Pada suatu petang yang suram , si isteri bertanya kepada sang suami tercinta
"Kanda , mengapa kanda tidak melayan adinda seperti mana kanda melayan kawan kawan kanda"
Lalu , sang suami bertanya
"Layanan yang bagaimanakan yang adinda maksudkan itu?"
"Yelah , dengan kawan kawan kanda boleh tersenyum , berborak , ketawa ria , bergurau senda , namun dengan adinda , kanda tidak begitu."
Maka , sang suami menjawab
"Mereka itu tidak pernah menyakitkan hati kanda , sedangkan adinda sering menyakitkan hati kanda ....."
Maka , petang itu bertambah lah suram dan durjana buat si isteri
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
20 October, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
20 comments:
Sang suami tu selalu terlupa bahawa...sang isterilah yang sentiasa bersamanya lebih2 lagi diwaktu susah dan sukar...walaupun si isteri sering menyakiti hati tapi sang suami pun terlupa bahawa mereka pun selalu menyakiti hati si isteri...
Jangan lah cakap macam tu wahai sang suami.........sang isteri nak bermanja tu...
kalau silap. sang suami tegur2lah.
pB nanti datang ke rumah kakpah ye 31 okt.
hmmmm erkkkk maaf tak reti nak komen sbb tak pernah tanya hubby lagi... terfikir buatnya jawapan tak berapa nak sedap lagu mano......
sapo suh tanya gitu?kang dah dapat jwpn x seperti yg di inginkan.hehe
Salam...
Tak payah la nak risau dengan kata-kata tersebut...
Selagi suami mendengar dan melayan kerenah pB, dan menyediakan segala keperluan keluarga dengan penuh tanngungjawab.. itu sebenarnya suami amat-amat menyanyangi pB dan keluarga.
Suami pB adalah mereka yang sangat-sangat baik hati dikalangan kami dan rakan-rakan.
manusia tiada yg sempurna kanda, meskipun kawan2 kanda tidak pernah menyakiti hati kanda namun mereka hanya memenuhi keperluan luaran kanda utk berasa gembira bersama2 tetapi lupakah kanda siapa yg memenuhi keperluan dalaman kanda yg x mungkin dipenuhi oleh kawan2 kekanda itu....
sampai hati si suami cakap macam tu.
Katakan saja kepada kekanda tu " mengapa dulu tak kawen je dgn kawan-kawan tu...?"
apa maksud sang suami tu...
Dinda...janganlah gundah gulana, Kanda bukan bermaksud apa yang di ucapkan tapi Kanda sedang menghafal dialog untuk pementasan drama Bangsawan Hikayat Seribu Satu Malam...:-) -IP-
Yang sakitkan hati nilah nanti akan menjaga sakit pening kanda weh.. kengkawan tu dia tenguk 10-20 minit aje.. pastu dia balik rumah dia
cuba tanya balik sang suami, kalau si isteri cuba ikut perangai kengkawan sang suami tu, agak-agak boleh ker layanan menjadi sama? hmmm....
dan tanya juga balik, camana boleh si isteri jadik seperti kengkawan sang suami itu?
salam Pb
Timakasih kerana sudi jengah dan jadi pengikut NJ yer...tq2...
suka kalau lg ramai kawan lg bagus kan..
..hok dok sukung sembe urus rumohtangga jaghe2 dihargai..hok dok huha-huha minum teh tarik/kopi janda selalunyo lebih dihargai...
*kera di hutan disusukan..anak di rumah mati kelaparan..
-ambobukesasterawe-
salap silap tu asam garam perkahwinan. si suami patut tegur2 kesilapan si isteri.
tidur luar seminggulah si suami tu.
Kesiannya dinda...
sabor jer la...
Maka , sang suami menjawab
"Mereka itu tidak pernah menyakitkan hati kanda , sedangkan adinda sering menyakitkan hati kanda ....."
SELALU KE CUBA-CUBA RENUNG-RENUNGKANNYA...
Bagi tahu je pada sang suami tu selalu menyakitkan hati tapi bagi sedapkan hati selalu gak kawan-kawan boleh bagi ke tak boleh kan sang isteri gak yang dicari.
..kitamanusia..
pernah dengar suami org cakap kat isterinya gitu, siap maki hamun dalam telefon..
ish ish.. yang selalu menyakiti hati kanda tu ler sebenarnya teman sehati sejiwa..
bila dah tiada,baru kanda sedari,dindalah permata,tiada galang ganti
Post a Comment