17 November, 2009

735


Salam

Semalam entry pB berkait dengan perasaan anak yang terguris dek kerana perbuatan ibu sendiri. pB hargai semua komen komen yang ditinggalkan.
Tiada manusia yang sempurna termasuklah ibubapa kita sendiri.
pB setuju sangat dengan satu komen yang mengatakan kalau boleh kita as ibubapa janganlah buat anak kita menjadi anak yang derhaka.


Tak sangka pulak , dalam banyak banyak komen ada juga yang mohon bantuan.
pB harap kawan kawan dapatlah meluangkan sikit masa untuk membaca masalah kawan kita yang bernama "OZZ". Dan berilah pendapat untuk membantu adik kita nie.

*********************************

Bapa,ibu, abang, kakak,

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Di sini saya yang jahil ini ingin mendapatkan kata-kata nasihat dari anda semua.

Akhir-akhir ini saya ada konfrantasi dengan ibu saya kerana dia telah mengguriskan hati saya dan adik-beradik lain dengan berkahwin lain tanpa memberitahu kami semua. Beliau bernikah di negara jiran. Hal ini menjadi buah mulut masyarakat.

Sebagai anak yang sulung yang paling rapat dengan mama, saya amat terpukul dengan perbuatannya itu. Secara tak langsung membuatkan saya berjauh hati dan kecewa. Saya tidak pernah meninggikan suara juga meluahkan rasa tidak puashati saya. Saya hanya "terkunci mulut" dan berdiam diri sahaja. Ini kerana saya tidak mahu menjadi emosi dan terlepas cakap kasar.

Saya mengambil pendekatan berdiam sahaja dan tidak lagi menghubungi mama setiap hari seperti dulu. Ini sudah berlangsung sejak beberapa bulan yang lalu dan pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas, saya tidak pulang ke kampung. Tetapi beberapa adik saya pulang. Mereka tidak merasa hairan kenapa saya tidak balik kampung kerana mereka amat faham masalah perasaan saya yang luka dan kecewa atas perbuatan mama. Mereka juga diam, seolah-olah menjadi sesuatu perkara yang tergantung yang hanya terpaksa ditelan oleh semua.
Kami semua tidak pernah bercakap tentang hal ini antara satu sama lain sehingga hari ini. Seolah-olah semua orang "sakit" mau timbulkan hal ini.

Adakah kerana dia mama kami semua, dia berhak berbuat sesukahati tanpa mengira perasaan anak-anak? Adakah beliau sebagai mama mempunyai kuasa "veto" yang mutlak yang tidak dapat dipertikaikan oleh anak-anak nanti akan dicop sebagai menderhaka?

Tolong saya.......

Saya rindu kepada mama. Tetapi hati saya marah, sakit, malu dan kecewa atas peristiwa itu.

Saya masih perlahan-lahan mengubati hati saya dan cuba untuk menerima kenyataan yang pedih ini. Saya masih perlukan masa. Tapi sampai bila?

Mama tahu saya marah dan beliau juga tidak menghubungi saya juga sehingga ke hari ini.

Adakah sebagai anak, saya tiada hak? Adakah kerana "syurga itu di bawah telapak kaki ibu", saya harus terima ini semua dan redha?

Walaupun kisah Nabi Ibrahim yang ibu-bapanya kafir, maka Allah masih meminta beliau menghormati kedua ibu bapanya dan saya harus juga seperti itu?

Saya menghormati mama dan saya berdiam kerana saya tidak mahu mengguriskan hatinya. Berdiam sahaja adalah alasan saya tidak mahu menderhaka. Sampai bila? Bila nak selesai?

Saya rindukan hubungan seperti dulu. Saya tidak menghalang mama dari mencari kebahagian dalam hidup yang mana dia berhak. Tetapi dengan tindakan "kahwin lari" ini, adakah ini patut? Mama takut saya akan menghalang?

Iya! Saya akan menghalang kerana lelaki tersebut 10 tahun lebih muda, Kaki nombor ekor, tidak bekerja, tidak sembahyang dan menumpang hidup di rumah arwah bapa kami.

Kami merasakan dia hanya mencari peluang kesenangan di atas seorang janda dengan kata-kata manis dan pendamping semata-mata kerana "survival" hidupnya yang tak menentu sebelum ini. Mama saya adalah sebagai "pohon berteduh" untuk dia yang tiada apa-apa.

Saya kecewa dengan tindakan mama yang membelakangkan kami semua kerana termakan pujuk rayu lelaki "b*bi durjana" itu. Adakah saya terpaksa rela atas keputusan itu kerana ianya adalah semata-mata kehendak mama?

Tolong saya, nasihati saya saudara-saudari....

Terima kasih.

17 comments:

Unknown said...

saya simpati atas nasib OZZ...tapi untuk memberi komen saya xmampu kak...saya pun xtau...

kakLuna said...

ozz, cari lah saudara terdekat yg mak anda berasa segan dgnnya dan ceritakan hal ini. mudah2an boleh membantu menjadi org tengah.

