12 October, 2009

705

Salam Semua ...



Masih ada lagi ker puasa enam hari nie?
Tahniah tahniah.
Pada yang masih belum cukup , anda semua masih ada masa.

He he he , padahal tuan blog ni pun tak cukup lagi pun.
Masih berbaki dua hari.

Harap harap , sebelum tanggal 30 Syawal , dapatler tuan umah ni melengkapkan puasa enam tu.

Oklah , better stop sembang sembang pasal raya dan jamuan raya.
Kita sembang pasal lain pulak.
Jom sembang pasal pokok.

More specific pokok BONGSAI.

Semalam , pB ke Semenyih , umah member lama. Member since tahun 1988. Kat umah member pB ni , penuh dengan pokok Bongsai nie. Hubby dia peminat Bongsai dan rasanya dia juga pengerusi Persatuan Bongsai Kelantan.

Jom , kita tengok pokok duluuuuu








Ini pokok Selagi , tau.
Tengok buah tu ...









Inilah tuan nyer ....
Nor Yadi









Banyak sijil tu.
Masuk paper pun pernah ...
Glamer gituuuuuu

Pada mana mana blogger yang berminat dengan pokok bongsai ni , satu bengkel akan diadakan minggu depan. Jomlah kita beramai ramai kesana untuk menimba ilmu .

Bengkel Amal Bonsai oleh Persatuan Seni Bonsai Kelantan yang dianjurkan bersama Bonsai & Stone Academy dan Bonsai Club International

A) Tarikh : 18.10.2009 (Ahad)

B) Masa : 8.30 am – 11.30 am

C) Tempat : Greensphere
(Bonsai Nursery I S Ng)
34356 Jalan 8/125, Desa Petaling, 57100 KL.

D) Yuran penyertaan :

i. Bukan ahli PSBK : RM20.00
ii. Ahli PSBK : Percuma
(Walaubagaimanapun,sumbangan dari ahli2 PSBK amatlah dialu-alukan)

E) Objektif :
i. Perjumpaan dan ramah mesra ahli2 PSBK dari seluruh negara

ii. Memperkenalkan PSBK kepada bakal ahli-ahli baru

iii. Suai-kenal dan ramah mesra bersama Master Bonsai antarabangsa, Robert Steven.

iv. Pembelajaran tentang teknik pembikinan bonsai secara bersistematik

v. Demonstrasi dan hands-on aktiviti di dalam proses pembikinan bonsai.

vi. Panduan di dalam pemilihan bahan bonsai

vii. Peserta digalakkan membawa pokok masing-masing samada dari peringkat bahan – 80% siap untuk mendapatkan tunjuk ajar dan pandangan daripada master bonsai..

viii. Demostrasi akan dilakukan berdasarkan pokok yang dibawa oleh peserta.

ix. Yuran penyertaan dan sumbangan peserta bengkel ini akan disumbangkan kepada dana kewangan PSBK.

F) Kumpulan sasaran : Semua peringkat pemain dan peminat seni bonsai

G) Jemputan khas: World Master, Robert Steven

Latarbelakang penceramah :

Bohori Bin Che Makhtar, Timbalan Presiden Seni Bonsai Kelantan(PSBK).Beliau Merupakan Sifu PSBK dan telah memenangi pelbagai pertandingan bonsai peringkat negeri dan kebangsaan.Berpengalaman luas dalam dunia bonsai dan mempunyai kaedah tersendiri dalam melestari bonsai.Umum mengenali beliau sebagai seorang sifu yang sentiasa mencipta kelainan dalam seni bonsai.

~JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN~

AJK Kecil program bengkel amal PSBK

1.Logistik/kelengkapan:

i.)Wan Kamarudin bin Wan Zakaria
ii)Saleh bin Abdul Malik
iii)Muhamad bin Sanimun

2. Kewangan:
i) Najmi Yani bin Ahmad

3. Promosi dan Perhubungan awam:
i) Noryadi Noruddin

Pls refer http://www.bonsaikita.blogspot.com/

14 comments:

~0~ said...

wah...cantik nya kak pokok tue..
suma lawa lawa...

siap rantai lagi pokok tue...

MULAN said...

bila dapat terjah umah pb ni..?? kita masak kuzi kelantan utk open house tau.. ramai suka.. hehe bawang goreng blend import dr helper adik kt KL..

Zareda Norman said...

cantik bonsai ni harganya pun mahal.. sampai berantai rantai pasu dibuatnya..

manlaksam said...

Boleh berbuah juga ya......
Walaupun kerdil tapi buah nya nampak ok.

endiem said...

minat tengok..

lupekanje said...

rajin nyer jaga pokok bonsai gitu..
mang cantik sgt..

tk nk komen lebiy la kat pokok bonsai ni...sbb acik tk geti...hehhe.

tpi komen bab poser enam..acik pun tinggal lagik 2 ari...huhu..
payah nyer nak perabeh...meh kita sesamer ngabehkan cecepat poser nam ni...insyaAllah..

TokNabe said...

Comel pokok bongsai ni..... saya pun ada tapi bukan pokok bongsai tp pokok bosar. :D

maiyah said...

suker tgk pokok bonsai ni ada meliuk piuk dahannya :)

MOKCIK AZWA said...

wow...sampai kena mangga pokok tu ek...comel ya amat hehehe.

berminat tapi, alahai any aktiviti from friday to sunday will have to wait until all the rakyat jelata berpindah ke putrajaya huhuhu

NJ said...

salam tuan umah..salam kenal..saya dah follow blog ni yer..kalau sudi singgah jenguk ler kat umah saya hari-hari-nj.blogspot.com

NJ said...

bonzai yg kat pic ni semua mahal2 la tu..yg my hubby baru nak besar baru bape taun jer..yg tu mesti dah harge ribu riban rasa..mmg cantikkk

Yunus Badawi said...

wah dah beralih minat ke bongsai pulak pB ni . . .

Tie said...

Amboi........

Comel2 bonzai ni, ekk. Siap ada sijil lagik!

Noryadi said...

Hi all,
Waaa..terpegun tgk kualiti gambar2 yg diambik oleh abear PB ni...pro sungguh! Gambar lagik cun dari pohon.

Thanks PB & Abear....ada free,jemput dtg umah...nak bagi present bonsai kat Abear.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...