Sekarang ni musim peperiksaan, kan.
Kalau yang kat umah ni , yang sekolah menengah jer yang baru mula.
Semalam kertas bahasa melayu.
Hari ini kertas english dan sejarah.
Jenuh pB dok paksa budak dua tu baca buku sejarah.
Semalam , pB tengok tak ada pun yang pegang buku sejarah.
Bila ditanya kenapa tak baca
Inilah jawapan yang diberi
"alah Mama , ngantuk lah"
"alah Mama , tak sukanya sejarah"
"alah Mama , masa cikgu ajar , asyik nak tidur jer"
Pagi ni , sampai kena kena paksa baru diambilnya buku .
Bukan buku sejarah tapi himpunan soalan soalan dari bab 1 hingga bab 11.
Kata mereka 40 soalan diambil dari situ.
pB pulak yang dok dup dap dup dap bila fikir pasal mereka nak periksa matapelajaran sejarah.
Naper lah anak anak pB ni tak minat Sejarah?
Salah mereka ker?
Atau salah cikgu mereka?
Kalaulah ckLah ni dok dekat dengan pB , memang pB hantar mereka kerumah ckLah.
Biar cKLah , saiko sikit budak budak nie.
Tukar presepsi mereka tentang matapelajaran Sejarah nie.
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
29 October, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
18 comments:
Budak-budak selalu cakap,"Sejarah ni adalah perkara yang dah lepas.....jadi barang yang lepas jangan di kenang".Adoooiii.....
salam:)
Anak saya pun ckp mcm yg dituliskan oleh pak man laksam tu. barang yg lepas dah basi, biar ke depan. Mcm mana nak jawap tu.
budak2 ni mcm pahat ngan penukul,sekali ketuk sekali masuk.
itu ayah saya yg kata.
saya rasa cikgu sejarah dewang mesti hensem..saya suka sejarah pasal cikgu saya dulu hensem hahahha
eliss rasa cikgu yang bleh buat kiter minat/tak minat sejarah..cikgu eliss sangat sedap mengajar sejarah..hahahaaha ms men rendah tak minat langsung, tapi SPM baru minat..
payah nak bayangkan masa lepas berbanding masa akan datang
memang belajo sejarah ni bergantung pada cikgu. eh, tapi derang sekarang ni belajo sejarah zaman biler eh? masih sama cam kiter ke?
Salam pb,
Akak pun dah give up meleter anak sorang suruh baca buku...letih ada sedih pun ada...
Tawakal dan doa sajalah..
cara ajar kena ada...sbb sejarah ni cerita, jadi kena ajar dengan cara bercerita...tak leh ajar mcm lecture hehehe...k.we ni cakap pandai lah, tapi praktikal belum pasti huhhuh....namun begitu, belum cuba belum tahu kan?
SEJARAH? Jangan budak, org tua pun ada yg tak suka. ( Oh..saya ke itu? )
Bukan anak pB aje tak suka sejarah.. kak sya pun
cikgu sejarah sy garang...suka x suka kena study gak..
tp nak bg senang blajar ni...dlm apa matapelajaran pun *especially yg kena mengingat ni....buat mind maping
rasanya anak2 kak PB pun tahu atau dh ada? tp maybe x berkesan?
Mmg tak minat belajar sejarah. Fakta berjela dan kena hafal.
Klu dipelbagaikan cara mengajar sejarah tu, cth mcm kuiz berhadiah ke, atau ape ajelah bagi menarik minat student.
saya suka cerita2 sejarah, tapi bab nak hafal tahun2nye tu yg masalah...sampai la skrg ni. kalau ada periksa2 mcm PTK ke, kena buat nota sendiri.
Pb...anak akak Farhan pun tak minat sejarah...dulu akak pun tak minat tau...malas nak hafal tahun2 tu...kalau geografi minat...
Kat rumah akak ni anak2 semua dah abis periksa...boleh honeymoon
Selalu orang kata;
Cikgu ajar macam mana pun, tapi kalau murid sendiri tak minat dan tak buat revisi, memang tak akan skor Sejarah...
Sesetengah murid (dan ibu bapa) tak anggap sejarah penting, dan tak ada nilai komersial...berbeza dengan rakyat Amerika, bagi mereka Sejarah mereka sangat agung dan wajar dipelajari dan dibanggakan...
Tapi bagi ckLah....peranan cikgu memang penting kat sini...untuk mearik muridnya...
psst: ckLah cikgu Sejarah yang kuat temberang...ehh..terpanjang pulak komen. Mentang2 pB ada selitkan nama ckLah...
sy x suka sejarah sbb dlm preksa dia tanya tahun, byk kena hafal. klu cerita jer seronok la
zino pun tak minat sejarah ni.. malas nak menghafal tarikh2 tu hehe
tapi kalau sejarah seperti yg di cerita Abd Latip talip tu seronok pulak baca.. tak terasa baca sejarah .. macam buku cerita je...
Post a Comment