11 March, 2010

820

Beginilah kami berdua semalam.
pB ada temujanji di . Temujanji jam 930 pagi. Jam 1030 pagi baru dapat jumpa Prof . Just continue ubat dan akan berjumpa dia lagi dlm masa 8 bulan akan datang.





Dari Bandar Baru Tun Razak , kami menghala ke Jalan Raja Laut. Ada sikit masalah yg perlu diselesaikan di (Wisma Cyclecarri). Nasib baiklah merempit , sebab sememangnya jalan raya di bandaraya Kuala Lumpur ni memang tak sah kalau tak jem. Dah lah jem , parking pulak susah nak dapat.



Dari situ , kami menghala ke Bangsar. Dah lama nak ke cawangan Bangsar ni , tapi tak pernah ada kesempatan. Bukan nak tambah pelaburan cuma nak dapatkan penyata pelaburan. Nama jer pB ni ajen Public Mutual , tapi jenis ajen yang tak aktif.



By the time urusan selesai , perut dah berkeroncong. aBear dok teringin nak makan di Restoran yang bertempat disini. So , from Bangsar terus merempit ke Puchong pulak. Punyalah panas , tengah hari bolan bolan. Dapat minum, memang heaven. Tapi air asam boi nya terlalu masam dan kurang manis. Suasana didalam restoran sungguh nyaman.


aBear tengah tunggu makanan.


Ini menu pB. Nasi beraini ayam dengan udang goreng masak pedas. Udang memang superbbbbb. Sedap sungguh.

Ini menu aBear. Nasi ayam berlada. From Banda Puteri , bergerak pula ke Taman Meranti Jaya berdekatan dengan Putra Perdana.




Nak tengok benda ni Barang secondhand dah nie. Harga boleh larr. Kira mampu beli . Tapi , hingga ke n3 ini ditaip masih lagi dok fikir sama ada nak beli ke tidak.


Then kita orang ke kedai hardware pulak. aBear nak beli apa benda tak. . pB sekarang ni pun suka kalau masuk kedai hardware. Suka tengok barang barang yang they all peragakan. Macam macam ada. Nak kena pulak kalau hardware store tu besar. Pelbagai barangan bilik mandi , sinki , semuanya lawa lawa .. Selesai di sini , akhirnya jam 4 petang , kita orang berdua sampai dirumah. Letih tak yah cakap lah. Letih sebab mengharungi panas dan debu jalanan. pB tak leh nak imagine macam manalah orang orang yang kerja sebagai despatcher tu kerja. Terukkk tu.



Jam malam pB dah . Tak leh bukak mata dah. Jam aBear kejut sebab pB tak solat Isyak lagi. Lepas solat , turun tengok tengok dapur. Tok Ma masih belum tidur. Sakit peha katanya. Punyalah sakit sampai tak boleh tidur. So , pB pun bawak Tok Ma ke klinik. Sib baik berhampiran dengan rumah ada klinik yang dibuka 24jam. Balik dari klinik sudah pun jam 230 pagi. Letih memang letih.



*************************************************************






Keesokkan pagi nya , pB bawa Tok Ma ke Hospital PutraJaya pula. Ada temujanji kedua dengan Surgical Clinic. Ini berkenaan dengan 'biji' yang ditemui berada di breast Tok Ma. Tok Ma yang sedang menanti no giliran dipanggil. Nasib baik pB bawak , so tak lah boring sangat menunggu. Tak habis satu DVD pun , bateri dah habis. Ngeh ngeh ngeh. . Kali ni , Tok Ma berjumpa dengan doktor lelaki. Muda lagi dalam awal 30an pB rasa. pB suka dengan cara doktor nie. Sungguh bersopan satun dan teliti. hampit sejam jugaklah doktor tu melayan Tok Ma.

Poster yang pB baca didalam bilik pemeriksaan. So guys dan girls , jom pakat pakat kurangkan berat badan. 10 tahun bukannya sikit tu.
Ini pula gambar bilik doktor tu. Masa ni doktor tak ada , dia bawak xray tok ma ke pakar radiologist. So far pakar said , nothing to be risau risau. Tapi untuk puaskan hati semua pihak, satu ujian ultrasound akan diadakan pada pertengahan bulan April ini.
Selesai urusan di PutraJaya , hantar Tok Ma ke rumah , dan pB terus ke pejabat.
Selesai story hari rabu dan khamis.

15 comments:

Zareda Norman said...

Huihh merempit tu. zar hari hari merempot dengan cik hubby kecuali hari dia outstation.. pans debu emmang kena gesek muka lama sikit time mandi..

Unknown said...

merempit mmg best...tp xbest bila kena himpit ngan keta...

aza ni said...

salam pB
kecur lior bila cakap asam boi..
macam boleh tegukje kemasamannya....

IKHWANI said...

Gabar merempit: fuyyyyooo!!! I loike!!

Bawak tok ma gi klinik: utong Da buleh berbakti bilo2 maso ko Tok Ma, kami ni jauh :(

treadmill and obesity: huhuhuhuhu....keno ambik drastic measures doh ni!!!!!!!!! nok tengok cerming pong tok sanggup doh ni!!

p/s: kalu poket kato okey gak...gi la beli mugo hok ore wak berungga atah dio tu!!

Tepi Sungai Batu said...

Semoga semua nya sihat dan gembira selalu......

pB said...


POK MAE
Harap harapnyor lagu tu larrr

pB said...


OO
Hari ni bowok Ma gie buat pastport .


Beli doh bendo tu ...


Tapi hok seken hand jah

pB said...


AZANI
Memang sedapppp...

pB said...


~O~
Merempit memang best tapi tak tahan asap bas , asap lori...

pB kalah dengan debu dan asap

pB said...


ZAREDA
Kami merempit guna motor kecik jer Zar.

Anonymous said...

Salam PB,

Wah meround betul nampaknya tu dari satu tempat ke satu tempat. Kalau berkereta, penat yang amatlah nampaknya.

Tengok PB bawa mak ke hospital teringat zaman arwah mak masih ada, itu salah satu tugas kak anilah jugak. Tapi tak aperlahkan, jasa dia pada kita lagi besar. Tak terbalas.

PB, kalau PB free jemput jengok blog akak yer ambik award dari akak untuk PB.

TokNabe said...

'Gambar bercerita'. Kalau buat teka gambar pun bagus juga pb.

email ambo: zuriazani03@yahoo.com

ckLah @xiiinam said...

Panjang perjalanan...

AuntieYan said...

Salam pb,

Laaaaa....lain kali kalau sampai Putrajaya tu, caling-calling le Auntie ni...!

Macam mana dengan Tok Ma???..harap-harap semuanya ok seperti yang dikatakan oleh doktor tu.

risanur said...

rasa2nya dah takde wisma cyclecarrie tu kak...tak salah dah tukar nama kepada Menara Eon kalu tak salah...risa ada kat wisma sime darby seberang jalan bangunan tu je...kalu tak boleh jumpa kan??

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...