Seminggu selepas raya , seorang kawan pB telah kehilangan isterinya. Kehilangan yang secara mengejut. Jatuh sakit pada hari jumaat , warded petang jumaat dan meninggal pada petang sabtunya.
Arwah disyaki mengidap kanser pangkal rahim. Bukan tak pernah buat pemeriksaan pun , cuma tak dapat di'detact'. Umur arwah 53 tahun. Meninggalkan 2 anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Pada hari isnin tu , pB dan geng ofis pergilah melawat suami arwah nie. Masa kita orang sampai , kebetulan masa tu jugak , kengkawan arwah datang. 3 kereta semuanya.
Datang membawa barang-barang peribadi arwah yang diambil dari pejabat dan juga borang borang yang perlu diisi oleh suami arwah, kawan pB.
Kita orang lebih kepada memerhati pada masa tu. Yelah , tak kan nak campur tangan pulak,kan.
Yang pB nak cerita kat sini nie , pasal barangan peribadi yang kita dok simpan kat pejabat kita tu. Katakanlah kita tiba tiba meninggal macam arwah tu kan , dan kawan kita pun kumpul kumpul barang kita dan hantar lah pada suami kita. Dan for sure lah suami kita akan tengok , belek barang-barang tu. Kalau semua barang tu tak ada barang yang haram , oklah kan.
Tapi , dalam byk byk barang tu adalah barang-barang yang tak patut suami kita tengok dan dia pun tak sangka kita ada barang yang macam tu. Mesti terkejut sakan suami kita.Barang haram tu macam surat cinta ker , hadiah dari orang yang tak sepatutnya bagi hadiah , gitulah.
Elok elok suami kita tu redha dengan pemergian kita terus jadi naik angin. Tak pasal pasal , kita yang kat dalam kubur masa tu , elok elok dok dalam bilik lapang , terus rasa panas dan kena himpit. Yelah , mati dalam keadaan suami tak ampun dosa, berat tuuuuuu.
Kesimpulannya , kalau ada barang yang tak sepatutnya kita simpan , elok lah kita buang cepat cepat.
Kita tak tahu kita mati bila.
Sekian terima kasih. Pesanan ini juga khas untuk suami suami di luar sana juga.
19 comments:
habis nak kena buang gak le yang kat jari tu.....
innalillah...
betul tu... take precaution
Salam takziah...
Betul gak kata Pb tu. Buatnya barang yang tak sepatutnya, ishhhh.. mmg haru namanya tu....
Nasib baik masa pindah dulu dah hilang satu bekas, dlm tu ada surat2 cintan-cintun, gambar2 sensasi, gambar koleksi awek2 dll...smpai skrg duk pk siapa yg curi...?! -IP-
salam pb...jika antara kita dgn pasangan sudah jujur dan ikhlas...adakah masih berkeinginan untuk menyimpan benda yang tak sepatutnya kita simpan....huhu
so far tak de brg brg yang mencurigakan disimpan.. ehheheh..
pastikan kesihatan kita sentiasa terjaga
...mati itu tibo2..bersediakah kito??..jange laa dok buat bendo pelik2 hok Tuhe maroh!!
al fatihah utk kwn kak pb...
tq krn beri peringatan pd kekawan...kekadang kita tak perasan kan...takutnye kalu tiba2 ada brg cam gitu....minta dijauhkan la..
Susah kalau ada rahsia ni...... susah dalam serba serbi.
innalillah.. jgn berahsia nanti ssh :)
Alfatihah untuk yang telah pergi.
Tentang barang2 peribadi tu, ada terfikir. Tie dok memikir barang2 di rumah ni. Hmm.. memang nak kena kemas, dan buang apa2 yang tak perlu.
Bukan apa, tetiba kita mati, dan orang yang tolong kemas bilik atau rumah kita tu jumpa sampah2... malu gak.
Mesti dalam hatinya berkata," Mak aii..., sibuk sangat ke mokcik Tie ni?" Hmm....sibuk blogging, ekekeke.....
