20 April, 2012

PROBLEM

Mula - mula ingat tu nak sambung pasal trib ke luar negara tu sebab dah janji kan semalam.
Tapi , kepala tengah berserabut dengan masalah anak no tiga.
So , buat entry nak lepaskan perasaan sambil mintak pandangan dan nasihat kawan kawan yang baik hati semua nie.


Rasanya most of yang baca blog pB ni , tahu yang anak no tiga pB @ K.Lang sedang bersekolah di Pulai Chondong , Kelantan @ Sekolah Menengah Agama Syamsul Ma'rif (Perempuan) dalam tingkatan dua. Dan dia tinggal di asrama.

Masa arwah ayah pB ada , tak pernah timbul masalah sebab arwah ayah rajin melawat dan bawa dia keluar merendek (arwah ayah memang baik dengan semua cucu-cucunya). Kalau minggu boleh balik , K.Lang akan balik ke rumah mertua pB. Ada sepupu di sana.

Sejak ayah pB dah tak ada ni , kakak aBear yang banyak tolong pB dalam hal-hal K.Lang ni. Dia lah yang akan ambil K.Lang bila tiba masa untuk pulang ke rumah. Dia jugalah yang akan ke asrama untuk menghantar duit mingguan atau pun makanan minuman yang K.Lang minta. Pendek kata , kalau tak ada kakak aBear ni memang susah jugak pB dan aBear.

Kesulitan timbul bila K.Lang mohon untuk bersekolah di Selangor. Dia tak mahu lagi belajar di Kelantan. Dan pB juga rasa , ada baiknya dia bersekolah di sini @ dekat dengan rumah.

Masa bulan Nov 2011 , ada jugak pB kemukakan cadangan ini kepada K.Lang. Tapi pada masa tu , dia belum bersedia untuk pindah atau dengan kata lain , dia sayang nak tinggalkan kawan-kawan nya. Dan pB sudah pun 'warning' jangan timbulkan masalah bila sessi persekolahan 2012 bermula, dan dia faham.

Masalah nya sekarang , semua sekolah agama kerajaan dibawah JAIS , sudah tiada tempat untuk kemasukan Tingkatan Dua kecuali dua sekolah . Sekolah tersebut , satu di Klang dan satu lagi di Bandar Salak Tinggi. Namun , kemudahan ASRAMA telah PENUH.
(Nak berulang alik menghantar K.Lang hari-hari ke B.S.T atau Klang dari Puchong , bukan satu pilihan yang baik dan bijak).

Nak hantar ke sekolah menengah agama yang berstatus SWASTA pun menjadi masalah. Bayaran pendaftaran sahaja sudah mencecah RM600. Itu tidak termasuk untuk yuran bulanan dan yuran asrama serta makan minum, pakaian seragam yang perlu dibeli baru. Dan kebanyakkan sekolah juga sudak tidak menerima pengambilan pelajar baru (sudah cukup kuota).

Kenapalah kerajaan Malaysia khususnya di Negeri Selangor ini tidak menyediakan sekolah agama dengan mencukupi?? Kenapalah nak masuk sekolah swasta memerlukan duit yang banyak? Tak kesian mereka kepada rakyat yang berpendapatan sederhana @ rendah seperti pB nie? Kami hendak anak anak kami mendapat pendidikan yang baik dari segi agama , tapi mengapakah begitu susah ... padahal Malaysia ini adalah negara Islam.


Kenapa ???????

Dan apa jalan penyelesaian yang terbaik yang pB perlu lakukan ?? Dah naik buntu dah fikiran nie.



20 comments:

Kakcik Seroja said...

Siapalah yang prihatin dengan masalah rakyat marhaen seperti kita ni, kan? :(

shafarina said...

dekat aje BST tu dari puchong kan. tak sampai setengah jam lalu jln belakang putrajaya nun.

sekolahkan dulu, asrama boleh dapat kendian. tak tahun ni tahun depan.

pengalaman sendiri, belajar jauh2 dari mak pak ni mmg efek pada budak la. sy dari cbn pun sanggup tukar ke skolah biasa kat kajang sbb tak tahan pressure bergantung hidup dgn orang, walaupun sedara sendiri.

kiranya, susah senang biarlah mak pak jugak yg nanggung, sbb diorang lg paham anak sendiri.

apa pun terpulang lah pada kak eda.

naniasda said...

As Salam pB,
Susah jugak memikir pasal anak-anak..well it's one of life's tests for us but in the end everything will turn out fine...Insya Allah :)

aNIe said...

