ni pB dok rasa tak puas hati tu , pB kena buang jauh jauh.

Doakan pB berjaya berubah nyer kawan kawan ....

23 comments:

Eliss said...

Yang eliss tak buat lagi adalah pakai stokin spt yg hubby suruh:( sebab me tak suka pakai kasut..mcm pelik jer tp x nak my hubby masuk neraka :(

Kak Elle said...

thank u for sharing pB adoi kalau 72 kali bertawaf keliling katil untuk satu kemaafan adoi kesalahan yg kita buat selama ni??? satu hari mengeliling pun tak habis agak nya kan?

Achu Tra said...

..bbetulkae niat..ikhlaskae hati..bykkae berdoa..insyaallah gapo kito nok Allah bui..

MOKCIK AZWA said...

Gerun...sama la kita PB...tudung labuh dah beli dah...tapi ntah la bila baru kekuatan tiba untuk nak memakainya.

Button Planet said...

PB, Alhamdulillah...satu penghijrahan yang baik....hendaknya apabila telah berhijrah kita akan beristiqomah...

Alhamdulillah...

K Azzah8

Hanisham Ab Halim said...

Aduh... bagus info pb ni. Nati sayo print pahtu bui wife baco.

Scorpion61 said...

Dalam hidup ini terkandung risalah-risalah Allah s.w.t. dalam segenap detik dalam kehidupan kita, jika hati kita sentiasa hadir dalam bermuamalah denganNya dengan adab kehambaan kepadaNya. Sabar dan syukur merupakan dua sayap utama bagi kerohanian seseorang hamba dalam menuju keredhaanNya. Setelah seseorang mencapai istiqomah dalam sabar dan syukur dalam segenap kehidpannya terhadap setiap ketentuanNya dengan bantuan Allah s.w.t., maka dia akan dianugerahkan rasa redha kepada Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya...insyaallah.-IP-

Tie said...

Err... Tie ada sebotol je minyak wangi... kekadang pakai gak kat rumah.. tapi kena get ready laa, ekekeke...

Kita ni orang perempuan memang mudah masuk syurga, dan mudah pula ke neraka.. Senang je nak bahagiakan suami, cuma bab jaga aurat tu selalu cuai, hu hu...

shafarina said...

insyaallah

supaya kita semua berubah

pB said...


INA
Kita berubah untuk menjadi yang terbaik ...

Amin





KAK TIE
Hi hi hi. pB tau Tie pakai bila minyak wangi tu ...

Memang bila masuk bab aurat , susah sgt sgt. Ni nak balik raya ni , umah Mak Mertua ada in laws ...
Kena tutup aurat tuuuu

pB said...


KALA JENKING
Masing masing ada tanggungjawab masing masing. Penuhi tanggungjawab itu dengan sempurna , insyaallah selamat dunia dan akhirat.

Na Shari said...

Salam kunjungan pertama kali...

Terima kasih kerana berkongsi entri yang sangat-sangat menginsafkan...Kadang2 kita anggap benda tu remeh, tapi sebenarnya berat.

WRA said...

dulu, depan brother in laws k.we tok paka pung tudung...tapi alhamdulillah, lloni paka doh la tapi bukae tudung proper sangat pun...paka tudung hok sekerat...hmmmm

insyaAllah, mudah2an kita semua akan dapat berubah....

DrSam said...

Alhamdulillah pB kerana beriktikad untuk berubah dan menjadi insan (isteri) yang lebih baik lagi. Semoga diperkenankan doa itu. Kita manusia memang tidak lagi dari melakukan kesalahan. Sama-sama maaf-memaafi terutama suami-isteri untuk keberkatan bersama.

ckLah @xiiinam said...

Subhanallah...Alhamdulillah..

Mummy Rizq said...

iyea.. sama sama lah kita berdoa untuk kebaikan bersama...

Biarlah rahsia said...

InsyaAllah k.pb...mudah2an k.pb diberi kekuatan utk jd isteri yg terbaik...bi pun walau dh bertudung labuh...tp still ada gak ngamuk2 kat suami kes tk puas hati kecik2...

harap kita sbg isteri diberi kesabaran yg lebih utk lebih sabar dgn suami.

jemputlah dtg rumah ghayo nanti.

TokNabe said...

salam pB... mcm budak2 la ni cakap. Tau tak pe.

Mother of Two said...

betul tu pb...satu peringatan untuk sy juga...

Mother of Two said...

betul tu pb...satu peringatan untuk sy juga...

Mulan said...

thanx for sharing pb.. kena muhasabah diri ni..

Maiyah said...

Amin :)

tok llaki said...

inilah masalah yang kebanyakan dihadapi oleh suami dan kebanyakan isteri tak faham.suami nak syarah panjang2 pun,bukan dia nak terima.kena ustaz royak jugak baru dia terasa.kalau suami cakap semua benda ni,ada je jawapan balas dari isteri.pahtu macamana.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...