Jiran sebelah umah balik India. Dah dua minggu dah. Sebelum dia ke India , dia ada mintak aBEar tolong 'bank in' kan cek untuk anak lelaki dia yang dok mengaji kat Rusia. Tarikh cek tu 30/11/2010. Hari ni lah kan.
pB tak ambik port pun sebab dok ingat aBear yang buat semua tu. Sekaliiiii , jumaat lepas aBear kena gie Kota Kinabalu. Ada urgent projek kat KK. Projek TV HIJRAH. Esok baru balik.
Nak tak nak , pB gak ler yang kena 'bank in' kan. Tak pa , no hal. Ingat kan pagi ni baru nak gie CitiBank , TETAPI , jiran dah sms pada aBear mintak 'bank in' malam 29hb (semalam). So , berangkut lar pB tiga beranak dalam hujan mencari CT Bank kat bandar Puteri tu. Sib baik jumpa.
Balik dari Bandar Puteri , parking elok elok. Kunci leher kereta , kunci pagar umah. Dan dok diam diam kat bilik sambil tengok telibisen. Last last tertidor.
Tiba - tiba
ting
tong
ting
tong
bunyi loceng pintu pagar. Termamai mamai bangun. Dah lah susah nak bangun. Tengok jam dinding. Jam 1230 tengah malam. Saper larrrrr yang dok tekan loceng pagar nie? Dah suspen dah .
Jenguk tingkap . Ada tiga orang lelaki. Sorang dok tekan loceng. Berketurunan India pulak tuuuuuu. Lagi ler menambahkan tahap kesaspenan ... Hero lak tak ada kat umah. Yang ada semuanya heroin jer. Apa lak they all nak dengan pB nie??
Turun lah gak ke tingkat bawah. Tok Ma pun masa tu dah terjaga. Bukak tingkap sikit.
"yer , ada apa ????"
"lampu kereta U tak tutup larrrrr".
"oooh , ye ker ... terima kasihhhhhh"
He he baru teringat , sebelum keluar kereta tu , pB memang ada bukak lampu kecik yang kat dalam kereta tu . Nak cari hand phone , konon kononnya. Dah buka , lupa lak tutup.
Nak keluar umah tu pun , mintak Tok Ma temankan walaupun tiga lelaki tu dah berlalu pergi. Takut weh. Buatnya they all nak buat jahat ker apa , tak pasal pasal , esok pB masuk Harian Metro.
Rasanya mereka tu jiran pB . Tapi rumah barisan lain. Malam malam tak perasan. Lagi pun , kaum India di situ , more kepada awak awak , sayer sayer. Angkat tangan tanda terima kasih , jer lah lepas nie.
9 comments:
Aduh prihatin sungguh jiran PB...kalau tak esok kereta tak bleh start la jawabnya...
suspen jugak tuh ek..
Syukur dpt jiran yg baik...
Saspen je ye kak. Kalau yus pun kecut perut gak tu. Tapi alhamdulillah, sebenarnya ada lagi jiran yang perihatin.
Kalau akak pun suspen jugak... memanglah tak kluar rumah kalau ada org yg mencari tu menimbulkan rasa curiga... takut...
mmg saspen la kak pB..kalu risa mmg confirm tak bukak pintu...keselamatan penting skrg ni...
salam pb
Awal tidur. Rumah kami kalau belum 12:30 belum tidur. Kadang2 dekat pukul 1:30 baru tidur.
Ni dah nak tengahmalam semua masih belum tidur. Adam pun masih rancak bermain tu huhuhu
aishhh bikin suspen baca n3 ni..mujur lah semua2nya baik2 belaka..
Post a Comment