05 January, 2010

758

Dalam entry 757 semalam, pB bagitahu nak bawak Tok Ma ke Hosp Serdang.

Memang kita orang kesana pun semalam. Dalam perjalanan tu , cuak gak dalam hati . Takut mereka minta 'referal letter'. Tok Ma lak dok kata , tak per. Mereka tak mintak.


Sekali bila dah sampai sana , memang sah mereka nak 'referal letter' dari mana - mana klinik.
Alahaiii... Tak kan nak balik dan cari surat then ke sana pulak. Memang mereka tak terima langsung kes Tok Ma ni.

Last last tawakal jer , bawak Tok Ma ke Emercengy. Sib baik , staff kat situ bertimbang rasa.
Tapi mereka dah siap warning , jangan marah kalau terpaksa tunggu lama. Masa tu jam 230 petang.

Dalam dok menunggu tu , Tok Ma disuruh "X-Ray" dan buat test blood.

Jam 430 petang baru dpt jumpa Dr yang bertugas. Dr pun macam tak tahu kenapa batuk Tok Ma tu tak sembuh sembuh. Paru - paru ok. Tekak ok. Asma tak ada.

Akhirnya , Dr tu buat surat rujukan minta pB bawa Tok Ma ke mana mana klinik kesihatan yang TERdekat untuk menjalani ujian bagi penyakit Batuk Kering.

Pagi ni , pagi - pagi lagi dah terpacak kat Klinik Kesihatan Batu 14 Puchong. Masa sampai tu jam 740 pagi. Dapat nombor 2043. Alahaiiii ...Ingatkan dah ada surat rujukan tu , teruslah ke makmal. Tak rupernye.Kena gak mengadap Doktor.

Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu jam 1030 pagi baru mengadap pegawai perubatan. Pompuan , Muda , tapi ada sikit garang ler. Ingatkan dapat ler jumpa Dr macam Dr McSteamy tu. Hi hi hi. Berbaloi gak penantian kalau dapat yang macam tu.

Tekanan darah Tok Ma ada sikit naik. So , lepas ni Tok Ma kena jaga pemakanan. No more garam lebih dan MSG. Pasal ujian tu , terpaksa dibuat sebab Doktor nak tahu apa jenis kuman yang dok bermastautin dalam paru paru Tok Ma tu.


Tok Ma kena serahkan sampel kahak ke makmal selama tiga hari berturut turut. pB laaa yang kena hantar. Dan Doktor akan jumpa lagi TOk Ma pada 19 haribulan nie. So , besok pagi pagi sebelum ke pejabat kena gak singgah dulu batu 14.

Keluar klinik , try start keter , keter MOGOK. Tengok tengok pB lupa nak tutup lampu kecik.Adoiiiiiiiiiiii. Called aBear , sib baik dia ada area area Puchong. Kena tunggu dia datang.


Dalam dok tunggu tu , pB saja jer bukak bonet . Pas tu ada lar sorang hero ni datang tolong. Kebetulan dia ada jumper . So selamat satu hal. Tak yah tunggu aBear datang tolong.


And now pB kat pejabat. Siap satu entry untuk hari ini.

16 comments:

Kakcik Seroja said...

Ada gak modal untuk catatan hari ni, ya? :)

Unknown said...

semoga tok ma sihat.

Maiyah said...

alhamdulillah.. sgala urusan dipermudahkan

Hjh Noralenna Abbas said...

pB,
Hari-hari ada aje drama..

Eliss said...

harap tok Ma ok jer la dan tak der apa2 :) Amin.

aza ni said...

salam pB,
Alhamdulillah, ada manusia yang membantu...semoga Tok Ma, cepat sembuh.

en_me said...

memang marah kalo tunggu lama kannns..

chekgu Bani Hassim said...

buat drama pon ok nih..

maklang said...

maklang baru2 kena batuk tak baik2 ...rupanya telinga yang tersumbat. Tak balance! Cecair dari teling masuk ke tekak..tu tekak rasa gatal. Dr bagi ubat masukkan kat idung, lepas tu dalam 1 minggu batuk pun berkurangan..Alhamdulillah...

harap2 tok ma cepat sembuh..

adie said...

semoga tok ma lekas sembuh.

I'm Seri said...

Ya. Semoga Tok Ma cepat sembuh.

WRA said...

baru belajar pasal paru-paru malam tadi....moga tok ma cepat sihat....

pB said...

Kak Wear = Rusing jugok nie. Tks

pB said...

IRIS = Tks 4 the doa.




Bapak Penyu = Insyaallah. Doakan nyer

pB said...

MAK LANG = Telinga Tok Ma tak ada masalah. Harap tak ada berita buruk selepas ini. Doakan nyer.




CIKGU = Drama sebabak atau dua babak????




EN_ME = Nak benda murah kenalah bersabar.




AZANI = Itulah. Sib baik ada yang mampu tolong.




ELIS = Tks . Apa apa akan diupdate nanti.



KAK NORA = Tengok lah tajuk blog pB ni "Life is Drama n This is my DRAMA". he he he

pB said...

MAIYAH = pB pun doakan agar Maiyah sihat sihat sokmo.




~O~ = InsyaAllah. Doa doakan lah yer.




KAK CIK SEROJA = Modal tu ada sokmo. Cuma kalau dah lama tak menulis , susah sikit nak keluar. He he he

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...