Punyal lama , baru nak update.
Sorry guyssssss
Di sini , kami dihidang makan malam. Mula mula pB tengok menu tu , timbul la persoalan dalam hati. "pB tak pernah makan pun sayur tu". Tapi bila dah lapar tu , pB makan la jugak. Dan yg seronoknya , bertambah tambah nasi pulak lepas tu. Sedap bila dimakan dengan ikan kering dan ikan goreng (sejenis ikan sungai , pB rasa. Kecik jer ikan nya , tapi tulangnya banyak. Bila digoreng garing , ranggup pula rasa isi dan tulangnya)
Inilah dia sayur nya.
Nangka muda ....
Selesai makan malam , kami diminta tidur di salah sebuah rumah saudara kepada pengantin perempuan . Rumahnya besar , wa cakap lu. Memang selesa. Rumah kepunyaan pasangan guru yang bertugas di Pekan Spaoh. Tuan rumah memang baik dan mesra alam.
Kalau mengikut perancangannya , majlis akad nikah akan dijalankan pada pagi sabtu , jam 830 pagi. Awal tu.....
Esoknya , kami bersarapan dengan kuih tradisional Sarawak iaitu kuih kapit , kuih celorot dan juga kuih kat bawah nie. pB dah lupa namanya.
Yang ni , namanya lupa.
Yang ni namanya kuih Celorot.
Gambar diambil dari blog Princessredbloodsnow
Pssttt : pinjam nyer
Selesai bersarapan , kami terus ke rumah pengantin perempuan (sebelah rumah jer). Tak perlu jalan jauh jauh pun. Sesampai di sana , didapati ruang tamu sudah dipenuhi dengan tetamu tetamu yang mahu turut serta memeriahkan lagi suasana majlis akad nikah dipagi itu. Kumpulan kompang memainkan irama kompang yang lain dari yang lain. Ianya berserta bacaan zikir (pB agak lah kan tak pasti kerana masalah komunikasi . Wa tak faham apa yang dinyanyikan ).
Semasa menunggu upacara dijalankan , kami dihidangkan dengan gula gula. Lain kan , dengan di semenanjung. Itulah , lain padang , lain belalangnya. Gula gula tersebut dihidangkan didalam piring yang comel.
Acara 'Gantung Kelambu" juga diadakan semasa ini. Upacara ini dilakukan oleh sekumpulan lelaki tua. Tak sempat nak ambil gambar sebab kita orang tak tau pun. Tahu tahu , mereka dah selesai menggantung kelambu tersebut. Dan dengar ceritanya , ada bahagian katil yang patah dek dipijak oleh mereka. Ngeh ngeh ngeh
Alhamdulillah dengan sekali lafaz , adik ipar pB bertukar status dari bujang kepada suami orang.
Selesai acara akad nikah , kami dihidangkan dengan kuih muih . Tiada nasi nyer puan puan. Just a simple kuih muih. Dengar ceritanya , setiap rumah dikampung tersebut menghadiahkan kuih muih ini kepada tuan rumah. Antara kuih muih yang ada ialah kuih kapit , roti planta , kuih karas , roti bun dan juga keropok. Semua ini dihadiahkan oleh jiran - jiran. Tuan rumah hanya sediakan minuman sahaja.
Salah satu adat yang pB perolehi ialah dibawah timbunan kuih muih ini , tuan rumah letakkan plastik bag. Dimana kita sebagai tetamu boleh membawa pulang kuih muih ini.
Selesai cerita tentang akad nikah. Nanti pB sambung lagi. Banyak siri nieee
14 comments:
beg plastik tu mmg tak miss kalau di Sarawak. Malam Jumaat di masjid dan surau di sana pun ada beg plastik utk bawa balik kuih muih yg tak habis.
Terkenang semasa di Sarawak dulu. Nasib tak kawin dgn org sana hehehe
PB...bestnya dpt tgk adat orang sana...siap dpt makan lauk kenduri lagik
Menarik...dan unik.
pb, sambung le cepat.sgt menarik.hehehe
lain padang lain belalang.. sesekali tengok kenduri tempat orang menarik kan
Salam PB,
Tahniah dan selamat pengantin baru pada adik ipar PB dengan ucapan berbahagia hingga ke akhir hayat.
wow...bestnya kan..adat disana lain pulak.
gantung kelambu tu katner? katil pengantin kerr?
menarik..perbezaan budaya..
owh..lain yer adat org ye kak... betul la tu lain padang lain belalang... nasib baik le tak expect dpt nasik lepas akad nikah tu ye... kalau tak jenuh le lapar..sbb dah biasa kat sebelah sini.. mesti ada makan berat2...huhu... lagi le sambung... yan tunggu..
kita kalau jalan memang suka try makanan orang lain.. sedapnya kuih2 tu..
MULAN
Kuih kapit mereka lebih besar dan tiada corak. Licin gitu.
EDYAN7
Ingatkan they all angkat mee hoon goreng ke apa apa yg ringan yang sewaktu dengannya. Sib baik , tuan umah , tempat kita orang menumpang tu , dah siap siap bagi sarapan. Kalau tidak , lapor juga nak menunggu waktu makan tengah hari.
Yup yup
Tks sebab tunggu sambungan N3 ini.
SALLY
Banyak juga bezanya terutama bahasa perbualan. Kena dengar elok elok , baru buleh faham apa yg mereka cakap. Tp kdg kdg , bila tak faham ,angguk angguk jer lah. He he he
AZWA
Dio gantung keliling katil , tuler.Dalam bilik pengantin.
KUNANG KUNANG
Terimakasih. Awal bulan enam ni , sebelah MIL pula kat Kota Bharu.
ZAREDA
Seronok juga berjalan ditempat orang nie.
RUMAH KUNING
Sabarrrrrr
ckLah
Memang menarik dan memang unik.
KAK ANIE
Lauk pauk masa kenduri sama jer dengan lauk kita . Cuma presentation mereka simple sangat. pB suka dgn cara tu sebab nampak sgt tidak membazir.
YB
Berapa lama YB disana??Orang sana cantik cantik. Putih gebuuuuuuuu
Post a Comment