06 April, 2010

842


BRUNEI LEBIH TAKUT LAKNAT ALLAH


Bandar Seri Begawan: Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.


Zain menegaskan , andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


"Yang paling kami takuti ialak laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini. Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak. Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya - AP


******************************************************************************


SomeOne emailkan pada pB pagi tadi. pB tabik lar pada kerajaan Brunei ni , kerana mereka masih lagi mencuba untuk mengekalkan taraf sebuah negara Islam.


Yang membuat pB tergerak hati nak buat n3 ini ialah


tidak berapa lama selepas pB terima email ni , adalah seorang insan meng'reply' email ini dengan kenyataan dibawah ..



Itulah pemimpin Islam lain patut ikut……Terutama Kelantan sangat ketara. Kata negara Islam tapi lebih dahsyat. Maaflah kalau ada sesiapa terasa. Kenyataan…



Ampun……………

**********************************************



Ada saper saper nak tolong balas ker ???????

12 comments:

Eliss said...

Kelantan jer ker.hari2 aku rasa nak bom kilang arak kat selangor ni hah!

:: HUSNA :: said...

alangkah baiknya kalau pemimpin negara kita pun mcm tu...

Kakcik Seroja said...

Apa maksud dia dengan ayat ini :

Terutama Kelantan sangat ketara. Kata negara Islam tapi lebih dahsyat.

Apakah Kelantan itu sebuah negara? Dan apakah 'negara-negara lain' kat Malaysia ini tiada arak?

oren said...

saya suka p kelantan, rasa tenang..walopun jumpa cina, depa tetap cakap slang kelantan (saya mmg tak paham loghat kelantan)

*relevankah komen ini?

TokNabe said...

No komen..... :)

Jauhari yang mengenal manikam.

Sha said...

salam:)
jgn menuding jari .... tapi dari dulu lagi kerajaan mesti bertindak tegas.

Rashid said...

takper.. takper..


kelantan tetap the best!! hehe

Maiyah said...

alangkah bagusnya kalo mcm brunei tu

AuntieYan said...

Salam pB,

Kalau boleh rasa macam nak pindah ke Brunailah...

...errr...tapi janganlah kes arak saja dititik beratkan, banyak lagi yang perlu ikut undang-undang Islam.

tunbegia said...

baru saja balik dari negara darussalam tuh,

salamm,

Basyiraa Zahra said...

kilang arak kat selangor ni dah wujud lama dah...bukan baru setahun dua...say atiap kali lalu kat hiway pun rasa mcm nak bom jugak...kalau ada kuasa kita guna kuasa, kalau tida guna lidah dan selemah-lemah iman kita kutuklah perbuatan tak baik tu dalam hati.

Waalahu'alam

adanz said...

nak haramkan mcmana, MP sendiri pun selama duk menogok!

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...