03 February, 2010

792

4 kali , dia terpaksa berulang alik ke Bandar Tun Razak.

Kali pertama dia kesana , misi yang dibawa tidak dapat dilaksanakan. Insan yang mempunyai kuasa tidak berada di situ lagi. Kerja insan itu berakhir sebelum waktu makan tengah hari.
Dia terlewat.

Kali kedua dia ke sana , masalah masih belum juga dpt diselesaikan. Watikah yang dibawa itu 'tidak laku' kerana ianya tidak mendapat cap mohor dari insan yang mempunyai kuasa itu.
Dan kali ini , dia tidak mampu untuk menunggu lama kerna dia juga harus mengejar masa untuk ke satu destinasi yang jauh. Dia harus mengembara ke Negeri Che Siti Wan Kembang.

Dan semalam , dia mencuba nasib lagi. Kali ini , surat watikah yang dibawa itu 'laku' apabila seseorang itu mencalit sedikit hasil karya tangannya diatas surat tersebut. Namun , berlaku 'kesilapan yang tak sepatutnya terjadi'. Dia membawa pulang bekalan yang salah.
Lain yang diminta , lain pula yang diberi.

Dan hari ini , untuk sekelian kalinya dia mampir ke sana lagi. Menceritakan apa kesilapan yang telah terjadi. Namun , pihak sana seperti tidak mahu mengalah. Disuruhnya dia mengeluarkan lagi belanja untuk mendapatkan bekalan yang betul.
Pelik , sungguh pelik , kerana biasanya dengan jumlah wang yang dibayar semalam , sepatutnya sudah mampu untuk mendapatkan dua jenis bekalan. Namun , mujurlah "buah hati'nya mempunyai kenalan yang bekerja disitu.
Dengan satu panggilan telifon , semua masalah itu dapat diselesaikan.

4 kali dia terpaksa ke sana.
4 kali dia terpaksa berjumpa dengan pelbagai kerenah manusia.
4 kali dia terpaksa berpanas (dia hanya bermotor ke sana)

Tapi pB tahu semua itu dia lakukan dengan hati yang ikhlas kerana kasih sayang nya dan cintanya kepada pB.

Terima kasih aBear.


Bekalan yang pB maksudkan ialah ubat untuk sinus pB. Dan ubat itu hanya boleh dibeli atas arahan pakar yang mengubati pB. Dan tempat yang pB nyatakan itu ialah HUKM.

11 comments:

cm said...

demi untuk isteri tersayang
lautan api sanggup diredahi..
betulkan pB??

Yunus Badawi said...

hah tengok tu. Sanggup bersusah payah demi kasihnya kpd isteri.

Saya dah biasa dgn kerenah mcm ni sbb itu sebahagian dari kerja saya.

Unknown said...

cinta suami tidak berbelah bagi

DrSam said...

kalau dah 4kali sanggup bermotor dan berhujan panas kerana sinus isteri... memang sah cinta sejati tu.

zino said...

tiada keraguan lagi...

pB said...


BRO ZINO
Lama tak nampak Bro kat sini. Tekak dah ok ker??

Tak pernah meragui pun cuma berharap sgt dia tunjukkan dengan kata-kata ...

pB said...


dR sAm
Dia pernah bagitahu tiada siapa yang dia sayang selain daripada pB dan anak - anak kami. Hik hik hik ...

pB said...


~O~
Doa pB agar ianya hingga ke akhir hayat kami berdua ...

pB said...


yB
Karenah biokrasi?? Biasalah tu. Dimana mana ada masalah tu.

Selamat Hari Jadi untuk Mem yB.

pB said...


Cikgu Math
syukur sgt sgt dapat suami yang begitu.

risanur said...

pengorbanan sorang suami yg sayangkan isteri dia...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...