1032

Dua tiga hari lepas , datang penyakit baru.
Kalau sakit , kira penyakit , la dak ....

Gusi sakit sebab asyik flossing.
Kenapa flossing ??
Sebab makanan asyik dok lekat celah celah gigi. ....

Gigi yang mana??
Alllaaa gigi yang dulu pernah buat treatment root-canal dan
pasang mahkota (crowning).

Yang dulu buat kat Klinik Kerajaan Pendamaran.
Yang nak menghabiskan session makan bertahun.
Tapi yang penting , murah ...
He he he

So, semalam balik kerja singgah lar ke Klinik Gigi Tiew.
Nama klinik , klinik cina , tapi semua doktor kat situ melayu.

Bila doktor tu pereksa , ada dua gigi geraham pB yang berlobang.
Dah lobang , kenalah tutup lobang nyer.

pB bab bab klinik gigi , alhamdulillah.
Tak lah scary sangat.
Masih boleh tahan lagi kesan kesan 'ke-ngilu-an' bila gigi di drill.
Dalam tahan tahan , terangkat kat kaki ....

Lepas tampal , terus buat proses scalling dan polishing.
Buang itu semua benda - benda yang dok keliling gigi tu.
Bagi licin sikit.


Semua sakit tu dapat pB tahan.
Sakit yang pB PALING TAK DAPAT TAHAN ialah masa cashier tu keluarkan bil.




Hambek engkoooo....
Tampal dua batang dan scalling ...
Dia charge RM SERATUS LAPAN PULUH .....



+menggigil masa keluarkan duit dari purse+









Saper saper yang ada anak anak yg masih kecil , sila tanamkan cita - cita untuk menjadi doktor gigi. Pendapatannya sungguh lumayannnnnnnnnnn

Comments

Sha said…
salam pB.

tak pe pB mggu nie dah masyukkkk....

dgr smua tuan2/puan2, tanamkan cita2 utk anak kita sbg sorg doc gigi. masyukkkkk
Kakzakie said…
Anak kakak kata tak nak jadi doktor gigi. Dia nak jadi doktor baby boleh main dgn baby katanya.

Samalah macam mak dia suka baby....
bujal X said…
akak duk klang kah?he~~
HappyIrfa said…
mmg pung..mahal gile //ari tu wat root canal bil rm300.kompeni bayar rm250 saya bayar rm50.huhu.tu pun terasa mahal
Daddy Ziyyad said…
Charge dentist memang mahal..hahaha..

Saya sendiri takut dentist!
MOKCIK AZWA said…
PB...kannn... mari kita berpakat didik anak jadi dentist...hehehe

kat klinik kerajaan pun kena bayar gak ek? ingatkan pree...huhuhu.. azwa ada gak geraham ni berlubang tapi dok tangguh2 sebab takut penyakit macam PB tu...sakit bila tengok bil hahahha..
aNIe said…
Kalau ke klinik gigi memang kena bawak duit lebih...ratus2...hehehe
pB said…

KAK ANIE

Betul betul betul .... Kalau tak pun sediakan credit card
pB said…

JO AZWA

Jom , biar ada sorang doktor gigi dalam family kita....


Klinik kerajaan pun kena bayar gal lar. Tapi jauh lebih murah dari klinik swasta tu.

Kalau tak silap , kalau cabut gigi kat klinik kerajaan cuma kena 5 ringgit jer. Tapi alat sedut tu kita kena pegang sendiri dan pandai pandai lah sedut apa yang patut.
pB said…

DADDY ZIYAD

Haiii...


Tak kanlah doktor takut pada doktor...
pB said…

IRFA

Root canal dan crowning , akak buat kat klinik kerajaan jer. Kena dalam RM 150 jer , kalau tak silap. Dah tua, mudah lupa maaaa
pB said…

BUJALX

Akak dulu kerja kat Shah Alam tapi tinggal kat Puchong. So , kalau apa apa appt dgn klinik kerajaan , akak prefer ke sebelah-sebelah sana (S.Alam/Klg/Pkg).
pB said…

KAK ZAKIE

Nak jadi doktor baby, hati kena kuat. Kalau tak , asyik dok menangis jer.
pB said…

KAK SHA

Salam Kak Sha.


Masyuk tu memang masyuk , tapi sebelum masyuk tu dah nampak dah kemana duit tu nak pergi .....


Nak jadi doktor gigi , kena pandai biologi , tak gitu ....
gedek! said…
Bill yang sebenarnya membawa kesakitan, kan????

Haha!
~ yus ~ said…
Hehe, nak bayar bil lagi sakit dari kesakitan gigi tu sendiri ya ..:D

Aqil selalu kata nak jadi doktor gigi, harap2 tercapailah impian dia tu..:)
pB said…

YUS

Betul tu.. Sakit ngilu leh tahan lagi....


pB doakan agar impian Aqil akan menjadi kenyataan
pB said…

GEDEK

Betul tu. Mahal siottttt

Popular Posts