WRA said...

satu soalan akak nak tanya ni kepada adik OZZ kita, apa sebenarnya yang membuatkan adik sangat-sangat marah dengan tindakan mama adik? Adakah kerana dia tidak bermesyuarat dan bertanya pendapat adik terlebih dahulu? Adakah kerana dia kahwin lain? (ishk...lebih dari satu soalan la pulak)

sebenarnya permasalahan ini tidak mudah utk dirungkai dengan sekali bertanya dan menjawab....banyak perkara lain yang perlu dilihat dan teliti.

Namun satu sahaja nasihat sementara yang boleh dinyatakan di sini, cuba maafkan...memang susah utk dilakukan kalau memang sudah lama memendam, tetapi mintak doa dengan Allah agar hati adik OZZ dilembutkan untuk memaafkan...maafkan mama adik, maafkan juga diri adik sendiri...
panjang nanti jadinya PB...banyak benda rasanya k.wear nok tulis ni...tapi k.wear hold dulu lah...kita dengar apa nasihat orang lain sama...

Yunus Badawi said...

Selalunya bila anak dara kawin lari ke sempadan dgn pakwe nya kita sering menyokong mereka dgn alasan emakbapak tak sporting. Yg nak kawin budak2 ni - biarlah susah senang mereka yg tanggung berdua.

Dalam hal ini bila ibu yg kawin di sempadan, kenapa kita tidak boleh gunakan rasional yg sama. Yg nak tanggung ibu dan suami barunya.

Nik Maisarah said...

salam...

ada baiknya dirujuk juga kepada ustaz2 dan perawat2 yang berkemahiran dalam hal2 sebegini.

Mengikut jalan cerita... "mungkin" juga terdapat sesuatu yang terjadi secara tidak normal..

Saya tidak mengatakan ibu kepada OZZ terkena "buatan" orang.. tetapi ada baiknya disiasat juga perkara tersebut...

Berdoa byk2 dan hadiahkan Al-Fatihah kepada ibu anda sebanyak2nya...

Wassalam

IKHWANI said...

Sangat memahami perasaan adik OZZ.

Adik, mungkin komen akak ni nanti jadi terlampau panjang tapi syabas untuk langkah pertama dengan bersikap berdiam diri dulu..ini penting untuk "cool down" kerana tiada apa yang lebih teruk daripada "terlajak cakap" sekali terhambur buruk padahnya...

langkah kedua:

hubungan seorang anak dan ibu merupakan hubungan paling rapat antara sesama makhluk sementalah adik pun rapat dengan dia kan? saya pernah beri komen yang sama di sini bahawa ikatan hubungan sesama makhluk diikat oleh ALLAH Yang Maha Pencipta..kepada DIA sajalah adik mengadu, luahkan isi hati adik PADANYA...ditengah2 malam yang sunyi adik bangkit solat 2 rakaat dan mohonlah kepadanya...insya-Allah dengan berbuat demikian hati adik jadi lapang..tapi janganlah hanya sehari dua, seminggu dua..teruskan berdoa dan memohon pada-NYA...mintalah ALLAH ampuni segala dosa adik dan mama, lembutkan hati adik dan mama, tunjukkan jalan keluar kepada permasalahan ini...

seperti yang telah di komen, mungkin ada unsur2 sihir tapi hanya Allah saja yang tahu..jadi MINTALAH PADA-NYA DIK..MINTALAH DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, INSYA-ALLAH, ALLAH ITU MAHA PEMURAH DAN MAHA KAYA, DIA TIDAK AKAN MENGHAMPAKAN DOA HAMBANYA..

Maiyah said...

mmg baik kalo rujuk pd yg lebih arif ttg agama supaya dpt buat keputusan apa langkah yg baik utk menjernihkan keadaan

tak pandai nak bg pndapat nanti salah plak :)

Mak Su said...

maksu tumpang singgah di sini ya pb

pB said...


MAK SU
Hari hari singgah pun tak per , Mak Su

pB said...


MAIYAH
Orang kata , berat mata memandang berat lagi yang memikul. Kak pB pun takut gak nak bagi pendapat , yg sebenarnya. Sebab tu minta tolong u all

pB said...


KAK WANI
Tks Kak Wani for those nasihat ... Berguna untuk semua tu

pB said...


ORGHE
Dok tunggu jugok komen dari demo , sebenarnyor. Doh lamo tok napok demo dalae ruangae komen pB.

pB said...


YB
Kalau boleh , perkahwinan tu dibina dengan restu dari kedua dua pihak.

pB said...


KAK WEAR
Tak dok masa'aloh kalu kak wear nok tulih panjae panjae. Buleh jadi pandu'ae untuk semua hok membaca nyer

pB said...


KAK LUNA
Kalau dpt orang tengah yang tidak berat sebelah , itu lah yg seelok eloknyer

pB said...


~O~
Kak pB pun tak berapa reti jugak. Moga OZZ tabah dan dpt cari jalan penyelesaiannya

Ozz said...

Ayah, ibu, abang, kakak, saudara dan saudari.....

Terima kasih atas komen-komen anda. Terkedu juga saya atas sambutan anda semua. Iya, memang berat dan "terkucil" minda dibuatnya atas permasalahan ini. Saya akan cuba mengharungi semua ini dan berharap akan ada jalan penyelesaiannya.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...