11 January, 2010

766

Kalau 14 tahun yang lalu , time ni , masa ni , pB berada di Wisma Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Sungai Petani, Kedah atau lebih dikenali dengan Hospital Dr Zainol dan Dr. Ram. Tapi masa tu , klinik ni kecik jer. Tak lah sebesar seperti sekarang. Tapi masa tu , Klinik ni dah femes amous pun.

pB start rasa tak selesa pada malam 13hb. Malam khamis. Kebetulan masa tu , aBear berada di kampung halaman kerana bertugas. pB dihantar ke klinik oleh Tok Ma dan Tok Ayah.

Jam 10 pagi , doktor bagitahu kena indunce. Masa tu ok lagi. Tak lar takut pun tapi dah start 'kenaling' dah masa tu. aBear pun baru bertolak dari Kota Bharu bersama MIL dan aBear punya nenek.

Yang temankan pB dalam labour room ialah Tok Ma. Berharap sangat aBear yang temankan tapi nak buat macam mana. Tak ada reseki pB.

Tepat jam 1 tengahari , anak sulung pB selamat dilahirkan. Seberat 2.75 kg. Masa proses kelahiran, tali pusat terbelit di lehernya. Nasib baik Dr Zainol cepat bertindak.

Kakak ni , kepala tersangkut celah kerusi pun pernah. Tak lah aktif mana pun budaknya tapi kalau sekali bikin scene , memang gempak. Sib baik pB tak kena panggil bomba pun mujur. Kejadian tu berlaku di IOI Mall. Dulu ada food court. Kerusi yang kat situ lah. Macam mana boleh masuk , pB pun tak tau. Tup -tup tengok dia dah nangis. Sib baik rambut jenis lebat , sekali tarik , terkeluar kepala dari palang kerusi tu. Tapi merah jugak lah cuping telinga.

Umur tak cukup setahun dah ada adik. Nak buat macam mana. Mak dan ayah terover aktif.

Kakak ni , perangai dia banyak ikut aBahnya. Pendiam. Jenis lurus bendul. Tak pandai ni nak bergurau senda langsung. Serius pun nya jugak.

Walau bagaimana pun perangai , Mama tetap sayang pada Kakak. Kasih mama pada kakak tidak berbelah bahagi. Walaupun , kadang kala , asyik kakak jer yang kena buat kerja, jangan lah kakak rasa mama tak sayang kakak.

Moga kakak menjadi anak yang solehah, wanita yang cantik rupa paras dan budi pekerti.

Selamat Ulangtahun yang ke 14 , sayangku.

23 comments:

oPiE said...

dah 14 thn dah kakak..makna nya dah 15 tahun usia perkahwinan pB..rasanya..
selamat hari lahir utk kakak.

achik said...

hepi besday kakak.. :)

pB said...


ACHIK

Thx Acik. Mana hadiah nyer?

pB said...


OPIE
Yup yup dah 14 tahun umur kakak. Dan maknanya dah 15 tahun perkahwinan pB.(insyaallah Mac ni)

Kejab jer masa berlalu ...

Unknown said...

wah...da 14tahun...

daku blom setahun lagi

pB said...



Tuo doh kak pB nie ... 10 tahun lagi , dah buleh menantu doh

Tepi Sungai Batu said...

Selamat Hari Lahir untuk Kakak.

Nik Maisarah said...

Selamat Hari Lahir,

Raut wajahnya... ermmm anak bapak...

Eliss said...

14 tahun dah anak dara akak.muda setahun dari saya.hahahaha.lariks

pB said...


ELISSMIE
Lari Elis Lariiiiii .... Amboi perasan nooorrrr

pB said...


SAING LAMO
Trimas. Tok kea' ucapae sajo? Hadioh mano ..??

Memae anok Bapakkkkk





POK MAE
Thank You Pok Mae . Doa bia Kakak berjaya, deh.

Yunus Badawi said...

Happy birthday kakak.

Emak dan aBear bolehlah terover lagi. Nurin dah lama nak adik tu hehehe

pB said...


YUNUS BADAWI
Tks Uncle YB.

Dah puas menanam , tapi tak jadi jadi lagi ...

pB said...


~O~
A ahhhh dah 14 tahun dahh. Dah anak dara. Kalau dulu , dah boleh kawin dah niee

NJ said...

salampB..kak N
datang nak ucap selamat ulangtahun ke 14 tuk anak sulung tu..semoga jadi anak dan akak yg jadi contoh kepada adik2 juga membanggakan mak dan ayah

MrsNor said...

salam Pb ...dtg nak ucap tahniah utk kakak... semoga menjadi anak yg soleh..dan moga bertambah lagi zuriat pb

hazila said...

Happy Birthday buat anak PB.

Anonymous said...

selamat hari lahir ke14 buat kakak, semoga jadi anak yang jurus..

Sally said...

Happy bday Kakak!! Moga membesar sihat menjadi anak solehah..

ckLah @xiiinam said...

Happy birthday!



Aiyyyakk! Dah ingat-ingat lupa macam mana pengalaman meneran ..he..he..

IKHWANI said...

JOLO DOH TU..10 TAHUN LAGI BULEH NNATU LAA..

HAPPY BIRTHDAY KAKAK!!! SWEET 14!

P/S: SELEKRY JENGOK2 KO BLOG MASAKAN KAK WANI DI http://jeligho.blogspot.com

risanur said...

hepi besday kakak...moga jadi anak yg solehah spt yg mama inginkan...

Rumah Kuning said...

semoga kakak sentiasa di dalam kerahmatanNya. selamat ulangthn kelahiran.

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...