17 July, 2012

1172

Banyok haghi lar pulok tok update.
Last update 12 haghi bulae haghi tu.
Bukae tak dok cerito , tapi tak dok mood.
Kalau tak dok mood , soh koh nok update blog , nok makae pun malah.
Hik hik hik ....

Insyaallah , Sabtu ni kita akan mula berpuasa.
Harap-harap , kita semua dah selamat meng'qadha' puasa yang kita tinggal pada tahun lepas dan tahun tahun sebelumnya...
Kalau nak puasa sunat ada lagi dua hari.

Semalam , kat surau pejabat , satu majlis ilmu telah diadakan.
Pengajian dalam melakukan solat yang betul.
Bermula dari jam 1030 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.
Alhamdulillah , majlis ilmu ini telah mendapat surat pelepasan dari pihak HR.
So , tidak ada masalah untuk TIDAK menghadirkan diri.

Penceramah yang dijemput datangnya dari UKM @ Ustaz Hasnan Kasnan.
Banyak ilmu yang disampaikan terutama sekali dalam bab perbuatan.
Perbuatan yang mendatangkan pahala kerana perbuatan itu sunat dilakukan semasa solat.

Tapi untuk hari ini , pB nak share tentang hukum apabila kita meninggalkan solat.
Petikan dibawah ini pB ambil dari buku yang beliau karang iaitu " Mari Memahami dan Menghayati Bacaan Solat".

HUKUM ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.

Hukum orang meninggalkan solat ada beberapa kategori


a) Orang yang meninggalkan solat kerana INGKAR TENTANG KEWAJIPANNYA.
- Kategori orang yang meninggalkan solat seperti ini hukumnya menjadi KAFIR dan MURTAD keluar dari Islam.


b) Orang yang meninggalkan solat kerana MALAS atau MERINGAN-RINGANKAN nya , maka ada beberapa pendapat mengikut ulamak





  • Imam Hambali - orang yang meninggalkan solat kerana malas hendaklah dihukum BUNUH kerana kufur berdasarkan zahir hadis-hadis lalu yang menunjukkan bahawa meninggalkan solat adalah punca menjadi KAFIR.



  • Iman Maliki dan Syafie' - Orang yang meninggalkan solat tanpa keuzuran walaupun hanya meninggalkan satu solat hendaklah diminta BERTAUBAT selama TIGA HARI, sepertimana orang murtad diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak mahu bertaubat maka hendaklah dihukum BUNUH. Hukum bunuh ini adalah hkuman hud(hudud) bukannya disebabkan kafir. Orang seperti ini tidak dihukum kufur kerana iktikadnya masih benar.(maknanya di sini , setelah dia dihukum bunuh , mayatnya hendaklah dimandikan , disembahyangkan dan dikebumikan).



  • Imam Hanafi - Orang yang meninggalkan solat kerana malas hukumnya adalah menjadi fasiq yang mana dia perlu dipenjarakan dan disebat dengan kuat sehingga dia menunaikan solat dan bertaubat. Kalau tidak , dia akan dipenjarakan sehingga mati.

Diharap dengan adanya catatan ini , kita sebagai ibubapa akan lebih tegas dalam memantau solat anak-anak kita. Dan juga , pesanan ini adalah untuk diri pB sendiri.

Ustaz tu juga memberitahu bahawa ramai yang meninggalkan solat SUBUH dan ASAR.

7 comments:

Unknown said...

bestnya ada buat program macam ni kat company.. kat sini susah sikit sbb berbilang agama.. malah boleh kata yg muslim agak minoriti..

pB said...

Rai ,

kat sini , boleh dikatakan setiap minggu ada ceramah agama. Sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kadang-kadang tiga hari berturut-turut ada ceramah. Hendak dengan tak nak sahaja.

Irfa said...

kat opis ni pun sokmo ada majlis agama macam ni
cuma sedikit malu sebab punyalah ramai dalam bangunan ni tapi yg datang tak sampai 20 org.malu kat penceramah undangan :(

dear anies said...

syg nyer masih ramai yg ingkar

Mulan said...

jgn la abaikan rukun... mintak2 la kita semua kekal teguh imannya..

makchaq said...

Memang kena suruh dan paksa budak2 ni mula2, tapi bila dah biasa tak payah suruh dah...

ibundo said...

Selamat menyambut ramadhan pb

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...