Salam PB... yelah kesian kat Kak Lang tu... biarlah dia dekat2 ngan PB...orang kata depan mata... cuma tulah masalah sekolah agama kat sini yang kena bayar beratus2 tiap bulan...paling tak tahan bila kena wayar wang pendahuluannya yang kadang mencecah ribu...

Irfa said...

inilah masalah yang 'pelik tapi benar' dalam Malaysia yg dikatakan negara Islam contoh.nak anak belajar agama pun sgt susah..kalau ada pun sekolah swasta yang banyak tak mampu.
macam mana?

sam bbst tu mmg penuh sokmo..merata ceruk org hantar anak kat situ.tapi budak dari sekolah aina dulu terus masuk skolah tu sbb aliran sama

pB said...


IRFA

Malaysia ni adalah sebuah negara islam yang sgt sgt menjaga kepentingan rakyatnya .....

Tension sungguh nie ....

dear anies said...

hmpr sm mcm kes sy dulu..penah bersekolah kt ktan tp pastu nanges2 nk mintak bersekolah kt kg.. bla kng blk sian lak mama ms tu...

MOKCIK AZWA said...

Ada dua pilihan PB.. K. Lang bertahan hingga akhir tahun ini atau PB dan Abear kena berulang alik hantar dia ke sekolah berdekatan hingga dapat asrama..

Satu lagi kepelikan sekolah agama kat Malaysia nie, kenapa mesti nak pilih yang dapat 5A jer..apa budak lain yang tak capai 5A tak layak ker nak dapat pendidikan agama yang sebaiknya ker??

IKHWANI said...

Da, kak wani rasa ada satu sekolah agama di puchong, pengetua kami pernah bawak students gi ssano, tapi kak wani tak tahu sangat detail pasal sekolah tu, facilities dia camana, seleasa ke tidak..insyaa Allah next week kak wani try cari info.

p/s: kak wani pun rasa kalu buleh biarlah anak2 tak jauh sangat dengan kita..dok asrama okay doh, tapi asrama yang dekat2, kalu ado2 apa2 senae nok gi jengok..

Isnyaa Allah, niat yang baik akan dipermudahkan..doa banyak2..

sekolah agama di selangor dia bagi priority kepada anak2 selangor dulu macae sekoloh di kelatey kito jugoklah..

Zareda Norman said...

apa masalah sekolah kat kelantan tu?

Zar setuju dengan azwa, samada bertahan sampai akhir tahun atau redha aje hantar pi balik ke salak tinggi tu..

Mulan said...

solat istikharah pb... insyA n moga semua dipermudahkan..

Unknown said...

erkk....tak tahu nak komen mcm mana. Tp mungkin suruh kak lang bertahan hingga akhir tahun, tahun depan cuba lagi, atau kalau tidak, akak kena berulang alik hantarlah, nnti tahun depan mungkin boleh dpt asarama.

makchaq said...

Salam perkenalan juga untuk pB

Makchaq pun setuju dgn Azwa, pujuk kak lang bertahan setahun lagi, atau
berulang ke BBST dulu.. ada rezeki insyaAllah dpt asrama...

pB said...

Kak Lang dah tak nangis dah sekarang nie. Masa form 1, dua bulan jugak dia dok nangis.

Masalahnya sekarang ,mungkin dia rasa sunyi sebab Tok Ayah dah tak ada.

pB said...

Masih dok fikir - fikir lagi hingga ke hari ini.
Tugas mengambil dan menghantar KaK Lang akan jadi tugas pB sebab pejabat pB satu arah ke Bandar Salak Tinggi tu.

Memang pelik kan.
Patutnya semua anak-anak harus diberi peluang untuk belajar.

pB said...

Kalau kat Puchong tu , setahu Da cumo ado sor sekolah swasta. Da gie tengok doh sekoloh tu , tapi rasa supo tok brapo memenuhi kreteria la pulok.
Dok teringin nak hantar anok ko sekolah Mak Teh tu , tapi tular , budget tok cukup.

pB said...

Hmm ...
Nak kata ada masalah dengan sekolah , rasanya tak adalah isu besar mana. Tapi , itulah , tak seronok jugak bila fikrikan yang anak kita tak suka belajar kat sekolah. Kalau boleh , naklah mereka gembira bila belajar.

Besar kemungkinan , akan bertahan hingga ke akhir tahun ini.

pB said...

Terima kasih Mulan.

Insyaallah ....

pB said...

Ada pilihan satu lagi iaitu bersekolah di Muar. Sekolah dah ada dah. Asrama pun ada. Cuma Kak Lang lar pulak tak nak.....

pB said...

Terima kasih sebab sudi jenguk umah pB nie.


masih belum buat keputusan lagi ....
nak berbincang dengan Kak Lang pun agak susah sekarang nie ....

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...