14 December, 2009

749

Ini cerita lama.
Cerita minggu lepas.
Cerita masa pB balik kampung hantar Arifah.

Sampai Bandar KB tepat tepat jam 5 pagi.
Tak sangka dah ramai dah yang dok menunggu kat bas stand tu.
Pemandu pemandu teksi dan 'kreto sewo'.
"Cheroh benderae area steseng bah tu".
pB menapak jer ke tempat tinggal Tok Ayah.

Tok Ayah bagi pinjam kereta dia for the whole day.
Memang merendek sakan pB dan Arifah.

Ke Pasar Kubang Pasu cari nasi belauk , nasi tumpang dan juga pulut dakap.
Ke Pasar Siti Khatijah cari jala emas , tapai pulut hitam , baulu gula melaka (ni'sae) .
Ke Jalan Berek 12 , cari rojak ayam di Restoran Maksu Nab Nasi Air.
Ke Jalan Hospital , cari murtabak Hajjah Halimah.

Memandu di bandar Kota Bharu ni , amat amat amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.
Kalau tak sabar , memang asyik dok "kechek hudoh" jah.
Yang tak ada darah tinggi pun , boleh dapat tekanan.

Barangkali pemandu disana mempunyai masa lapang yang teramat lah banyakknya.
Nak tahu naper pB kat gitu , tengoklah gambar di bawah nie


Kereta baru tuuu

Tapi bawak cuma
50 km sejammmmmm

15 comments:

~0~ said...

tgh tayang keta...tu yg slow tue kak...hahahha

kakcikseroja said...

Pemandu2 Kuala Lumpur, kalau memandu di kawasan2 lain mmg cepat je naik darah! Pengalaman masa di Kuching.. paling laju pun 80km/j.. lepas tu tak ada pulak bunyi hon.. :)

Zareda Norman said...

PB

drive safely bukan bermakna bawa perlahan kan.. ehheh sebab bila pandu perlahan ia boleh membahayakan pemandu lain juga..

so drive safely mengikut suasanan jalanraya...

yushida03 said...

ambo yang sedari dulu 'darat' dengan KB, tambah2 lagi darat bila jalan2 diubahsuai jadi sehala belaka sejak raya posa hari tu. rasa takut dan gerun nak masuk KB.

Yunus Badawi said...

haah org pantai timur ini ramai yg pandu slow. Tapi bila sampai KL laju pulak bawak kereta tu hehehe

tchersally said...

pB,
mmg cenggitu lah pemandu2 kat sini..ala2 siput..hehe..x semua la kan..

nanti kalau bosan2 memandu di KB dan mulo nok keckek hudoh tu..singgah2 dulu rumoh Sally deh..

hazila said...

Ohhhh sedapnya sema makanan yg disebut tu.....

naz ilyn said...

salam...sayang kete baru ko...tak pun terlebih penyabor...:D

e.l.i.s.s.m.i.e said...

kereta baru memang tak leh bawak laju2 kak..

baulu nisae tu...terliur nyah.tadok lebih ko wak kelik sini etek..

tulipurple said...

wahhh..kalu nk gi KB kene buka n3 ni sebg rujukan mana nok gi makae..hihi.
alaa sis,rasa bkn kat KB jer..mana2 luar KL mcm tu gak.mmg menguji kesabaran woo!

pB said...


TULIPURPLE
Ada no hp akak , kan? Call jer akak. Nanti akak bagitau.

Rasanya tempat lain tak derlah teruk sangat.

pB said...
This comment has been removed by the author.
pB said...


ELLISME
Masa'aloh nyor , hok tidok kreto baru pun lagu tu jugok.

Kak pB wak kelik 10 bu'kuh , habih licin.

Rohaniah said...

PB, ore kelate ke bersopan di jalanraya...k.we suko bowok kereta kat KB sebab tak gadoh...dan tak sakit hati ore potong secara biadap...seperti yg selalu kita tengok kat KL nih....

tapi tulah, lain orang lain persepsi dia...

endiem said...

releks lak mana nak pegi..

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...