21 March, 2012

1137



Inilah permandangan di LCCT pada hari tu. We all bawak bekal dari rumah. Kalau nak makan tengah hari di situ , mungkin puluhan hingga ratusan ringgit malaysia yang akan terpaksa dikeluarkan. Kenalah pandai berjimat cermat. Tak gitu.

Nasi putih dua tupperware ais krim habis licin , beserta dengan sambal ikan bilis dan ayam goreng. Dah tak kisah kan pandangan orang yang lalu lalang disitu. Dah lah makan dengan sekadar duduk bertinggung di atas palang besi . Mesti tukang sapu tu berbulu bijik mata sebab terpaksa menyapu nasi - nasi yang tumpah di sekitar kawasan ini. Biasalah makan bersuap-suap dengan anak-anak. Anak-anak pula , sambil makan , sambil berlari ke hulu ke hilir . Itu tak termasuk bermain tolak-tolak troli.

Lupa pulak nak ambil gambar suasana di dalam kawasan menunggu (sebelum naik ke pesawat). Tempatnya tak berapa selesa, yang sebenarnya. Crowded sebab penuh dengan penumpang-penumpang yang sedang menunggu giliran masing-masing untuk menaiki pesawat. Harga makanan begitu mencekik darah di sini. Bayangkan air mineral yang botol kecil itu berharga RM3.50 ( sib baik pB tak rebah masa membayar). Ingatkan dalam RM2 jer....

Keadaan tandas , alhamdulillah tip top. Tapi tip top nya ada makna. Ada urusan audit yang akan dilakukan pada waktu petang. No wonderlah , para para pekerja LCCT bertungkus lumus berkampung di dalam kawasan tandas. Tak sempat air nak bertakung , terus dimop. Rajin ada sebab rupa-rupanya.

Alhamdulillah perjalanan selama dua jam lancar. Adam Faris dan Adam Aiman tidak lah begitu meragam. Namun , bau yang terbit dari makanan yang dihidangkan @ dijual , begitu mengugat ketenteraman perut masing-masing.

Ketibaan kami di bumi Bandung disambut dengan hujan. Masing-masing dah cuak "musim hujan ker di sini sekarang?" ....



Bersambung lagi ....

11 comments:

Irfa said...

w,pun lcct dekat je tapi baru sekali ke sana..itupun cuma lalu depan tu tak masuk dalam pun.

teruskan penceritaan ;)

Arena said...

Kak,

LCCT memang padat gila kak. Mengalahkan bas stand crowdednya. Makanan sumer mahal gile. Ughh..

KhaiRin : anies said...

kalu sy pon akn buat cm tu gak..bli kt LCCT tu bleh wat kenduri (duitnya)

MOKCIK AZWA said...

lagi satu kat LCCT tu kenapa la kedekut sangat tak letak kerusi banyak2.. tu yg kena dok kat palang besi tu huhu..

m.u.l.a.n said...

bandung hujan jgk ke.. tak lama kot..

Kakzakie said...

Itulah yg menghairankan dari dulu hingga kini kalau makanan di airport Malaysia semuanya mahal-mahal belaka dan harganya memang berganda - rasanya sebab sewa dan harga shoplotnya mahal berganda juga...

Rumah Kuning said...

sambung citer shopping n jln2 kat bandung.....please.

cheqna said...

wah beshnya berjalan2 ni...
tunggu kesambungan citer ini
hehehe
kesambungan???bergegar botol budu hehehehe

KAMATO said...

jangan lupa singgah di trans studio, seronok budak2 kat situ, bapak budak pun enjoy juga

kakcik said...

InsyaAllah hujung bulan 4 nanti kakcik akan bertamu lagi di LCCT. :)

Dinas Aldi said...

Bila kita boleh berjimat, lebih baikla kita berjimat kan.

Lepas ni boleh baca kisah di Bandung pulak :)