Rabu 24 hb , pB cuti.
Belah paginya , kakak ada temujanji di HUKM. Separuh hari , kami berada disana. Alhamdulillah , kakak ok. Biasalah , kita as a parent , 'terlebih risau'. Doktor kata , tiada apa yang perlu dirisaukan. Semuanya normal.
Belah petangnya pula , pB ke Hospital PutraJaya. Arrangekan temujanji untuk Tok Ma . Temujanji di klinik surgical dibuat untuk menghilangkan kebimbangan di hati Tok Ma berkaitan dengan 'ketulan kecil' yang dijumpai di dada sebelah kiri tempoh hari. Insyaallah Khamis 4hb Mac , pB akan bawa Tok Ma ke Hospital Putrajaya.
Nak balik rumah , awal lagi. So pB ambil keputusan ronda ronda PutraJaya dan Alamanda.
Plan asalnya nak tengok wayang. Tengok sengsorang pB tak kisah pun. Tapi show yang pB nak tengok tu agak lewat . 330 petang baru ada . Bila dicongak congak , pukul 530 ptg baru selesai. Takut pulak tersangkut dalam kesesakan jalanraya. So , plan asal terpaksa dibatalkan. Kalau ada show 3 petang, memang harus dah pB menonton petang tu.
So , bila dah tak leh nak menonton tu , pB pun ronda ronda ajalah Alamanda tu. Masuk MPH. Beli novel, beli buku ulangkaji untuk anak dara. Keluar MPH terus ke Food Court. Ada member bgtau wafer kat situ sedap. But for pB , rasanya ok jer. Mungkin perisa yang pB pilih tu , biasa biasa aja.
Keluar Alamanda dalam jam 430 petang, dan terus balik umah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Khamis 25hb , pB cuti lagi. Cuti GANTI .
Pagi tu , bersarapan di Restoran Gembira di Seksyen 4. Order roti tampal . Makan sorang sorang sebab aBear ada hal di Pernec. Lepas breakfast , ke PKNS. Ada urusan di salah sebuah bank disitu. Ronda ronda , sambil jamu mata lagi.
Plan asal , selepas selesai urusan di Shah Alam , pB akan turun ke KL. Ada urusan lain yang perlu dibereskan bersama aBear. Tapi bila called aBear , kerjanya di Pernec mengambil masa yang lebih lama dari yang disangkakan. Dia minta pB tunggu dia di parking lot hampir dengan RTM.
Masa dia cakap RTM , terus pB teringat UMMIE. Ummie ni blogger jugak. Tapi sejak dua menjak ni , dia sibuk dengan FaceBook.
Ini adalah senario yang pB lihat sendiri semasa menunggu lampu merah bertukar hijau di Persimpangan Jambatan Bertingkat berhampiran dengan Sungai Way Industry Park. Seorang wanita sedang mengemis dari sebuah kereka ke sebuah kereta yang lain.
aBear kata parking kat tempat kosong hampir RTM tu. Bini dia faham , parking kat depan stesen komuter tu. Sebijik jer keter kat situ. Bila dah parking , tengok RTM , tu diaaaaa jenuh nak kena panjat bukit pulak.
Jauh tu pB menapak. Bila dah separuh jalan memanjat bukit , Ummie called. pB salah informasi . Rupa nyer ada parking untuk pelawat sebelum masuk ke kawasan RTM tu. Apa punya pendek akal sungguh. Patah balik semula , ambik kereta.
Cantik kawasan RTM ni. Tak pernah masuk. Inilah pertama kali pB menjejakkan kaki di sini. aBear dah banyak kali , sebab dia selalu berurusan dengan staff dari IBC.
Wisma TM dari kejauhan.
Bangunan RTM
Di dalam Wisma TV
Ruang legar Wisma TV
Cantik , kan.
Yelah , lama tak jumpa.
Macam macam cerita.
Yang best tu , Ummie bawak ronda ronda.
Masuk bilik solek.
Masuk Studio.
Ini set Fitrah Kasih.
Sempat bergambar dengan Fifi.
Tapi yang bersama pB tu , bukan FIFI , tapi Ummie.
Ini kalau tak silap , Studio 2
Ini Studio 1.
Studio ni digunakan untuk siaran berita.
Inilah Ummie.
Ini gambar curi ...
Ummie , jangan marah nyerrr
Tengah hari tu Ummie belanja pB makan.
Sedap makanan kat kantin RTM ni.
Selesai makan , terpaksalah berpisah.
Thanx Ummie sebab bawa pB jalan jalan di Wisma TV.
Lengkali pB bawak anak anak pula.
Lepas solat , terus balik.
Rancangan bersama aBear terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat.
12 comments:
seronoknya pb..berpuloh tahun dah tak masuk kat rtm tu...masa rombongan sekolah je dulu..dah cantik sekarang..
Best jugak dapat masuk RTM tu kannss...
salam pb...berjalan sakan ye...tapi klu dpt g dgn family tentu lagi best...
masa saya jaga training dulu selalu juga pergi rtm, seronok juga kalau dapat jemputan on air radio kat situ, boleh dapat parking khas, nak balik dia orang suruh isi borang claim he he..
woouhhh...pegi alamandoz....lenkli ajak acik temankan tenok wyg...
ACIK
Boleh boleh boleh. Macam mana nak contact Acik?
KAMATO
Wahh, begitu sekali layang istimewa .... Alhamdulillah
KAMATO
LAYANAN bukannya layang (silap type)
IMA
Sekali sekala perlu ada masa untuk diri sendiri.
AZWA
A ah , memang best. Lengkali nak buat temujanji lagi dengan Ummie. Jom join sekali.
ERNA
Masa zaman sekolah pun , pB tak pernah sampai.
PB.. ummie baru ada masa nak jenguk2 blog pb... maaf le banyak2.. tgk2 jer ada la gambo mokcik nak pencen tu erk... aduh...
Sapa2 yg nak melawat dtg le... bawa family sekali... sebelum march 2011...
Post a Comment