09 January, 2010

764

Semalam , balik dari kerja terus singgah pasar.
Bekalan lauk basah dah kehabisan di rumah.

Dah jadi routine , setiap petang jumaat pB akan ke pasar.
Senang gitu.
Tak lah pagi pagi sabtu kena bangun awal.
Lepas solat subuh , boleh sambung tidur lagi.

Lagipun , kalau ke pasar pagi sabtu , tak larat nak beratur lama masa buat bayaran.
Panjang sangat que nyer , walaupun 4 kaunter dibuka.
By the way , pasar yang pB maksudkan tu bukan lah macam pasar borong ke apa.
Ianya lebih kepada rumah kedai.

Semalam , ayam agak murah. RM4,70 untuk sekilo.
Beli dua ekor. Hoperfully cukup untuk seminggu.

Shopping ikan ayam pB.
Bersihkan ikan , ayam pun pB.
Masak ikan ayam pun pB.
Untung ler isteri yang ada sumai yang mampu tolong tolong kerja-kerja dapur nie.

Kebetulan hujung minggu ni , ramai pulak yang ada kat umah.
Adik yang pindah ke Muar tempoh hari pun ada datang tu.
Ayah pun nak datang jugak tu dari Kota Bharu. Petang ni sampailah.
Kira penuh lah rumah sabtu dan ahad .

Plannya , esok nak lah masak nasi kerabu.
Santan semua dah ready tu.
Hari ni , buat tahi minyak.
Goreng kelapa putih.
Esok , insyaallah just buat tumis dan sambal ikan.
Tengah hari dah boleh makan.

Yang tak bestnya , hari dan esok , aBear tak ada pun kat umah
Sibuk dengan kerja kerja wiring di Ampang.

Kerja kuat pun untuk anak isteri , jugak kan .....


Kalau ada lebih , dapat ler pB bawak sikit ke pejabat.
So , sapa nak merasa nasi kerabu hasil tangan pB , datangler ke Seksyen 18 isnin nie .

13 comments:

TokNabe said...

Saya laki bini tiap-tiap hari mikir nak masak apa ari ni. Ayam dah tak terasa nak telan lagi.

Hehe..kalau nasi kerabu... sedap jugak kalau buat. Kalau bab ni saya ler nanti yang kena bertungkus lumus.

Zareda Norman said...

PB

jangan risau.. pahala besar bagi isteri yang menyediakan makan minum untuk suami dan anak anak...

oPiE said...

Best nya semua isteri buat...

Saya suka sangat nasi kerabu...
Nak datang le ofis pB,18 kat na?
Lagi pun isnin cuti...nak jumpa org yang dah lama sangat tak jumpa lebih kurang 12 thn kalau jadi le ada kat kawasan-kawasan Bangi.

aNIe said...

PB...akak dtg opis isnin nanti...boleh tak...akak sukerrrr nasi kerabu...

DrSam said...

meriah dan riuh rendahlah rumah pB nanti dengan kehadiran sanak saudara. Tak pe bab ringan tangan kat dapur tu, Insyaallah banyak sahamnya nanti :)

Maiyah said...

wah wah.. sdp tu nasik kerabu

ibundo said...

nasi kerabu? wow..
meleleh dah air lio ni.

Mother of Two said...

nok etek!!!
jupo mano ss18 nih:)

pB said...


M.O.2
Buleh larrr !!!Jupo di Giant Seksyen 18 pun buleh.





Kak Pah
Wow! Kak pah pun suka jugak ker nasi kerabu?





MAIYAH
Disebabkan pB yang masak , tu yang buat nasik tu lagi sodappppp ... !!!!





DrSam
Memang riuh. Ge'gea Ghe'goh orghe klate kato. Pasal saham tu , memanglah pB tak nafikan. Tapi sekali sekali , nak lah jugak merasai pengalaman 'masak bersama-sama'.






KAK ANIE
Sampai depan pintu pejabat , call , tau !!!!





OPIE
aBear jugak lah untung, tak gitu.

Opie suka makan nasi kerabu? Kalaulah isteri Opie orang pantai timur , beruntung jugak Opie. Boleh selalu makan nasi dagang, nasi kerabu hasil tangan isteri Opie.

Seksyen 18 , berhampiran dengan Kilang cadbury. Datang ler.

Sya said...

Pas kat rumah kak sya sikit

zino said...

hantar kat opis boleh hehe

Yunus Badawi said...

YB was here hehehe

ckLah @xiiinam said...

Pagi ni ckLah cari Nasi kerabu dan laksam pasar tani...memang orang Kelate jati yang buat. Suka!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...