04 March, 2010

816



Salam.


Kalau yang dok beso masuk baca blog pB , mesti kenal siapa nie.


Inilah anak pompuan pB yang no dua.


Tahun ni dia Tingkatan Dua.


Kalau tahun 50an , memang dah jadi isteri orang dah nie.




Orang dulu dulu kata " Lebih senang jaga lembu sekandang dari jaga anak perempuan seorang".


pB ada 4 anak dara , so u all boleh imagine bagaimana susahnya memelihara mereka.




Kena jaga aurat mereka , pergaulan mereka , pangajian agama mereka dan juga tingkah laku mereka. Kena jaga mereka dalam rumah dan juga luar rumah.


Setakat ni , alhamdulillah anak anak dara pB tak ada memberi masalah yang besar kepada pB dan aBear. Masalah masalah biasa sahaja tu adalah. Masalah tak mau ikut sama bila pB keluar kenduri atau kemana mana dah ada dah. Terutama si Aqilah nielah. Dia memang dah tak mau ikut. Lebih suka dok memerap kat umah mendengar radio dan tv.


Masalah yang terbaru ialah masalah budak lelaki dok talifon kat umah ni mencari siAqilah. Kalau sekali sekala tu , pB tak lah risau sangat. Ini tidak. Semalam sahaja , TIGA kali budak laki-laki tu call untuk bercakap dengan si Kak Ngah nie. Last call tu pB sendiri yang jawab. Kebetulan pulak Kak Ngah dah tidur, so tak dapat lah budak laki laki tu bercakap.


Malam ni , jam 8 dah call lagi. Kali ni siAbah siap pesan pada si Nurin(kebetulan Nurin yang jawab) soh bagitahu yang si Kak Ngah tengah ulangkaji pelajaran.


Alahai... Bukan pB nak larang atau nak sekat kak Ngah berkawan dengan budak tu , tapi kalau dalam sehari sampai tiga empat kali panggilan , risau lah jugak.


Anak pB tu baru Tingkatan Dua, belum tiba masanya lagi untuk memikirkan dengan pakwe pakwe nie.


Nak berkeras sangat pun susah , nak berlembut sangat pun tak boleh jugak.




18 comments:

Acik Erna said...

memang pB kena jaga betul..come betul anak dara pB tu..akak tak dapat nak bagi pandangan dan nasihat..sebab ada 3 hero je..anak dara tak de..

Guru said...

Assalammualaikum

dah ada yang terkenan lah tu...
saya rasa elok pB kenal dulu budak tu , takut2 bujang dari Lombok...
manalah tahu
sambil2 tu nasihatlah
tak boleh kluar berdua, jgn telepn selalu sangat...
tapi memang susah sungguh ya
nak tegur kang citer lain
kalau tak tegur memang salah lah kan

semoga Allah permudahkan

al-mankaraqi said...

menarik pesanan a KL citizen tuh..........sekarang ni macam2......ada baiknya kita beringat kot....

Maiyah said...

bab ni yg ssh kan, mana nk jaga hati lagi, bebudak skrg mmg sensitif.. xpe kene slowtalk le ngan dia..

risanur said...

mmg susah nak menjaga anak perempuan ni kak...macam mak2 kita menjaga kita dahulu...

tapi skrg kita kena pantau anak kita lebih skit dr dulu coz skrg ni dah mcam2 kes...

Yunus Badawi said...

Kak Ngah tu cun. Itu sbb budak lelaki tu nak ngorat hehehe

pB said...


YB
Cun macam mama dia , kan. Hu hu hu

pB said...


RISANUR
Tapi dulu tak ada anasir anasir luar nie. Dulu tak ada chatting , tak ada fesbuk.

pB said...


MAIYAH
Harap harap budak laki tu faham ....

pB said...


MAN
Mintak jauh larrr ... pB dah tanya tanya. Budak laki tu pun budak tingkatan dua gak. Satu sekolah cuma lain kelas. Dari tahun lepas lagi dok ushar anak pB nie...

Alahaiiiii

pB said...


A KL

Waalaikummusallam.

Keluar berdua tu memang pB larang awal awal lagi. Dgn kawan pompuan pun pB tak bagi lagi. Ada gak yg dok ajak g IOI lar ... Tp buat masa ni pB masih lagi tak sedia nak let go anak anak pB tu.

pB harap anak pB tu faham apa yang kita ibubapa buat ni untuk lindungi mereka bukannya untuk konkong mereka.

Unknown said...

baik berjaga sebelum kena...dunia skang memacam yg ada...

KAMATO said...

Kalau sorang RM20 ribu, tu dah jadi RM80 ribu. He he..... Tapi apa pun pendidikan agama paling penting, baru senang jaga

ibundo said...

anak-anak makin besar panjang. makin banyaklah cabaran membesarkan mereka.

Anonymous said...

betul tu kata kak pah...makin anak membesar makin susah nak menjaganya...perempuan atau lelaki dua2 perlukan perhatian dari ibubapanya...banyak orang banyaklah ragamnya...

KakNi said...

Tuan punyer badan tu macam mana? suka ke tak suka org asyik telefon dia....

IKHWANI said...

Da, sorry la malae kemaring tu laptop jah pasae, tuae-nyor jenero kroh-kroh doh! kaba2 nok tutup comp..napok message..hehehehe...

Soba banyok2 ...dugaan ni Allah buwi untuk ore hok Dio sayae jah..bekalih ado keno mengeno denga Aqilah ni..pakat2 buat solat hajat, qiamullail mitok doa dengan Allah..baco Quran bbanyok, insya-Allah..bley koho2 nasihat..kalu ssegho tokleh royak sedighi, carilah orae laing hok Da ccayo...pok sedaro ko..mok sedaro ko..hok paling dio respect..

Cabarae nok didik anok jamae loning Da, kito keno wi beka agamo, beka ilmu hok berkaitae...mudah2ae selamat blako.

((HUGS))

tunbegia said...

sungguh jelita,

salamm,

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...