24 May, 2012

1150

As salam ....


Ada orang tu , bila nak keluar umah dia akan baca

"Bismillah hi tawakkal tu allah"...
(ada member dia pesan , kalau baca ni , Allah akan lindungi dia di sepanjang perjalanan).


Dan bila dia start memandu , dia akan baca


"Bismillah hir rah ma nir rohim".
(Doa naik kenderaan , dia lupa)



Semasa dia memandu , terutama sekali waktu dia nak ke pajabat , dia akan baca

"Ar razak - Ar razak" .. hingga sampai ke pejabat.
(Zikir ini selalu digunakan terutama apabila hendak ke tempat yang susah nak dapat tempat letak kereta)



Tapi










dia selalu lupa nak baca "Bis millah" atau "Allah hum ma barikh lana fi ma rozak tana wa kina azaban'nar"
tiap kali dia nak makan .....



Dan biasanya dia akan ingat bila dia dah nak suap , suapan yang terakhir ...







Tepuk dahi sokmo ....





9 comments:

Unknown said...

lapar sangat la tu yang lupa..hehehe...

pB said...

kalau tak lapar , pun sama jugak situasi nyer


alahaiiiiiii

Dr K said...

ada bacaannya kalau dah setengah jalan makan, baru tersedar tak sebut bismillah

Irfa said...

sesekali ada jugak jadi mcm tu :(

Unknown said...

ha'ah ada bacaanya kalau dah separuh jalan makan baru ingat tu, tp saya pun lupa kak...huhu. Anak saya Abid ingat, selalu dia yg beritahu sbb dia baru belajar di tadikanya...hehe

nazayiena said...

Dah kenyang baru nak ingat,baca plk doa lupa doa mkn....

makchaq said...

Doa makan doa yg mula2 cikgu ajar kat tadika,
Bila nak makan masih bersembang ada jugak terlupa baca...

Eliss said...

sapo la oghe tu yer :p eliss lo ni ada mesin tukang baco doa make, nuha :p

achik said...

kalau lupa boleh baca 'Bismillahi fee awalihi wa akhirihi'..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...