Ooo...satu lagi, Tie ni suka simpan duit, selit kat mana mana... kena beritahu kat suami, supaya dia tak terbuang, boleh juga guna duit tu untuk sedekah, kan...
Al Fatihah.
Pada kenkawan yang tolong kemas tu kalau terjumpa barang2 mencurigakan elok dibuang sajork..kan menutup aib itu lebih afdal..
bila banyak berahsia hidup jadi sulit..
Al- Fatihah...
Nauzubillah... hindarkanlah dari semua yang ditegah oleh agama. Insya'allah...
al fatihah ..utk arwah..
betui pesanan pb..dlm erti kata lain .jgn ade kekasih gelap..hidup ini hanya pinjaman..
vah vah vah.. sentap tewww..
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatihah
Sori nyapok sikit...sajo nak tupe glamer blog PB utk promo aktiviti bonsai...mana tahu ada yg berminat :-
Bengkel Amal Bonsai oleh Persatuan Seni Bonsai Kelantan yang dianjurkan bersama Bonsai & Stone Academy dan Bonsai Club International
A) Tarikh : 18.10.2009 (Ahad)
B) Masa : 8.30 am – 11.30 am
C) Tempat : Greensphere
(Bonsai Nursery I S Ng)
34356 Jalan 8/125, Desa Petaling, 57100 KL.
D) Yuran penyertaan :
i. Bukan ahli PSBK : RM20.00
ii. Ahli PSBK : Percuma
(Walaubagaimanapun,sumbangan dari ahli2 PSBK amatlah dialu-alukan)
E) Objektif :
i. Perjumpaan dan ramah mesra ahli2 PSBK dari seluruh negara
ii. Memperkenalkan PSBK kepada bakal ahli-ahli baru
iii. Suai-kenal dan ramah mesra bersama Master Bonsai antarabangsa, Robert Steven.
iv. Pembelajaran tentang teknik pembikinan bonsai secara bersistematik
v. Demonstrasi dan hands-on aktiviti di dalam proses pembikinan bonsai.
vi. Panduan di dalam pemilihan bahan bonsai
vii. Peserta digalakkan membawa pokok masing-masing samada dari peringkat bahan – 80% siap untuk mendapatkan tunjuk ajar dan pandangan daripada master bonsai..
viii. Demostrasi akan dilakukan berdasarkan pokok yang dibawa oleh peserta.
ix. Yuran penyertaan dan sumbangan peserta bengkel ini akan disumbangkan kepada dana kewangan PSBK.
F) Kumpulan sasaran : Semua peringkat pemain dan peminat seni bonsai
G) Jemputan khas: World Master, Robert Steven
Latarbelakang penceramah :
Bohori Bin Che Makhtar, Timbalan Presiden Seni Bonsai Kelantan(PSBK).Beliau Merupakan Sifu PSBK dan telah memenangi pelbagai pertandingan bonsai peringkat negeri dan kebangsaan.Berpengalaman luas dalam dunia bonsai dan mempunyai kaedah tersendiri dalam melestari bonsai.Umum mengenali beliau sebagai seorang sifu yang sentiasa mencipta kelainan dalam seni bonsai.
~JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN~
AJK Kecil program bengkel amal PSBK
1.Logistik/kelengkapan:
i.)Wan Kamarudin bin Wan Zakaria
ii)Saleh bin Abdul Malik
iii)Muhamad bin Sanimun
2. Kewangan:
i) Najmi Yani bin Ahmad
3. Promosi dan Perhubungan awam:
i) Noryadi Noruddin
Pls refer www.bonsaikita.blogspot.com
Bloggez PB semua dijemput hadir ya..macih Da.
Assalamualaikum
Innalillahi wa inna ilaihiraajiun.
pB, mencelah sikit. Boleh jer nk kirim. Nanti saya kirim melalui pelajar yg pulang ke Malaysia.
Ina, Sweileh.
Post a Comment