20 February, 2012

1130

Melaka dengan pB memang tak pernah nak serasi ...




Dua tahun lepas , bercuti di Bandaraya Melaka pun ada kisah tak puas hati.
Minggu lepas pergi pun , ada jugak lagi cerita tak puas hati.


Kalau dulu  , tak puas hati dengan Taman Buaya.
Harga yang dikenakan terlalu mahal.
Sedangkan suasana di dalam Taman Buaya tidak seelok mana pun.


Kali ni , pula pB sangat sangat sangat sangat tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dijual oleh peniaga di MEDAN  SAMUDERA .




Untuk makan tengahari , pB telah dikenakan sebanyak RM TIGA PULUH RINGGIT MALAYSIA untuk

1) 3 ketul ayam goreng (bahagian kepak ayam).
2) 3 pinggan nasi kosong
3) Sepiring kuah sayur yang kosong
4) 2 gelas air laici
5) 3 gelas air teh o ais
6) Segelas air milo ais.

pB diberitahu ayam itu harganya RM2.50 untuk seketul.
Air dalam RM2.OO segelas.
Bila dibuat pengiraan jumlah harga ayam dan air ialah RM20.00 (harga kasar)

Tak kanlah nasi kosong tiga pinggan harga RM10.



Mahal sungguh harga nasi kosong di Bandaraya Melaka ........

6 comments:

MA said...

Ngapa tak minta depa itemised kan satu per satu..I kalau tak puas hati dgn harga makanan yang mahal, I suruh diorang bagitahu harga satu per satu...

aNIe said...

PB...betul kata MA tu... len kali tanya harga setiap satu berapa? Dulu pun akak pernah tak puashati ttg sayur yang akak ambil sikit je diorang charge RM5... terus tanya harga masa tu... kemudian diorang kensel harga tu...

KhaiRin : anies said...

kt situ mmg mahal kak... mn2 tempat mmg mahal..tp kalu nk yg free kena la dtg umah sy hehehe

MaryaYusof said...

Salam pB,

Next time kena tanya & tunjuk harga pd peniaga tu.. something wrong somewhere ni...

Salam kenal :)

MULAN said...

macam yg kami kena kat KT aritu.. makan nasi berlauk 7 orang, kena rm103...

ummu said...

salam pB
mahal tu kalau nasi kosng harga gitu
pernah juga ke taman buaya tu

1291

Bismillah ..... Assalamualaikum ..... Lamo benar tok update bloq ni. Kalau bendo hidup , lamo doh mati..... Bukae tok ingat kor bl...