AWAS ENTRY INI PANJANG BERJELA-JELA

Assalamualaikum ....

Masih ada lagi ker yang datang ke blog pB ini , I wonder ......

Sejak kebelakangan ini , semangat untuk menulis di dalam 'dairy online' ini agak 'gersang'.
Setiap hari , blogger dot com di Log In  , dan page New Post di buka , namun selalunya ianya dibiarkan begitu sahaja hinggalah sampai waktu untuk pulang ke rumah.

Musim cuti sekolah baru sahaja berakhir. Ramai antara kita mengambil kesempatan untuk bercuti-cuti bersama-sama keluarga. Keluarga pB pun tidak ketinggalan untuk Cuti - Cuti Bersama Kaum Kerabat.

Alhamdulillah adalah  reseki lebih sedikit  , makanya destinasi nya adalah luar dari Malaysia.
Asyik dok baca kawan blogger lain ke luar negara , teringin jugaklah merasa walaupun destinasinya cuma 2 jam perjalanan dari LCCT.

Tiketnya telah dibeli sejak bulan Julai 2011 lagi.

Dibeli semasa Air Asia buat Crazy Sales. Tapi tak lah berjaya beli yang RMO.OO tu.
Yang mampu di grab adalah RM14 untuk tiket pergi dan RM144 untuk tiket balik.
Harga kedebuk kedebak untuk LAPAN orang ialah RM 1176.
Fuel Charges dan Airport Tax pula RM 360.  
Harga tiket untuk Adam pula ialah RMIOO.
Service Charge dan Fees yang lain pula sebanyak RM 816.
So jumlah keseluruhan RM 2352.

Namun disebalik kegembiraan berjaya memperolehi tiket murah , telah berlaku satu insiden yang menyentap pangkal jantung pB dan menyentap RM pB lagi .. (ayattttt kelasss gitu).

Untuk pengetahuae you all , dalae database Air Asia tu , pB doh siap siap masukkan kesemuo namo- namo anok pB , namo Tok Ma , namo aBear , namo adik ipar pB beserto dengan no ic masing - masing. So that , maso nok buat tempahan , just tick-tick sahajo. Tok perlu nok type banyok banyok kali.

 (Entry bahaso klatae sebab pB nok luoh perasae tok puah hati)

Sehari selepah tu , pB print lah tiket tiket tu. Tengok-tengok , ado DUO tiket yang punyai SATU namo hok samo. Lagu mano bendo tu , buleh berlaku , wa'allah hu allam. Bilo tanyo Air Asia , demo tu tok leh buat apo-apo , nok tukar namo pun tok leh. Last - last keno beli satu tiket baghu untuk Aqilah. Tiket ni pulok pB keno bayar RM 399. Mahal sikit doh sebab tiket hok hargo RM14 tu doh habis .......

Air Asia ado lar bagi rebet sebanyok Rm300 (kalau tok silap) . Yang mana hanya boleh digunakan untuk membeli tiket ke mana - mana destinasi. Yang tak syok nya , tarikh valid hanya sehingga bulan Oktober 2011 (pB pun dah lupa , samaada kesemua amount tu pB dah guna atau tidak).

So , untuk tiket , pB spent sebanyak RM 2751.

Diharap jangan ada kengkawan yang salah sangka bila pB pamirkan kesemua perbelanjaan di sini. Bukan tujuan utk bermegah-megah , cuma sebagai panduan sekiranya ada kengkawan yang nak kesana nanti , boleh lah gunakan semua angka itu sebagai reference. (Boleh lar start menyimpan uang dari sekarang).

Untuk pasport pula , kami bertujuh , so terbang RM700 . Overall setakat ini, kesemuanya berjumlah Rm3451.

Dalam dok cerita-cerita , lupa pulak nak bagitau destinasinya. Mungkin ada yang dah dapat meneka . Yup - yup , kita orang ke Bandung , Indonesia.

Kenapa Bandung , dan bukannya tempat lain??
Sebab pertukaran mata wang , itu yang sebenarnya. Sejuta Rupiah bersamaan dengan 345 Ringgit Malaysia. Nak merasa jadi jutawannnnnnnn.
Nak ke Hong Kong , Taiwan , Turki , Australia tak mampu lagi .... hu hu hu

Memandang mengejar harga tiket yang murah , maka , kami tak berapa boleh nak chossy tentang tarikh nak ke sana . Nak tak nak , terpaksa pilih 9 March 2011 @ Jumaat. Anak - anak TER-paksa ponteng sekolah. Dah lah ponteng sekolah , TER-paksa pulak miss beberapa kertas ujian.

We all pergi seramai tujuh BELAS orang termasuk Dua kanak kanak bawak umur DUA TAHUN. ROmbongan Che Kiah , bebbbbbbb ......
Family pB sendiri dah lapan orang termasuk Tok Ma.
Family adik pB 6 orang ( 4 orang anak lelaki)
Adik ipar @ Shidah bersama dengan Tok Ma dan Tok Bah Salor (Parent In Law pB lar weh).

Beberapa bulan sebelum bertolak , tiap tiap hari masuk blog orang-orang yang dah kesana. Catit apa yang perlu di bawa , tempat mana untuk membeli belah , makanan apa yang perlu atau wajib di makan).

Pada mulanya kami berhajat nak tinggal di Braga Apartment (dekat dengan Pasar Baru). Tapi pada tarikh kami kesana , kesemua apartment tiga bilik telah habis ditempah orang. Katanya ada acara sukan (kalau tak silap).

Akhirnya pB tempah sebuat apartment yang juga punyai tiga bilik di Cipades. Lokasinya tak berapa jauh dari pusat bandar (dalam 30 minit perjalanan , kalau tidak jem). Dan untuk pengangkutan , terpaksalah tempah van yang paling besar disana. Sebuah van Isuzu ELF (15 seat) Semua urusan berjaya dengan bantuan Kak Ana @ 019 6269162 (kira ajen di sini lah).

