16 March, 2011

986/SAYU

Salam


pB kenal DIA tahun lepas.
Kenal DIA pun secara kebetulan aja.
Ronda sana , ronda sini , terjumpa DIA.

Pertama kali jumpa DIA , pB dah berkenan.
Terus pB masukkan DIA ke dalam folder kegemaran pB.

Boleh dikatakan , setiap minggu pB melawat DIA.
Tak pernah miss , orang kata.

Dari kenal DIA, pB kenal isterinya.
DIA orang Trengganu.
Isterinya orang Shah Alam.

pB suka melawat DIA dan isterinya.
Sememangnya pB sudah jatuh hati dengan DIA.

Jangan salah faham.
pB jatuh hati dengan Blog DIA.

DIA orang Malaysia yang bekerja di Pakistan.
Membawa keluarganya merantau ke sana kerana mencari rezeki.

DIA seorang yang baik.
DIA seorang yang berbudi pekerti.
DIA pandai memasak.
DIA pandia menjahit.
Baju kurung anak perempuannya , dia yang jahit.
Di pakai di pagi raya semasa berada di Pakistan.

Dari pembacaan pB , pB tahu DIA seorang suami yang sungguh
bertanggung jawab , mencintai isterinya sepenuh hati
Dia seorang ayah yang penyayang dan lemah lembut.

Dai blog isterinya , pB juga dapat membaca pengalaman-pengalaman
yang isterinya alami semasa berada di Pakistan.
Bagaimana perasaan isterinya ketika bersalin anak ke dua di sana.
Bagaimana gembiranya anak sulungnya menyambut kedatangan adik perempuannya.

Sesungguhnya , pB tahu DIA mempunyai kehidupan yang amat amat bahagia walaupun tinggal jauh dari Malaysia.

Sekembalinya pB dari cuti bersalin , pB masih lagi mengikuti perkembangan blog DIA.

Kali terakhir dia menulis di blognya pada bulan Februari. Selepas itu tiada lagi apa - apa.

Firasat pB , mungkin DIA terlalu sibuk dengan kerja kerja dan keluarga. Yelah , baru memperolehi anak ke dua pada bulan Desember baru baru ini.

pB masih dok berharap DIA ada masa untuk 'update'











Namun , semalam .........


pB baru dapat tahu bahawa DIA telah kembali menemui penciptaNya.


DIA baru berusia 29 tahun.
Meninggal di dalam kemalangan yang melibatkan kereta DIA dengan seekor kuda.
Meninggal dalam perjalanan untuk pulang ke rumah ibubapa nya di Trengganu.
Dan yang paling tragis , kejadian itu berlaku hanya beberapa kilometer dari rumah ibubapanya.
Dan isterinya serta anak - anaknya ada bersama DIA semasa kejadian itu berlaku.


Mungkin kawan kawan ada mendengar berita kemalangan ini di Berita Utama TV baru baru ini (2hb Mac).
Semasa berita itu disiarkan di tv,pB ada mendengarnya, malah ada terdetik di hati , teringatkan akan DIA. Dan berharap bukan DIA. Lagipun pB tidak tahu akan nama penuhnya. Yang pB kenal hanya nama samarannya.


Semalam seharian , pB melawat blog kawan kawan baiknya.
Memang DIA insan istimewa.
Memang DIA disenangi oleh setiap kawan kawannya.
Bertuah kerana mereka sempat mengenali DIA.


Entah mengapa hati ini terasa sungguh hiba, sedangkan DIA tidak kenal pB.
Dan pB hanya kenal dia melalui penulisannya sahaja.
Sehingga hari ini , pB masih lagi bersedih


Sedih melihat wajah anak - anaknya , EMBUN dan KEKWA.
Sayu bila mengenangkan isteri yang ditinggalnya , MAWAR ....


Kepada Nafastari , kak pB doakan berbahagialah Nafastari di sana.
Semoga WAN AHMAD FADZIL BIN WAN MOHD ditempatkan dikalangan orang orang yang beroleh kebahagian di sana nanti.
Semoga aman di sana.

Buat isterinya MAWAR , tabahkan hati.
Kuatkan semangatmu.
Insyaallah , satu hari nanti Mawar akan bersatu semula dengan Nafastari.

Buat EMBUN dan KEKWA ,
ketahuilah bahawa ramai yang menyayangi ayah.
Dan ayah akan dirindui selama lamanya








untuk membaca apa yang kawan-kawan Nafastari tulis tentang arwah , bolehlah layari


NAFASTARI
MAWAR NAFASTARI
atbk2982
AISHAH JAMAL
NAZZUE
ASRAFFI
SUZIE





16 comments:

zue said...

assalam pB,
mmg zue pun ada baca berta tersebut...Alfatihah.

oren said...

oowwhh..yg tu..mmg ada baca..ada kengkawan uia batch dia dlm fb..baru come across yg dia ada blog..

takziah utk wife dia jugak..

pB said...


OREN
Apabila kak pB lihat gambar gambar anak anak kesayangan arwah , hati kak pB bertambah sayu ...


Semalam , bila berjaga jer , mesti terlintas akan arwah ...


Pelik kan ...

pB said...


ZUE
Salam Zue. Kalau baca blog2 kawan kawan arwah , dia memang seorang yang sangat sangat baik ...

aNIe said...

Al-Fatihah buat Nafastari... dan takziah buat isteri yang ditinggalkan...

Memang betul ...walaupun kawan2 blog yang hanya kita kenal di alam maya.. kita akan terus teringatkan mereka bila mereka meninggalkan kita...

Semoga isterinya menjadi lebih tabah...

Rumah Kuning said...

PB,
saya pun terjumpa dan mengunjungi blog Allahyarham selepas dia telah kembali ke rahmatullah.

DrSam said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Semoga roh WAN AHMAD FADZIL BIN WAN MOHD ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

HarizMuqry97 said...

Al-Fatehah untuk arwah Wan Ahmad Fadzil.

KakNi (CikNi Ahnie) said...

Alamak PB, tadi tu ID anak, dia x logout, saya pulak terus jer tekan 'publish'

Zareda Norman said...

alfatihah... wpun tak mengenali dia tapi zar doakan perjalanan abadi beliau dipermudahkan..

zino said...

al fatihah..

risanur said...

al fatihah...moga isterinya menjadi kuat...

moga kak pB tidak berasa sedih sgt...kehilangan itu pasti...kita perlu menghadapi dgn tabah,..

MULAN said...

alfatihah...

umeboshi said...

al-fatihah buat arwah NAFASTARI!

tasekM said...

alfatihah.



.

sally said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Semoga roh WAN AHMAD FADZIL BIN WAN MOHD ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...