09 December, 2009

748


Ini cerita minggu lepas.
Cerita sebelum pB balik ke Kota Bharu.
Ceritanya yang pB ceritakan pada entry 747.
Tapi entry tu terlalu short cut , tak ada gambar.
So , tak menarik.
pB kan jenis orang yang suka ambil gambar dan masukan dalam blog.


Sabtu , bawa anak anak ke Muzium Negara.
Dah lama tak lepak lepak kat sana.
Kebetulan ada pameran herba dan orang asli (lupa tajuk pameran tu).

Masuk dua ringgit yer adik adik.
Jangan tak bayar .

Ini gambar kat perkarangan Muzium tu.
Jom , naik keretapiiiiiiii



Patut aBear posing kat poster ni ,
dan bukannya anak anak dara nie ..

Saper ada kencing manis ,
boleh ler makan bunga kantan.












Ini semua yang ada dalam galeri .
Banyak maklumat yang boleh diperolehi.
Semua berkaitan dengan herba herba yang digunakan
oleh orang asli untuk berubat.


Gambar ayah ibu mesti ada jugak , kan.
Tak kan anak anak jer yang posing posing.



Keluar dari muzium , sempat berkelah di atas gerai
yang disediakan di luar kawasan muzium.
Pekena mee hoon goreng dengan keropok goreng.

Biasalah kalau anak ramai , kena berbekal.
Kalau semua nak makan kat kedai , pokai ibu dan ayah.


Dari Muzium , kita ke Mines Resort di Sri Kembangan.
Aktiviti bercuti di sini dah bermula sejak tahun 2007 lagi.


Ini lah bilik yang disediakan.
Dapat dua bilik.
Satu untuk keluarga pB.
Dan satu lagi untuk keluarga adik.



Amboi , sakan lepak tuuu.
Tangkap lena sebab cuaca tak panas hari tu.





Anak - anak bermain kolam , macam tak sedarkan diri.
Berjam jam , tapi tak reti nak keluar keluar.
pB pun tak risau sangat sebab kebetulan
tahun ni dapat bilik ground floor.
Betul betul depan kolam.
Boleh awasi dari bilik saja.




Malamnya acara makan makan di Mines Shopping Centre.
Senang tak yah nak memandu pun.
Jalan kaki sahaja.

Pekena nasi ayam ,
mudah dan simple.

Esoknya , check out dan
balik umahhhhhh.

17 comments:

tulipurple said...

alaaahai manyak lomantiklah pic mak&ayah...manja gitu! hihi

Maiyah said...

wah.. sronok nyer

Kakcik Seroja said...

Dah lama betul kakcik tak masuk ke Muzium Negara tu.. padahal lalu lalang kat situ.. Bila anak2 ajak pun, kakcik selalu cakap 'bukan ada apa pun kat dalam tuuu...' apa punya mak la kan?? :)

Unknown said...

sonoknya kak...

naz ilyn said...

salam...seronok nyer gi bercuti bawak anak-anak...menarik juga tempat penginapan... pemandangan pun cantik...

Ordinary Superhero said...

Pegi Mines bwk anak2 tak try naik water lift ke?

Eliss said...

sakan bercuti yer..nak ikot jugakkk :(

Neeza Shahril said...

salam Kak Da..

lamo Ja tok baco blog.. baru hari ni free sikit.. tu pun sebab tok sihat kot..

syoknya la pergi muzium.. tak pernh lagi bowok budok2 ni gi..

en_me said...

ammvoiii.. ayah ibu tewwww.. ehehe

shafarina said...

gambar pasangan merpati dua sejoli :D

Anonymous said...

salam pb...seronoknya anak2 tu dapat jalan2,makan2 dan lebih2 lagi mandi kolam...hehehe, mak ngan ayah tak ikut serta ke??

Cikgu ILi said...

Salam Kak PB..

Kagum betul..mmg Kak PB rajin letak banyak gambar dalam post...

Yunus Badawi said...

Kalau dah blogger tu dlm museum pun boleh ambik gambar! Bukan tak dibenarkan ambik gambar ke?

laki cikgu kimia said...

manja sekali suami isteri itu ah! hihiii

aNIe said...

Wah!! PB dah mula cuti cuti malaysia ye...?

AuntieYan said...

Salam pb,

Waduh!....gambo ibu & ayah tu saling tak tumpah macam bergambo di jaman cintan cintu!...pewittttt!

p/s: Best jugak cuti-cuti takat Mines Resort ni, AY tak pernah pun sampai ke situ walau pun tak jauh mana dari rumah....gayanya kena pergi lepas bebudak habis exam... :-)

zino said...

best nya...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...