941

Salam


Taste bud tak berapa sihat sejak dua menjak nie.
Bila makan , tak terasa keenakkannya.
Lelangit rasa licin jer.
Kenapa lah agak agak nya .. ???



Insyaallah , dalam masa 85 hari lagi , pB akan melahirkan anak yang ke LIMA ini.
Sekarang dok ushar ushar tempat nak bersalin.



Konfius makcik ...
Konfius sebab kena fikir pasal kewangan sama.



Besar kemungkinan pB akan bersalin di sini lah , bukan di Kota Bharu.
Kalau ikut aBear , dia nak pB bersalin di sana.
Dia nak , at least ada seorang anaknya yang berkad pengenalan dari negeri Kelantan DarulNaim.
Tiga anaknya lahir di Sungai Petani dan seorang di Selangor Darul Ehsan.



Kehendak aBear tu terpaksa ditolak ketepi sebabnya timing tak kena.
Due date pB tu , jatuh bulan Januari. Masa tu kan , masa budak budak baru masuk sekolah.
So , may be No No No to Kota Bharu.



Nak jimatkan duit, bersalin di Hospital PutraJaya.
Tapi pB ni jenis penakut. Tak leh imagine kalau bersalin sorang sorang.
Tapikan , kalau kat Hospital PutraJaya , suami boleh masuk dalam labour room.


Masalahnya sekarang , kebiasaanya pB akan mengalami masalah 'kesakitan selepas bersalin'. Kalau orang Kela'tae , dio panggil "RENGAT". Kalau kat sini , pB tak tahulah pulak penyakit tu dipanggil apa.


Bukan semua orang mengalami sakit ni.
Tahap kesakitannya mengalahkan sakit semasa hendak bersalin.
Kalau anak pertama , sakitnya satu hari.
Kalau anak ketiga , sakitnya tiga hari.
Dan kalau anak ke lima , sakitnya lima hari.


Dan biasanya , kalau pB lepas bersalin , memang pB tak akan jaga baby tu sendiri. Masa menyusu jer , baru pB ambil.
Kalau bersalin di hospital kerajaan , rasanya baby tu kita yang kena jaga , kan. Tukar lampin , susukan ....
Kalau salah info's , tolong betulkan ...

Sesiapa yang pernah bersalin di hospital kerajaan , tolong lah share pengalaman.
Please please please

Comments

shafarina said…
alamak.. semua swasta pulakkk :)
sally said…
anak pertama di Hospital Sg Petani..13 years ago..husband? x bole masuk.

anak kedua di Hospital Selayang. Best! masa tu baru lagi. Macam bersalin s Spital swasta. Labour room sorang satu. Husaband bole masuk dr awal smpaila selamat bersalin. Bayaran?? 6 hengget je..hihi
nurazzah8 said…
Salam pB,
Azzah lahirkan anak ke-8 akak tu di Hospital Putrajaya (tahun 2002) masa tu hospital ni baru lagi...mmg tip top..husband mmg boleh masuk tgk akak bersalin..(itu yg kita hendak kan..? sbb kalau suami ada sama masa hendak bersalin, baru dia tahu betapa sakit dan susah nya orang perempuan ni nak melahirkan...baru timbul perasaan insaf/sayang/ kasihan/bertanggung jawab dan macam2 lagi lah)

tapi waktu malam mmg suami tak boleh duduk kat wad, kena baliklah ... cuma seingat akak, baby dia orang letak kat nursery (kalau tak silap lah...ingat-ingat lupa nih) bila baby nak menyusu baru dia hantar kat kita...

tapi sbb akak tak tinggal lama..no problem lah... akak bersalin pagi Ahad, esoknya Isnin dah balik rumah... kat rumah mak dan bibik yg jaga... huhu..mcm tuan puteri lak... tk turun2 bawah...mak yg masak ..pastu bibik hantar makanan kat atas... lepas 2 minggu baru turun ..mmg dimanjakan betul macam beranak sulung pulak ...ialah akak dulu beranak sulung dan kedua kan kat USA, mana ada orang jaga..pandai-pandai sendiri aja...
Mak Su said…
panggil rengat juga, apa nak buat... mmg ujian utk kita gaknya.

tawakal :)
MOKCIK AZWA said…
PB,

Tak tahu pulak tu dipanggil rengat...seingat mokcik, mengikut doktor kesakitan ini akan bertambah dengan bertambahnya anak!

Mokcik masih ingat, first baby tak rasa pun tapi bila 2nd, 3rd, 4th memang sakit sampai nak berguling2...itu sebab rahim kita nak mengecut, kata doktor. Makan painkiller, kurang sikit kut kesakitan dia.

di Hospital Putrajaya, rasanya ikut kawan yg bersalin disana, dia hanya akan hantar baby taim menyusu...pehtu kalau nak lawat dia pun kena ikut masa melawat aduhaiii. Tapi wad bersalinnya selesa, sebilik dua orang.

