18 October, 2011

1080

Hmmmm ......


amender lar nak cerita lagi dalam blog nie.


Macam yang pengomen dalam entry 1077 , infd  kita menulis dalam blog ni lebih kepada macam kita tulis dairi. Bila senang-senang , kita baca semula. Kita ingat semula apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Jangan dok kisah sangat pada bilangan komen seharian.

So , untuk hari ni , pB nak tulis pengalaman pB melahirkan anak Bongsu pB.
Insyaallah , bongsu. Dah tak larat dah nak hamil - hamil nie. Umur dah nak masuk 4 siri. Tulang-tulang dah longgar dah nie.

  • Due pB pertengahan Januari 2011
  • Cuti sekolah , anak anak dara semua dihantar ke kampung (attend kelas tambahan : kat sana lebih murah berbanding kat Selangor nie)
  • Kebetulan aBear ada kerja di KB sepanjang bulan Disember , so pB ambil cuti tanpa gaji selama 2 minggu.
  • Sepanjang berada di KB , sibuk dengan aktiviti mencari sekolah menengah agama untuk Kak Lang.
  • Boleh dikatakan selang sehari , mesti keluar ke bandar KB untuk mencari kelengkapan persekolahan untuk anak - anak dara (beg , kasut sekolah , alatan tulis, pakaian , tudung).
  • Dapat penyakit mata , bermula dengan Nurin. Kehulu ke hilir mencari klinik pakar mata. Sib baik ada bantuan dari Sally dan juga Bie serta Kak Chik.
  • Minggu last bulan Disember , dapat tahu Kak Lang berjaya masuk ke Sekolah Menengah Shamsul Maarif. Bertambah sibuk melengkapkan kelengkapan sekolah dia. Banyak benor syarat barangan yang perlu dicari - tudung labuh , beg sekolah yang bukan jenis beg galas , stokin kaki , stokin tangan dan macam macam lagi). Hot kejab pB sebab dok rasa entah apa - apa yang mereka hendak.
  •  Minggu akhir semua ahli keluarga dapat penyakit mata . Yang paling worst , aBear.
  • Petang 31hb , keluar makan di Restoran Yatie Ayam Percik. Semua ikut kecuali aBear. Makan - makan sempena kepulangan anak angkat TokMa dari Bahrain.
  • Malam 31hb , siap siap mengemas beg , sebab akan berangkat balik ke Selangor once pendaftaran sekolah Kak Lang selesai pada 1hb Januari 2011
  • Jam 2 pagi , tiba tiba terjaga ... waterbeg pecah (pengalaman pertama kali walaupun dah bersalin 4 kali sebelum ini).







akan bersambung ......

8 comments:

Irfa said...

cepat sambung..dah komen ni :-)

Anonymous said...

pb....wah very inspiring sbb ada catatan "infd kita menulis dalam blog ni lebih kepada macam kita tulis dairi. Bila senang-senang , kita baca semula. Kita ingat semula apa yang berlaku pada tarikh tersebut" rasanya kena start menulis diary aka blog sbb byk sweet moments yg dilalui bersama family dan terutama si kecik yg mencuit hati yg boleh di kenang semula bila dah pencen nnt....InsyaAllah

tapi nak menaip tu yg amat lomahhh

cm

MOKCIK AZWA said...

PB..salah satu sebab azwa lebih suka berblogging dpd berfb adalah spt yg PB nyatakan ni..hehehe..

pejam celik pejam celik Adam Faris dah besar dah kann..

Unknown said...

yus 4 kali bersalin, 2 kali je waterbag pecah sendiri, yg lg 2 di pecahkan...

blog mmg boleh buat kita imbas masa lalu...

banyak suka duka dalam tu...

mcm di blog yus tu, mmg banyak suka dukanya sejak dari mula berblog...

itu yg bestnya blogging kan kak PB?

Mulan said...

takziah dari kami pb.. moga ayah pb ditempatkan bersama mereka yg beriman..

Zareda Norman said...

takziah daripada zar buat PB sekeluarga..

Alfatihah buat ayah PB semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org org beriman

Arena said...

Ayah kak PB meninggal? Takziah kak. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga akak sekeluarga terus tabah.

Dr Singa said...

kenapa tak boleh beg galas?
pelik...

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...