1014

Masih pasal cerita nak tukar...
Jangan tak baca sebab pB perlukan pendapat kengkawan...

I am so konfiusssssss rite now





Pertukaran tu sepatutnya berlaku tiga penjuru.
pB ke Puchong.
Girl A ke CyberJaya.
Boy B ke Shah Alam.
Itu lah yang dipersetujui sebelum ini.



Apabila Girl A tak jadi , semuanya hancus.
Sebab dia adalah pe"MUNGKIN" kepada semua pertukaran.
Alasan Girl A ialah tempat kerja di CyberJaya susah.
Susah untuk dapat cuti.
Susah untuk keluar kalau ada emergency.
Dan juga hubby Girl A minta lupakan dulu hal hal pertukaran ini.




Yang Boy A nak pindah pula sebab umah dia nuuuunnn kat Sg Buluh.
Hari hari dok berulang dari Sg Buluh ke CyberJaya.
Bengkok engkauuu...
RM 300 duit tol sahaja.
Nak naik motor dah fobia sebab baru baru ni kemalangan.
MC sampai 3 bulan.





Yang pB pula , I have my own good reason.
Cannot tell , maaaaaaa ..
Secret .... he he he





Bila dah tak jadi tu , pB try another option.





pB gie melawat tempat kerja Boy A tu.
Not bad.
Kerja ok. Tak jauh beza dengan apa yang pB buat sekarang
Jarak dari rumah pun , ok jer.
Ada long cut , ada short cut.
Ada jalan kena tol dan ada jalan tak kena tol.
Pilih jer yang mana mudah.
Cuti pun , rasanya tak ada masalah.




Yang tak best , keadaan tempat kerja.
Tak ada privasi langsung.
Keadaan pejabatnya seperti dalam panggung wayang.
Luasnya macam 3 buah panggung wayang.
Manjang dan lebar jer.
Dan paling best , depan sekali memang ada skrin besar.
Tapi tak adalah tayangan gambar.






Meja kerja nya berbaris baris macam kerusi kat cinema tu.
Belakang kita ada supervisor.
Belakang supervisor pulak , ada assistant manager.
Tak ada langsung partition partition nie.
Kalau bercakap dalam phone , rasanya the whole ruang boleh dengar.
Hu hu hu




Nak pergi ker tidak??
Atau nak terus stay kat sini???




Tolonggggggg bagi pendapat ...




Tenkiu tenkui
Wa sangat sangat hargai two cent dari u all semua

Comments

MULAN said…
solat istikharah..
OO said…
Pendapat Kak supo nga Mulan.
InsyaAllah tok nyesal orang beristikharah.
MOKCIK AZWA said…
PB,

rasanya sebab tu Girl A tak mbuh gi ke Cyberjaya tu huhuhu...ayooyoo..

on the other hand, kalau transfer ke sana boleh solve masalah PB, then maybe you can get use to having no privacy in the office.

macam nasihat kenkawan lain tu...solat istikharah, semoga Allah memberi petunjuk untuk kebaikan bersama.
DrSam said…
tempat kerja dan suasana baru memang akan berbeza dengan tempat kerja 'comfort zone' kita sekarang. Namun jika ketidakselesaan seperti privacy, suasana panggung wayang dan supervisor kat belakang boleh di'tolerate' dan mampu memberi kepuasan jangka panjang apa salahnya mengambil risiko sedikit dengan mencuba. Namun jika masih juga tidak serasi apa salahnya terus mencuba dan terus mencuba (suka sama suka lagi).
lupekanje said…
mana lagi baik? Bertukar tempat baru memang akan ada risiko sbb kita dah terbiasa kat tempat lama.
Kekdang akan lebih seronok, kekadang nyebabkan kita nyesal bertukar.
Pikir la banyak kali....banyak baik ke, banyak buruknya...

Yg penting, cam knkawan lain kata, solat istikharah la. Moga keputsan yang dibuat nnt, adalah dari Allah..baik atau buruk, smuanya berhikmah....
Kakzakie said…
Kalau kakak cari tempat yg confirm kita boleh lakukan kerja tersebut dgn confident. Sebab ini utk long term. Privacy tolak tepi, lama-lama ok punya.

Apa yg penting kita yg kena pandai sesuaikan dgn style teman baru bukan org kena ikut style kita. Insya-Allah pB mesti boleh...
Ummi said…
bos ummi pernah cakap, kita yang kena suit dengan environment, bukan environment yang kena suit dengan kita

solat istikharah lah PB, moga terbuka hati, soal privacy ada yang mementingkannya, kalau ummi lama2 boleh kot suit dengan environment macam tu, so tak leh bukak bloglah ye hehehehe
Hamizah said…
biasanya mula2 jah raso ssh adapt..pastu ok jah..
Mak Su said…
maksu doakan pb dapat buat keputusan terbaik utk semua orang, aminnn
dangarumbia said…
Tie pun setuju dengan Mulan...
Pp said…
pB :-) satu dillema. berbagai persoalan. beberapa kemungkinan.

> Untuk melengkapkan fakta, kena la juga kongsi kan apa sebab nya pB nak pindah. Maklumat tak lengkap ni...hehehe.
share lah rahsia tu...~!

> Oleh kerana maklumat tak lengkap, so pendapat saya pun mungkin tak lengkap lah juga.

> Self-development, dan mungkin juga untuk career progression, memerlukan perubahan. Kata orang, "We can't expect to get different results by doing the same things" Lupa lah siapa yg kata.

> Setiap perubahan, mesti ada cabarannya.

> Untuk pB timbangkan, mana lebih besar; cabaran dan risiko menetap di tempat sama, atau berpindah ke tempat baru.

> Pertimbangkan juga, apa yang pB mahukan dalam career/ kehidupan.

> Jika keselesaan dan kesinambungan; mungkin teruskan di tempat sekarang.

> Jika perubahan, dan larikan diri dari 'issue' sekarang di tempat lama, berpindahlah - jika risiko nya tidak terlalu tinggi.

> Job satisfaction juga amat penting. Kita kerja 8 jam sehari. Jika tak happy di tempat kerja, tak happy lah kehidupan. Stress~!

> Jawapan, Abe Pin dop leh nop ghoyat. Cumo boleh tanyo soalae2 atah tu jah. pb BUAT LAH SOLAT ISTHIKORAH TU DEH....dan tawakkal~!

Best wishes sokmo2.

Pp
Yunus Badawi said…
Stay aje. Senang nak pergi lunch kalau saya ada kat Shah Alam hehehe
DrSam said…
selamat hari ibu pB!
ckLah said…
Tak daoat bagi pandangan, kerana ckLah sendiri dah 20 tahun tak pernah berpindah atau teringin berpindah...solat istikarahlah pB.


Selamat Hari ibu...
KAMATO said…
Buat dua rakaat, insyaallah di beri petunjuk

Popular Posts