16 June, 2010

I AM BACK !!!!!!!!!!!!!

“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

24 comments:

Kakcik Seroja said...

wakakaka...

aelamat kembali berkarya, pB :)

Sesumpah said...

hahaahaaa


ada gak kedai nama ni


bengong

achik said...

hahaha.. nama x boleh belah.. ;p

Maiyah said...

hehe.. nk kene terang2 explain dlu baru cakap kot..

Eliss said...

biar betul nama kedai ni kang kang..hehehehe...

lama x dengar cerita..

ida napi said...

hahahaha..mang lawak ar..kelakar sungguh..hahahaa

~adeQ~ said...

akhirnya...semalam hantar e-mail kat kak pb, tp undelivered sbb mailbox full....ke mana menghilang....

MOKCIK AZWA said...

wkakaka...sib baik tak terkangkang gelak huhuhu

welkam back!

Relevan said...

Ada kedai nama gitu yer..berkang kang kangkang..

zue said...

baca2 mmg dah suspen..yalah apa lak nak mengkangkang kat tepi jln.
rupa2 nya mmg ada kedai kasut nama kangkang. kahkahkah.

pb..kedai ni area maner..

Zur said...

hahahah..kelakau

Achu Tra said...

uh..uh..uh...takdok namo laing doh ko ehh...ha3x..

zino said...

itu macam pun ada ka? hehe

Zareda Norman said...

nama kedai mcm ni pun ada... komersil betul namanya.. heee

lama menghilang?

oren said...

kak pi mana? lama sengap?? org sms last tak reply..kocik ati :P

DrSam said...

kesian betul penduduk kawasan tu dan kawasan-kawasan sewaktu dengannya...selalu sangat pergi kang kang :)

attyfir said...

ekekeke..ada gak nama kedai camnie ye ..

pB said...

atty's -> tular kan


DrSam -> memang kesiannnnnn tapi femes


Oren -> Jgn kecik hati. Kan dah hantar email


Zareda -> Lain dari yg lain.Cuti dok umah.



Zino -> Glamer gituk.

pB said...

Achu Tra -> Namo tu hok buat kedai tu laku.





Zur -> Memang kelakau . Sian tuan kedai tu.




Zue -> pB baca mula mula pun suspen gak. Katanya kat MuO.




Relevan -> Jgn lepas keluar kedai , kita yang mengangkang dah ler.







Azwa -> Berdo'oh la pulak. Tks. Gud to be back.



Adeq -> Ada tak kemana mana. Berehat diumah sahaja. Tks sebab cuba cari akak.



Idahani -> Gelak tu control sikit

pB said...

Kak Chik -> Terimakasih, Kak.


Sesumpah -> Nama komersial tuuuu


Achik -> Nak belah berapa kerat?


Maiyah -> Kena baca sampai habis.


Elisme -> Nama betul tu.

Mak Su said...

kui kui kui ;D

dlt said...

hahaha.... bahaya betul nama kedai..

Ummi said...

tertanya-tanya manalah si PB ni, rupanya dok kat rumah aje, tapi kenapa diam punya lama :)

Hanisham Ab Halim said...

Kah.. kah.. kah... lawak2...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...