878


Kenapa ek , manusia ni sedap sedap mulut jer nak mengata , mengumpat hal orang.


Kenapa ek , kaum kita ni tak boleh tengok orang baik antara satu sama lain.


Orang perempuan tak boleh ada best fren dari kaum Adam ker??


Bila nampak rapat , selalu keluar gie makan sama , mulalah manusia manusia ni nak buat cerita. Mulalah nak fikir yang bukan bukan.


Dan yang herannya , bukan orang satu pejabat yang dok bising tanya , tapi orang dari kawasan lain yang dok sibuk ambik tau hal tu .......


Pelik tul lah .....


Dah kat pejabat ni , majaoritinya staff laki laki , so keluar makan pun dengan staff laki laki lah. Itu pun nak sibuk ker ???? Itu pun tak boleh ker ????




Comments

e.l.i.s.s.m.i.e said…
kalo mulut tempayan,senang nak tutup2..kan?kan?
Yunus Badawi said…
org kawasan mana pulak ni?

lama kita tak lunch sama hehehe
nuraarin-life said…
saya pun kena kes yg sama, majoriti staff lelaki tapi alhamdullilah tak pernah dengar kalau ada org2 cakap2 belakang...

Tapi biasalah mulut org...
Mak Su said…
kat tempat saya pun sama, bukan lunch pun, setakat kerap bercakap2, kebetulan on a same matter.

ada dah orang pempuan cakap belakang belakang.... :(
kak anie said…
Masyarakat kita masih tak boleh terima perhubungan yang begitu...selalunya mereka jadi begitu sebab...ada orang lain yang buat hal...jadi...seperti kata pepatah...sebab nila setitik...rosak susu sebelanga...disebabkan hanya segelintir yang berbuat serong...semua dicap seperti itu...
different people different perception, different thinking, bukan nak cakap mereka ini typical tapi mereka masih lagi belum terbuka fikiran di dalam bab kawan2 lain lain jantina ni :)

ampun ye pb :)
maiyah said…
sifat manusia.. kene sabar gak kan kalo x mau jd bersparing dibuatnya..
Sally said…
Bab mulut manusia ni memanglaaaaaaahhh menyakitkan jiwa raga..tak pe pB, kutip je pahala yg dia orang dok hulur tu..
relevan said…
Mulut tempayan boleh ditutup..mulut manusia amik benang tangsi dan jarum jahit saja..
HappyIrfa said…
SALAM KAKPB..
mintak izin copy yg DOSA-DOSA FACEBOOK tu..nak share ngan kawan2 opis
hikhikhik...kat opis nonie pun sama kak PB...tapi benornya kekdg terpulang kat kita kalau kita nak kuar makan ngan lain kaum eloknya ramai2 jgn berdua2an..biasala mulut tompayan ni susah nak tutup padahal tak bende pun...
Zareda Norman said…
seelok eloknya jangan sampai menjadi fitnah... keluarlah ramai ramai dan dengan pengetahuan suami.. zar pun sama kat sini.. tapi tak keluar dengan sembarangan kawan2 lelaki.. selalunya dnegan yang zar percaya dan suami pun kenal.. kengkadang dorang sendiri suruh inform zar inform cik hubby nak kuar makan.. hihihi.. bukannya apa, sebab pernah difitnah sekali sampai jadi kes polis.. sngat2 serik dan mujur suami sendiri percayakan kita.. so PB hati hati ok..
"MULAN" said…
betol la.. mulut manusia nak tutup camna.. depa cakap ikut sedap mulut, ikut apa yg depa tengok.. sabor je la, janji suami kita tau..
kak Erna said…
pB..betul kata zar..hati2..mulut manusia..dah nama pun manusia..akak dulu..surat layang pun pernah dapat..lepas tu..serik betul.nak keluar makan minum ngan kengkawan lelaki..mesti ada sama kawan2 perempuan yang lain...untuk mengelakan fitnah..
~akuni~ said…
tak boleh tak boleh tak boleh... hu hu hu...
MOKCIK AZWA said…
mokcik lebih rela pi makan sensorang dari makan berdua dgn rakan sekerja lelaki...lagipun itu pesanan cik abe...elakkan dari memulakan langkah katanya. elakkan fitnah, suami kita mgkn faham, bagaimana isteri sidia? kalau ramai2 tak aper orait jerr
CikguZue said…
salam pB,
itulah orang kata hidup dlm masyarakat. ada yg suka ambil tahu. ada yang langsung tak kisah. macam2 kan. tapi kalau apa yang kita lakukan boleh membawa fitnah, seeloknyelah kita jauhi drpd fitnah itu. macam Zar cerita, malah ada pengalaman pula hingga jadi kes polis. nanti yg susah, pB juga,kan.
risanur said…
orang ini macam2...tak boleh nampak kita gembire, suka dan lebih dari dia....tu yg dia suka wat macam2 ceta...asalkan kak pB tahu batas2 seorang isteri, pekerja, jgn pedulikan orang lain...
Rohaniah said…
lain orang lain ragam...rambut sama hitam, hati tetap lain-lain...sabar je lah PB
luna said…
tgk dr sudut mana juga kita melihatnya..masa kita buat mmg kita nak org lain pun lihat apa yg kita buat tu betul..tp mungkin ada hari nya kita lihat org lain buat yg sama,kita rasa x betul...

bg sy sdiri...nak buat pun hati2..nak menilai pun hati2..kalo ada org tegur mungkin utk kebaikan, dan kalo kita nak menegur org pun utk kebaikan..tp mcm kak zar kata..seelok2nya elakkan fitnah.
NJ said…
Salam pB...
mulit org cenggitu ler..dulu masa saya keja dgn team semua engineer lelaki...saya lah bunga sekuntum..mmg kena hal yg sama.. tapi kita ni x de hal pun..duk kater kita nak ke budak bujang pulak..hishhh laki akak lg ler hensem weiii...

note : mulut org x ley nak tutup sbb tu susah nak cakap salah x cakap salah...saya amik pendekatan..PEDULI LAH ORG NAK CAKAP..BUKAN MINTAK MAKAN KE DORANG pun kan...
NJ said…
hahaha silap...MULUT lerr

Popular Posts