01 December, 2009

742

Kata nak buat sambungan, tapi tak buat buat pun.
Amender ler pB nie
Sorry guyssss !!!!!!!!


Internet problem kat umah MIL.
Nak pinjam broadband dengan SIL , malu lak.
Hi hi hi , bukan malu ler , tapi SIL sibuk dengan FARMVILLE.
Penyakit FARMVILLE ni dah berjangkit dengan ANAK pB YANG NO TIGA tuuuuu.
Asyik berkepit jer dengan MAK SEDARA bercucuk tanam.


Hari Khamis , one day before raya tu , pB dan aBear merendek ke bandar Kota Bharu.
Naik Pasar MPKB (cari kain batik , ada member ofis yang pesan).
Naik Pasar Siti Khatijah (beli keropok , juga member pejabat yang pesan).

Untuk tuan diri , tak beli pun tudung , tak beli pun kain batik.
Rasa macam yang ada dalam almari tu pun , tak larat nak pakai dah , so , tak yah ler nak membazir bazir (cissss , padahal kena berjimat sebab next month sekolah dah nak bukak).
pB just menjamu mata jer...


Sempat jugak masuk Kota Bharu Trade Centre.
Besau lah jugak . Ada Parkson kat situ.

aBear sound "pilih ler nak kasut atau nak handbeg".
Pilih pilih lah jugak , tapi .............
Satu pun pB tak beli.
Kenapa ???


Kerana

1) Tok Ma ada belikan pB handbag masa dia ke Bandung tempoh hari.
2) SIL ada belikan pB kasut masa dia ke London tempoh hari

dan KETIGA

aBear ada bagitau yang dia nak tukar tayar ANGSA dua biji (dlm empat ratus jugak harganya tu).
Kesian lar pulakkkkk !!!!!!!!!!


So , tak ada apa apa ler yang pB
Baik kan pB
Tak per , nanti bila aBear 'kaya sikit' kita minta ler.


Raya tahun ni mcam kurang 'umphhh' jer.
Tak tau kenapa.
Nak kata hujan , sepanjang pB dok kat kampung , tak ada pun hujannya.
Mungkin sebab tak ada acara makan makan , barangkali.
Entah ler.


Perjalanan pulang pun , alhamdulillah , dipermudahkan Allah.
Semuanya berjalan dengan lancar.


Keluar umah jam 730 pagi , dan sampai Puchong jam 230 petang.
Sampai umah jer , terus masuk dapur.

Kesian kat 'driber' , lapar.
Sib baik , MIL dah bekalkan lauk dan nasi.
pB cuma goreng telur dan ayam.


So, habisler cerita cuti raya haji.
Gambar tu ada , tapi tak bawak card reader ke pejabat.
Tengoklah , esok esok nanti , pB post gambar pulak.

19 comments:

Mulan said...

acara makan2 kena join kami laaa.... rindu kat pb..

achik said...

saya dah abis 'demam farmville'.. skang malas nak main dah.. :D

tulipurple said...

alhamdulillah...sejuk poket suami sis itew..hehe.

naz ilyn said...

salam... berbelanja mengikut keperluan sesekali cuci-cuci mata syok gak...

Eliss said...

eliss fesbuk pun tadak..hiks.dan tak umph jugak sebab tak jumpa ma abah.diorang semua raya kat besut :(

oren said...

hihi..baeknya akak..

kalo saya, pantang offer, harus saya rembat...

pB said...


OREN
Baik ada makna tuuuu ... !!!!!





ELIS
Kak pB ado fesbuk tapi tok brapo aktif pung.

pB said...


NAZ
Kalau ikut nafsu , semua benda nak beli. Tapi tulah , memang kena ikut kemampuan. Kalau tidak , kita jugak yang susahhhhh





TURLIP
Tahniah sebab dah bersalin. Comel baby tuuu.

pB said...


ACHIK
Kak pB sempat gak menanam sekali jer. Rasanya tak mati keras dah tanaman tu sebab lepas tu tak masuk masuk dah FarmVille tu.





MULAN
pB pun rindu gak kat Mulan

Kak Elle said...

baik nya istri ni suami bagi beli dia takmo.....istri mithali:)

Yunus Badawi said...

Anak2 saya pun dah giler main farmville. Pantang lepa pc saya dah tukar jadi tempat bercucuk tanam huhuhu

Yunus Badawi said...

Isteri yg baik kerana memahami situasi suami. Tapi bila dah kaya jgnlah pulak kasi dia 'bangkrap' hehehe

Sally said...

Kita ni wife mmg x mau susahkan husband..tak tergamak nak itu dan ini sebab kita sama2 bina ekonomi keluarga..lainlah kalau yg dtg ntah dari mana2 tetiba nak mengendeng poket org lain...ooops..

anyway..pB..lain kali kita try set outing sama2 ya..

Maiyah said...

sronok gak tu.. raya sy dok dlm bilik je huhuuu

TokNabe said...

Salam pB, mata saya agak berpinar tengok kaler merah ni.

Nak try jengah jugak KBTC tu, sy belum sampai lagi.

Unknown said...

bagus nye kak...
hehehehe....

Hanisham Ab Halim said...

Bestnyer... Sangat seronok raya tahun ni...

yushida03 said...

laju kak pB,

ambo tubik 7.30pagi jugak, sampai 5petang!

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Nikmati diskaun umrah RM999.00

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...