768

CINTA BALQIS

Saper tengok drama nie angkat monitorr....
Kalau monitor pc jenis yang flat tu , leh ler angkat.
Kalau yang besar gedabak , buat naya jerrrrrr.

Dulu tak lah melekat sangat dengan cerita nie.
Tapi entah macam mana , apa kes pB pun tak tau.

Sekarang 630 petang jer mesti dah tercho'ngok depan tv.
Bukan pB jer , dengan Tok Ma sekali.
Si Nurin pun layan jugak.

Biasalah kisah anak 'jantan' orang kaya kawin dengan anak orang semikin.
Tak dpt restu ibubapa.
Kawin lari.
Kawin tak lama , suami kemalangan.

Dah lah jatuh , ditimpa tangga pulak tu si isteri ni.
Keluarga mertua tak bagi tengok pun mayat suami.
Cuma tunjuk surat mati jer.

Yang suami pulak rupanya tak meninggal pun tapi lupa ingatan.
Sedor sedor , mak dah ayah , tukar nama . Tukar surat beranak lar kot
(senang ker kat Malaysia ni nak tukar nama dan tukar surat beranak? Kalau dah tukar , mesti semua benda pun nak kena tukar jugak, kan?).

Nama tukar dari Ezani jadi Ezman.
Pas tu kena paksa kawin dengan anak sedara mak dia (nama Mar lakonan Memey)
(Tak kanlah Mar tu tak kenal sepupu sendiri)

Satu hari entah macam mana , Mar ni terlanggar lah dengan isteri Ezani (Balqis).
Dari situ , terus jadi kawan baik. Balqis ni pernah jumpa dengan laki Mar ni , tapi Balqis dok kata itu bukan laki dia walaupun dalam hati dia dah ada WAS WAS.

Dalam episod terbaru , Ezman tu dah sedar diri. Dia dah tau yang dia ni Ezani. Dan dia juga dah ingat yang dia ada bini lain selain dari Mar. Dan dia ada anak dari perkahwinan dengan Balqis.

Ending pB tak tau lar macam mana. Jangan jadi macam sinetron Indonesia dah lar.

Yang pB dok musykil ialah

1) Perkahwinan Ezani dengan Balqis tu , tak pernah putus kan. Sebab Ezani tak pernah pun cerai Balqis. So , kalau Balqis nak kawin lain memang tak boleh. Betul tak?

2) Tapi kalaulah , Balqis tu kawin lain pas tu lepas beberapa bulan dia tau yang Ezman tu Ezani , perkahwinan baru tu otomatik batal. Betul ker??

3) Pas tu , pasal Ezani tu pulak. Dia kawin dengan Mar tu , masa dia tak sedar. Masa dia lupa ingatan. Rasanya perkahwinan tu tak sah , kan ..??


Fikir fikir ....
Pas tu bagilah pendapat nyer ....

Pening pB tengok citer melayu sekarang nieeeee

Comments

adanz said…
jawpan untuk soalan pB semua betul!

biasala nama pun cerito... bg napok komplikated sket.....
~0~ said…
aah....btol kak...

tp xpenah tgk pun cite nie...
Kak Nora said…
Salam pB,
Masa mula ditayangkan, akak tak minat pun. Sekarang tunggu aje 6.30 nak tengok apa kesudahan cerita. 'perkahwinan' 'Ezman' dengan si Mar pun tak sah, sebab guna IC dan Surat beranak yang dah diubah maklumat. Minggu ni abislah kisah Balqis ni agaknye.
kakcikseroja said…
Salam pB..

tak silap kakcik bukan EZMAN tapi EMRAN. Cerita tu (kalau tak silap sekali lagi) episod akhirnya pada 18/1/2010. Sebab, 19/1/2010 tu dah bermula drama baru.
Pak Man laksam said…
Kesiannnnnn dengan Hassan......
Puan Hanis said…
kak pB,

saya pun laa ni baru dok macam 'ter'minat plak dgn cite balqis.Yang si kakak ler kalo ibu dia sibuk memasak kat dapur,dia jd tukang jerit 'ibuuuuuuuuuu...balqis dah start'.Dia tak tengok punnnnnnn.Hehehe

p/s: saya pun kesian ngan hassan.Nak-nak dengan muke seposen dia tuh.hehehe pandai sungguh dia melakonkannya.
TokNabe said…
lambat benar nak the end...
adibah said…
rasanya drama kita sekarang ni.. dah terpengaruh dengan jalan cerita sinetron dari negara jiran tetangga..


... dan hilang logiknya... :-)
pB said…

ADIBAH
Ada gak pB fikir macam tu ...

Jangan terpesong akidah sudah lar,kan.





TOK NABE
Napok kelih tu , supo nok abih doh tu ...





PUAN HANIS
Memang kesiannnnnnnn. Macam Salman Khan dalam cerita "Kuch Kuch Hota Hai" la pulok. Frust menonggeng.




POK MAE
Memae kesiannnn. Nok wak lagu mano , bukae jodoh dioooor
pB said…

KAK CIK SEROJA
Silap saya kakkkk !! A ah lar nama dia Abg Emran.

Nak tengok petang ni , cam ner mak dia berlakon depan anak dia. Dia tak tau yg anak dia dah ingat semua ...





KAK NORA
pB pun macam akak jugak. Awal tu tak tengok. Dah lama lama , sodap larrr jugak. Tapi yg tak best tu , Balqis tu asyik dok nangisss jer.
Angah said…
tak ikut cerita ni sebab kayuh beskal haha..

biasa la kak PB, penulis skrip drama kita ni kurang sensitif bab2 hukum hakam.
Mrs. Zuki said…
Betoi la Kak PB...
Saya setuju dengan hujah2 kak PB..
sungguh tak logik la cite tuuu..tapi tiap2 ari saya tengok jugak...

Popular Posts