Semoga dipermudahkan.
sya said…
pB.. kalau kat melaka dipanggil rengat jugak. Kak sya kena rengat anak ke 3.. tapi tak sampai 3 hari.

Kaks ya beranak 3 og di hospital kerajaan.. tapi sumenya tak le sebaik hospital PUJ tu.. suami tak leh ikut and anak pun kena jaga sendiri
MQ said…
alaa..saya takde pengalaman bersalin spital kjaan sebab takut..ada yg kata nanti masa jahit tak de bius la, ada yg citer kena jolok2 dgn doktor pelatih..so jadi ngeri pulak..saya bersalin kat an nur bangi..tapi mmg puas hati la :)
kak Pb..anok2 sayo,semo diberanok kan di spital kerajaan.

anok sulung si spital Kota Bharu, somi atau ibu bulih masuk, labor room asing2 and nurses pon baik2..jadi ado la soghe anok sayo ic dia ber kod 03.anok sayo keno jago sediri sbb anok sayo takdop gapo2, cumo pagi2 nurse akan bowok mandi..

anok ke-2,3 dan 4 semo beranok di spital Keningau. ok gok, nurse baik2..cakap lembut, siap gosok2 blkg saya lagi..pahtu somi pom bulih masuk jgk..tp keno oyak awal2 ko pihak spital la..sayo beranok kol 2 pagi...kol 12tgh hari sayo bulih balik doh...wak gapo dok spital lamo2 kalu tok sakit,deh ?
oren said…
saya bersalin semua anak kat spital kerajaan..sorang jek IC selangor, yang lain smeua IC penang..hikhikhik..

di semua hospital yg saya bersalin, mmg kita jaga..alaaahh..bukan jaga apapun..kalo baby berak/kencing/nangis, kitalah buat..cuma time mandi jek nurse akan mandikan..so, time mandi pun, mcm kalut2 ja, sbb dok dengar bunyi budak nangis, tapi tak tau anak sapa..kadang, kita kalut2,bila pi kat katil, rupanya sikecik tido lena..anak org lain yg teriak..hikhikhik..kalo dpt kawan yg baik, suh dia tlg tepukkan baby kita kalo baby kita nangis time kita mandi..

saya tak tau nak suggest samada patut akak pi swasta ka, gomen ka..buat keputusan ikut bajet..hihihi..

mana nak pi tau, bersalin kali ke 5 nih, mudah? tak dak dah sakit teruk lepas bersalin? doalah byk2..insyaAllah, Allah tolong :)

BTW, baby nih dah tau ke girl ka boy??
DrSinga said…
pB..
rengat atau ada orang panggil rengas..
adalah ketika rahim kita mula mengecut..
akan jadik lebih kerap bila kita menyusukan baby..sbb hormonnya..
lagi kuar rengat.. lagi cepat rahim mengecut..
Rohaniah said…
k.wear tok tau rengat ni lagu mano...hok k.wear sokmo raso macam hanyut mabuk laut gitu...tapi sekejap je.

Pernah sekali jer bersalin hospital kerajaan, memang masa tu semua kita kecuali masa baby mandi. Tapi kitalah jugak yang kena gi bawak baby ke tempat nak mandi. Then semua lepas tu kita buat belaka. Alhamdulillah, masa tu baby no. 3, baby baik, tak nangis. So k.wear pun senang jaga dia masa tu. Malam pun tidur ngan kita. Tapi tu masa kat Terengganu la, kalu Putrajaya k.wear tak tau...

Cuba PB tido atas lapik tilam hok beli ko tok ma tu, pasang suhu kecik je, dalam 2, 3 je...k.wear tiap2 mlm lloni tido lapik tilam tu sebab tak nak kasi cramp kaki. Cubalah, manalah tau kan...
Uncle Lee said…
Hi PB, I guess this is out of my league.
But I wish you well. You stay easy, have a pleasant week, Lee.
kakpah said…
tak dapat nak kongsi pengalaman sebab kakpah memang penakut besalin kat kospital kerajaan.
muga pb sehat dan membuat pilihan yang sesuai. besalin ni kalau suami ada sebelah dapat jugaklah mengurangkan kesakitan... dan kegabraan..
umie@kakyong said…
pb
kelima2 anak umie bersalin di hospital kerajaan... tak tau nak xplain mcmana kalau bersalin di private hospt. kito org gomen..

Kalau la ada anak yg no 6 rasanya nak jugak merasa bersalin di private hispt...

Popular Posts