Hari ini 29 Ramadhan , hari terakhir kita berpuasa di bulan yang mulia ini. Insyaallah , esok kiranya umur kita panjang , kita semua akan menyambung 1 Syawal. Kebanyakkan perantau sudah sampai di destinasi yang dituju. Kesemua adik beradik aBear telah selamat sampai. Empat dari enam adik beradik aBear mencari rezeki di luar Kota Bharu.
Suasana di rumah ibu mertua masih lagi biasa biasa aja. Belum lagi bertukar langsirnya , belum lagi bertukar alas mejanya. Namun begitu , ibu mertua sudah mula sibuk di dapur. Menyediakan menu utama untuk 1 Syawal. Kali ini , kami semua akan dijamu dengan hidangan nasi dagang.
Pakaian anak anak masih lagi belum bergosok. Yang masih belum siap dijahit manik pun masih ada lagi. Suasana cuaca di luar rumah mendung tapi hangatnya terasa hingga ke dalam bilik ini.
Pagi tadi , pB sempat menziarahi kubur arwah nenek dan sanak saudara di Kubur Banggol. Sudah kebiasaanya pB ke sana sehari dua awal . Untuk mengelakkan kesesakan sebenarnya. Sempat juga menziarahi kawan lama pB yang tinggal berhampiran dengan Kampung Atas Banggol.
Malam ini malam terakhir kita di bulan Ramadhan. Kalau panjang usia kita , insyaallah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga semua amalan yang kita kerjakan disepanjang bulan yang mulia ini , diterima oleh Allah Yang Maha Kuasa dan semua dosa dosa kita telah diampunkan oleh Allah Yang Maha Pengampun dan Pengasih .....
Dikesempatan ini , pB mohon maaf dan ampun dengan semua blogger - blogger sama ada yang pernah bertemu mahupun hanya bertemu di alam maya ini. Mohon maaf kiranya ada cerita cerita yang terpapar di blog ini telah menyinggung mahupun melukakan perasaan pembaca semua.
Kepada seorang sahabat yang berada di Kapar , pB doakan agar Syawal ini membawa sinar kebahagian dan kecerian kepada keluarga beliau. Tabahkan semangat dan kuatkan hati. Semua dugaan ini datangnya dari Allah Yang Maha Mengetahui.
Insyaallah , kalau ada sumur di ladang , boleh kita menumpang mandi , kalau ada umur yang panjang , insyaallah kita semua akan bertemu lagi selepas hari raya nanti.
8 comments:
selamat hari raya..maaf zahir dan batin..tq.
..1717..
Ucapan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi di Ramadhan yang akan datang..
Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir dan Batin dari Kami sekeluarga..
Salam lebaran.. Insyaallah akan ketemu lagi :)
Selamat Aidilfitri buat pB sekeluarga.
Maaf zahir batin
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN - dari kak nong sekeluarga...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
salam...
ambo pun nak ucapkan selamat hari raya buat pB dan seluruh warga yang menziarahi blog pB.
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...
mohon diampunkan segala yang tersalah, tersilap maupun yang disengajakan sepanjang ambo menziarahi blog pB
Selamat Hari RAya dan maaf zahir batin kak pb..
Ja pun sama jugok.. maaflah kalu ado salah silap ya.. kalau ada terkasar bahasa.. terasa hati ke..
Ja berayo sederhana jah tahun ni... uhukss..
Post a Comment