20 December, 2011

1018 (ENTRY YANG PANJANG)

Sedikit sambungan dari cerita Bercuti ke Kuala Trengganu dan Kuantan pada 21hb dan 22 hb November 2011.


Hari kedua di Kuala Trengganu. Kami menginap di Hotel Seri Endah. Keadaan bilik jauh lebih selesa dari hotel pertama kami menginap pada malam pertama. Alhamdulillah. Budak budak gembira kerana ada kolam dan juga siaran television yang lebih menarik.



Setelah check - in , abear terus ke Bukit Besar (dah nama lagi pergi bekerja , tak kan nak lepak - lepak bersama isteri dan anak - anak). Cuaca tidak menyebelahi pihak anak anak. Hujan renyai- renyai mulai turun sewaktu kami mula-mula sampai di hotel ini.

Masing masing  , mula tarik muka terutama sekali Nurin dan Arifah.  Masam mencuka. Macam mana nak terjum kolam kalau hujan lebat. Bukan apa , takut pula , keluar kolam , badan mula panas , tak pasal - pasal demam sebab main air hujan (tapi budak budak pulun jugak main kolam dalam dalam hujan renyai-renyai tu - malas nak bising - bising , biarkan aja. Kalau demam , kita makan Panadol @ Paracetemol).

Seri Indah Resort
898 Jalan Haji Busu, Batu Burok, Kuala Terengganu


Pada petang hari pertama di Kuala Trengganu , sampai jugak lah pB ke Pasar Payang (tapi masa tu banyak kedai dah tutup). Sempat meronda di Bazar Warisan. Wow ... harga kain batik yang dijual .. memang tak mampu untuk dimiliki rasanya. (Padahal kedekut nak keluarkan duit simpanan - sayang weh... beli kain mahal-mahal , tapi tak alah memakai).

BersMs dengan Zareda @ IbuIka , dia bgtau ada satu kedai kat Kuala Ibai yang menjual kain batik dengan harga yang berpatutan. Kedai STR Sdn Bhd nama kedai tersebut. Lepas budak budak main kolam , bersiap - siap keluar mencari Kuala Ibai. Nasib baik ada Mr Garmin. Ada jugak yang boleh membantu pB dalam pemanduan.

Pada mulanya tak jumpa pun STR ni , sebab salah masuk simpang. Yang jumpa Tengku Tengah Zaharah Mosque (Masjid Terapung/Floating Mosque, Kuala Terengganu). So , apa lagi , bergambar dulu lah. Rasanya masa ni , Adam tengah tidur , sebab itulah tiada pun sekeping gambar nya di sini.  


Di Kuala Ibai .
Pencarian mencari kedai Batik STR .

Inilah kedai yang Zareda maksudkan.
Tak jauh dari Simpang Empat Kuala Ibai.
Kalau dari Bandar Trengganu , sampai simpang empat tu , kita belok ke KANAN.
Kalau ke KIRI , kita akan sampai di Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah.
 Memang rambang mata di berada didalam kedai STR ini . Cantik cantik design kain - kain batik. Terutama yang jenis kain Creepe tu. Ditambah pula dengan taburan batu batu berlian (memang gojes). pB sambar sehelai jer . Itu pun design biasa - biasa tanpa taburan batu berlian. Cukuplah , untuk raya puasa tahun 2012.

Keluar dari STR  , budak budak dah komplen "LAPAR". Sib baik jumpa kedai jual roti tempayan berdekatan dengan Jalan Kuala Ibai. Sedap roti tempayan @ nan yang dijual (yang penting murah). Lupa pulak nak catit nama kedai tersebut.

Balik dari Kuala Ibai , terus tuju ke hotel . Dalam perjalanan , aBear call infd kerja dah siap untuk hari ini dan dalam perjalanan turun dari Bukit Besar. Dari tempat pB terima panggilan , nampak dengan jelas Bukit Besar , terus suruh aBear tunggu tepi jalan (hadapan Mahkamah Kuala Trengganu).

Tapi rupa-rupanya pandangan boleh mengelirukan kita. Sampai ke sudah pB tak jumpa Mahkamah Kuala Trengganu (sesat barat entah kemana- mana). Nasib baiklah ada member aBear yang sanggup hantar aBear terus ke Sri Endah Resort. (pB sesat walau pun ada Mr Garmin ... nampak sangat BuTa GeOgRaFi).

