10 December, 2010

963

Salam



Kalau mengikut entry 961 , pB akan pulang semula ke Kota Bharu untuk mengambil anak anak dara pada minggu terakhir bulan Disember 2010. Dan menghabiskan cuti tahunan di sana. Itu perancangan awalnya.


Kita merancang tapi Allah yang menentukan sama ada rancangan kita tu boleh dilaksanakan atau tidak. Begitulah jua dengan rancangan pB nie.



Hujung hujung tahun ni , banyak pula projek kerja yang perlu aBear siapkan. Kebanyakannya projek "mengejut dan terkejut". Urgent punya projek. Kebetulan dalam masa 3 minggu akan datang , kerja-kerja penambahan fiber kabel di Bandar Kota Bharu untuk projek BroadCast akan dijalankan. Jadiknya , untuk tiga minggu ni , aBear 'terpaksa' bermastautin di KB untuk supervise kerja kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Kerja ini akan bermula pada malam ahad hari sabtu ini @ 11/12/2010.



Anak - anak tak ada. Tok Ma pun tak ada. Ini aBear pula tak ada dirumah. Yang tinggal pB sorang sorang. Baru dok berangan nak ber 'hanimunan' dengan aBear. Sementara sihat dan larat ni , nak ler main kejar kejar kat umah yang kosong tu. He he he , percayalahhhhh sangat dengan pernyataan nie. Tak ada kerja nya aBear nak main kejar kejar dengan pB. Dia sibuk sokmo. Ada aja jiran jiran yang datang mintak tolong . Tolong repair lampu rosak , repair kipas rosak , repair water heater rosak.


aBear tak 'harap' pB dok sorang - sorang kat umah . Kang dibuatnya baby ni nak keluar awal , tak ker susah ceritanya . Dan untuk dia balik tiap tiap hujung minggu, rasaya macam tak munasabah jer. Maka , dengan ter"paksa rela" lah pB menghabiskan semua cuti pB minggu hadapan. Dan juga mengambil cuti tanpa gaji selama 11 hari (pokai guaaaaaa). Hari ini hari terakhir pB bekerja. pB akan mula berehat dari 18/12/2010 hingga 2/1/2011. Kalau tak bersalin dalam masa terdekat ni , 3hb Januari 2011 , pB akan bekerja semula. Kalau bersalin , makanya sambung lagilah cuti pB.



Esok , kami berdua akan balik ke Kota Bharu lagi. Memikirkan tempoh perjalanan dan jarak perjalanan pun dah buat pB rasa letihhhhhh . Tapi bila meng'imajin'kan , makanan makanan yang pB boleh makan , naik sikit semangat nak balik kampung.



Doakan agar perjalanan kami selamat.



Sally , Kak Chik , ada masa nanti kita calling calling , nyerrr

10 comments:

Sally said...

Ofkos..ofkos..kita p makan chim chum bole..mai makan kat umah Sally pon bole..TAPI bukan d bulatan Benta tu ya..hihi

oren said...

bestnya cuti..so, rehat dan mkn la puas2..nanti jgn komplen byk2 dlm blog..hikhikhik..

Mak Su said...

take care, jenjalan tu bebaik ek, nanti update perkembangan terkini :D

Ummi said...

lama cuti :)

best-best :)

bila due datenya pb?

Ibu n Abah said...

pB...
eloklah ikutkan suami ke KB.. kot2 baby nak keluar awal.. payah jugak sensorang....
take care...

Achu Tra said...

ambo nok keno kelik jugok hujung2 bule nih...ata anok kelik ngaji Kelate jugok..

Zareda Norman said...

selamat berehat PB

Hamizah said...

best la cuti kat klate lagi..
bersalin denu ko?
mdh2an selamat deh..

KAMATO said...

silap gaya boleh lahir kat kelantan baby tu he he....

Arena said...

Semoga urusan dipermudahkan..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...