Apartment tu dikenakan bayaran 650K Rupiah  bersamaan dengan RM 227 semalamam.
Kenderaan pula , 780K Rupiah = RM 273 termasuk supirnya , tips , minyak dan juga masa supir itu sendiri.
Kita orang bermusafir di sana dari hari jumaat hingga hari selasa. So , perbelanjaan kenderaan dan tempat tinggal dalam RM 2000. Jumlah besar ini dibahagi bahagi secara samarata antara kami semua.

Penerbangan kami adalah pada hari Jumaat jam 3 petang.

 Adik pB pulak dua hari sebelum tu , harus ke Singapura suami isteri. Adik dapat anugerah pekerja cemerlang dan syarikat tempat adik kerja adakan ceremony tu di Bandaraya Singapura. Kelas gituk.

So , petang khamis tu , aBear harus ke Muar untuk mengambil anak-anak nya , Tok ma (yg kesana sehari sebelum itu untuk meneman anak-anak adik)  dan juga anak sulung pB.

Selesai hal anak-anak adik , kita orang terpaksa fikir pula cara bagaimana kami yang seramai 15 orang ini hendak ke LCCT. Kalau hendak chatter teksi atau van , berapa pulaklah ongkos nya. Dan kalau hendak berkenderaan sendiri , dimana harus diparking dan bagaimana cara nak kurangkan kos parking itu sendiri.

Akhirnya setelah bermuzakarah , kami ke LCCT menaiki tiga kereta. Dan ketiga tiga kereta itu akan diparkirkan di tempat kerja isteri adik aBear di Bandar Eastet. Makanya , seawal jam 1030 pagi , kami berangkat menuju LCCT. Adik dan isterinya pula , pagi jumaat akan bertolak dari Singapura ke KLIA dan dari KLIA akan menaiki bas ke LCCT.

Havoc sungguh travelling beramai-ramai nie.


Itu baru cerita perjalanan pergi dari rumah. Belum lagi masuk bab pengalaman berada di Bandung lagi. Nampak gayanya cerita ini akan terus bersambung ....

Jom kita tengok gambar dulu


 Hafiz dengan Nurin
 Amin , Adam Aiman , Arifah dan Afiqah
 Anak - anak lelaki adik pB
 Ibu mertua pB ...
Sibuk tengah check bagasi  dan juga dokumen - dokumen.
 pB n Mother In Law
 Karenah Adam
 Adik pB , isterinya dan anak bongsu mereka ,
Adam Aiman.


Comments

m.u.l.a.n said…
seronoknya pi bandung.. suka makan2 kat sana... nanti upload foto lagi ya..
Ibu n Abah said…
Hmmm dah sampai Bandung...
Best kan???
kakcik said…
Minggu lepas, adik kakcik sekeluarga pun pergi ke Bandung. Mereka turun dan naik flight di Jakarta tapi. :)
alkhateeb said…
This post is really too informative to us, good perception of images and good description by which any one can get information what they want to this post.......As for as my thinking is concerned this one is the best post.

Thanks for sharing such a informative post.

Apartments for Sale Makkah
lupekanje said…
seronok bersama keluarga, walopun perabih duit centu...
Banyak ler memborong ye..? hehe
Irfa said…
adik ipar penah kena psl nama takde dalam sistem ni..mmg kena beli tiket lain dn semestinya rega lebih mahal dr sebelum.emm tak sabar tunggu next episod,buleh wat rujukan kalau nak kesana ni :)

adik ipar kak pb keje TH ke?bandar enstek tu hari2 la saya lalu situ nak balik umah
Rai said…
banyak kali jugak kan dengar kisah pasal pengurusan air asia yang kurang mesra alam ni..
pB said…

RAI

Perkhidmatan mereka tu kadang kadang buat orang ramai susah. Nak murah last last jadik makin mahal ....
pB said…

IRFA

Kenapa MAS tak buat tambang murah ???????

Kalau ada pilihan lain , memang tak pilih dah Air Asia nie


Adik ipar kak pB krijo kat Jabatan Keselamatan sebelah Jabatan Audit Negara tu
pB said…

ACIK

Dapat lah kain pasang sehelai seorang. Anak ramai , jadi duit tu kena pandai pandai agih
KhaiRin : anies said…
ramai nyer yg pegi...tp ok la dgn perbelanjaan byk tu..kira berbaloi la
MOKCIK AZWA said…
PB.. memang dah serik dgn AA..azwa pun pernah terkena. Nak tukar tiket..siap bercakap dilayan dgn baik bangat oleh seorang staf kat sana.. tup2 bila disemak semula.. dia tak buat apa yang kita minta dia buat.. kira burnt jer la tiket yg mokcik beli tu...

MAS sejak berkerjasama dgn AA pun dah tak beri tambang murah2 dah..uhukss...

Pasal pilihan destinasi ke Bandung..memng setuju bebenor dgn PB..pilihan paling sesuai kerana kat sana jer kita boleh merasa jadik jutawan hehehe..tak sabar nak pergi lagi ni hehehe
Irfa said…
oh..tahu tpt tu.ada keje kosong ke situ?hehe,dekat sikit ngan umah
kak pb wat passport utk 2tahun jah ko soghe ? patut la 100 riyal jah.sayo malah nok renew passport acap2, jadi sayo amek hok 5 tahun selaluh RM300 utk satu passport ,hok anok2 pon gitu gok, tp harga separuh, RM150jah.

sayo pon tok sapa lagi ke tanah seberang, mano tahu kalu ado rezeki ke sana, blh la tnyo2 kak Pb deh ?

Popular Posts