Petang tu , kami meronda - ronda di Pantai Batu Buruk. Alhamdulillah , cuaca ok jer (tak hujan walaupun awan mendung).



Adam suka bila dilambung-lambung begini

Bersama anak anak ...
Eh ... baru perasan , tak cukup seorang anak pB dalam gambar ini


pB suka tengok gambar ini


Kalau tak dijaga , sudah pasti dimasukkan pasir ke dalam mulutnya.


Jauh Nurin merenung Laut China Selatan


 
Esoknya , check out dan pulang ke Puchong. Nak mintak maaf banyak - banyak pada Mulan. Sebab kita orang pulang tak guna jalan pantai. Kita orang guna Highway LPT tu . So tak lalu lah Kerteh - Kemaman tu. Kalau lalu , memang pB akan paksa-paksa aBear singgah umah Mulan.

Mula-mula plan nak balik terus ke Puchong , tapi sampai di Pantai Balok , Pahang ,  rancangan pula yang timbul.

"Kalau ada hotel yang available. kita bermalam di sini , kalau tak ada kita terus balik umah" kata aBah mereka.

Mula-mula survey Hotel Swiss Garden , bilik available , tapi "mak datuk" harga biliknya mahal siot. Semalaman RM450 ... Wah tak mampu kawan .....

Then kita orang ke The Rhu Beach Resort. Kat sini pun , banyak lagi bilik yang kosong. Harga murah sikit daripada Swiss Garden. Pada asalnya , pB rasa macam membazir la pulak , sebab nak bayar RM*** just untuk satu malam. Tapi bila melihatkan yang anak anak beria-ria meminta terutama sekali anak yang no tiga tu , kami mengalah. Duit boleh di cari , tapi kegembiraan anak - anak itu yang lebih penting.


Gambar ini diambil dari Google.Com



Gambar di bawah ini diambil oleh kita orang ....









Amaran : Dibawah ini lagi banyak gambar yang tak disensored.


Makan pasir lagi

Dah rasa macam bibik la pulak , bila tengok gambar nie.

Seronok Nurin bermain pasir

Hero sorang nie .....

Dah kena tanam


Bermain ombak ....
Lihat lah kegembiraan Nurin.
Mana nak beli , memang tak ada jual di mana - mana

Abah dengan Heronya ...

Dalam proses mengorek lubang

Relaks jer , tak nangis langsung





Keesokkanya check out dan balik Puchong dengan kain baju yang tertimbun timbun

11 comments:

anonymously:me said...

Salam,
De Rhu tu fia orang dah repair ke swimming pool? Tmpt tu mmg best dan harga berpatutan. Cuma yg terakhir kami ke sana kolam dia rosak teruk,air berlumut dll. Kalau dah okay..bestlah!
Cantik2 gmbr entry ni.

dear anies said...

best nyer...menggamit2 sy utk bercuti!

Unknown said...

semua gambar cantiklah kak. Suka tengok Adam kena tanam separuh dalam pasir tu. ..:)

MA said...

Betul PB, duit boleh cari - masa dan kegembiraan anak-anak tu yang paling berharga dan tak boleh dijual beli.

Gambar cantik-cantik, boleh tahu kamera jenis apa pakai?

risanur said...

bestnye gi cuti2 Malaysia...

Anonymous said...

satu je nak komen...ADAM SANGAT COMELLLLLLL....ya Allah so cute...tengok gambar abear dgn adam boleh rasa betapa gembiranya ayah dan anak lelaki dia... happy holiday with family itu yg paling penting dan diingat-ingat

cm

shafarina said...

Suker entri ni, penuh cerita n penuh gambar!

Itulah, kengkadang mak pak kena mengalah dengan anak. Tapi bila anak buat perangai tu rase hangenn je satu badan kan.

oren said...

huhu..anak2 saya, kalo nmpak ada slide mcm dlm pool tu, mmg depa sanggup terjun tiruk..bebudak kan, sapa yg tak suka main air..

bestnya adam, ada kakak2 yg boleh tlg main/pegang....

aNIe said...

PB...akak pernah menginap kat De Rhu.. tapi lama dah... best sgt swimming pool dia besar sgt...

Suka tgk gambar2 adam... cantik2...

Irfa said...

seronok tgk anak2 hepi
kain bertimbun balik cuti tu biasa la..sumbat plastik hantar dobi
abis citer

Eliss said...

hero kak pb ni makin hensem :)

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...