29 March, 2011

995

BOS TAK ADA. MEETING. SO BULEH LAR SAMBUNG CERITA SEMALAM




13 Disember 2011 pB dah mula cuti. Ingat ingat pB , 11/12 tu kita orang (pB dengan aBear dah bertolak balik pun). Perjalanan ok. Yelah , cuti sekolah dah lama. Jadi jalan tak lar sesibuk mana pun).



Duduk rumah keluarga mertua. Makan minum , makan minum. Menambahkan lagi berat badan. aBear pulak sibuk siang malam. Siang ke pejabat T* Bhd. Malam turun padang. Tengok kontraktor tarik fiber di sepanjang jalan dari Jalan Teliput ke RTM Wakaf Che Yeh. Macam macam masalah. Kena pulak masa tu , tengah musim tengkujuh. Antara masalah yang timbul ialah mainhole masuk air dan juga budak merempit.



Baru pB tau , rupa-rupanya kalau nak buat apa apa kerja kat jalan persekutuan , syarikat yang terlibat tu kena ambil insuran. Insuran kemalangan.




Boleh dikatakan selang dua hari sekali, pB mesti keluar ke Bandar Kota Bharu. Keluar cari makanan dan juga mencari peralatan anak anak untuk ke sekolah. Beli beg , kasut sekolah, stokin dan macam macam lagi lah. Kena pulak yang no3 tu nak dok asrama, lagilah macam macam barang yang dia request. Yang mana pB boleh ikut , pB ikutkan. Yang mana dah nampak nak mengarut ngarut tu , terpaksalah pB say NO.






Yang bab makanan tu , tak yah cerita. Memang makan pelbagai jenis kuih. Membeli di Pasar Siti Khatijah , Pasar Kubang Pasu , Pantai Cahaya Bulan pun ada.





Ada sekali tu , mengidam nak makan nasi lemak. Kah kah kah. Kalau dok kat sini , tak adanyer nak mengidam. Tapi dok kat sana lak yang teringin. Teringin sebab kat sana susah nak cari orang menjual nasi lemak nie. Nasi lemak yang pB idam tu , pulak , tempatnya direkomen oleh Cikgu Sally. Tiga kali pergi , tiga tiga kali tak ada reseki. Padahal dah keluar awal tu dari rumah. Masih dok terbayang bayang lagi warna sambal nasi lemak makcik tu .........







Seminggu sebelum krimas , pB buka buku di KBMC. Ambil langkah berjaga-jaga, kononnya. Takut takut terbersalin awal. Masa buka rekod tu , pB baru masuk minggu yang ke 34 (kalau tak silap).






Dipertengahan bulan disember , anak anak pB diserang penyakit mata. Berjangkit jangkit , I say U. Mula-mula si Nurin. Digosoknya mata hingga sedikit luka dipermukaan mata. Susah betul nak mencari klinik pakar mata di Bandar KB nie. Mintak tolonggggg pada Sally lagi. Sallylah yang beri maklumat. Selepas siNurin , berjangkit pula kepada si Arifah. Dalam Nurin nak ok, dapat pulak pada Aqilah dan Afiqah. Tapi nasib baik , mereka berdua cepat sembuhnya.





Sakit mata ni kemudiannya berjangkit kepada sepupu sepupu mereka. Then beralih kepada aBear. Rasanya aBearlah yang paling teruk. Dengan bengkaknya , dengan berairnya. Dah lah berair , tak boleh terkena silau. Memang kelakar kalau tengok muka aBear masa nie. Kesian sungguh. Dalam dok sakit sakit ni , kerja tetap kerja.





Dalam hati pB , dok kata " kalau dpt sakit mata ni , bagus gak". "Cuti tanpa gaji leh tukar kepada CUTI SAKIT".





Sekali Allah makbulkan . Ambik kauuuuu. Merah , bengkak , berair. Tapi mujur tak berair. Alahaiiiii. Mintak lagi .......














Kita berhenti kat sini dululah nyer ...

Sebab pB takut nanti ada yang tak suka .... Panjang bebenorrrrrrrr

1 comment:

zino said...

berpeluh nak baca hehe

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...