09 April, 2011

HARI KE 99

Salam Hari ini hari ke 99 Adam. Alhamdulillah , Adam sihat. Tak banyak meragam. Malam , bangun bila hendak menyusu sahaja. Itu pun 4 kali jugak bangunnya. Genap usia Adam 3 bulan baru baru nie, Adam dah mula meniarap. Mula mula tu , sikakak kakak yang tolak tolak belakang. Lama-lama Adam dah boleh meniarap sendiri. Pagi ni , bangun jer dah mula meniarap. Tergolek golek atas katil . Kejab ke kiri. Kejab ke kanan. Sambil tergolek , mulutnya berbunyi bunyi. Bukan menangis tapi lebih kepada nak bercakap cakap. entah macam mana , pB terlepas pandang, tergolek jatuh katil ..... Menangis bagai nak rak sebentar. pB macam nak keluar jantung. Si Nurin , pucat putih mukannya .... Mujurlah Adam tak apa apa. Sekarang dah tidur lena dalam buaiannya ..... Memang dah tak leh tinggal dah si Adam nie ... Lasaknya mengalahkan sikakak kakaknya dahulu ....

11 comments:

eny said...

anak kite lebih kurang umur nye..beza sebulan aje..time2 dia dah blh meniarap,mmg bahaya kalau ditinggalkan..serun rasa kalau dgr budak jatuh katil..

mamalisa said...

syioknya ada baby :) meleleh baca blog PB nih hehehhe. rindulah bau baby

Sally said...

Aduiiii..hati-hati lah pB..ngeri dengar Adam jatuh katil tuuuuu..

ibundo said...

Alah siannya. Tak boleh letak atas katil dah tu pb.

Maryam ada sikit elok tangisnya. Dah boleh dah tinggal letak atas tilam sambil diagah2. haritu ada sorang ustad datang tolong doakan. Petua yang pb bagi pun kami teruskan jugak.

zino said...

tak boleh lepas dari pandangan dah tu..

ummu said...

assalamualaikum PB
alahai siannya Adam,
mesti dia terperanjat sama tu,
mungkin sbeab tu dia 'melalak' kejap.
take care pB.

AuntyN said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AuntyN said...

Salam pB

Ingat dgn AN lagi?

Syok nye dengar ada anak kecil namanya Adam. Alhamdulillah...

Salam

AN

Anonymous said...

Kesian Adam. Kecik-kecik dah jatuh katil. Itu hanyalah permulaan pB. Sikit lagi, jatuh dari kerusi, kendian dari basikal... budak-budak lelaki ni.. kalau tak luka lebam sana sini tak sah...

WRA said...

tu la dok...anok lelaki ni lasak sikit...dan berani pun yer hehehe...dapat kaki jap lagi sibuk nok manjat je la puloks hehe...

tengok muko Adam bbowoh tu, banyok muko Da lah hehe...

Mulan said...

adam kan hero malaya... mesti la lasak sikit2... hehe... lama tak jumpa adam.. mesti dah besar sikit dari dulu..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...