15 March, 2013

1241






Ini latest picture si Adam Faris.
Dalam perjalanan pulang dari KLIA ke PUTRAJAYA


Dalam ramai ramai anak , si Adam ni lah yang paling aktif.
Dulu , jarang dapat tengok aBear kejar (mengepung) anak anak.
Tapi dengan si Adam ni , pantang dapat tempat luas , berlari jer kerjanya.

Semalam ke KLIA.
Maa , Abah dan adik aBear yang nombor lima tu dapat jadi tetamu Allah.
Alhamdulillah.

Duduk lepak pulak kat Aras Dua nun dihujung tanjung .
Memang lapang , memang luas  kawasan tu.
Orang pun tak ramai.
Kebetulan pulak dekat dengan eskalator.
Jenuh aBear mengejar , asyik nak berlari ke arah eskalator.
Beberapa kali jugak terlepas ....
Last last , naik turun beberapa kali eskalator dua anak beranak tu.


Maghrib semalam pun Adam Faris cipta sejarah.

Punyalah seronok main air , sampai tak nak keluar bilik air.
Punyalah berani , ditutupnya pintu bilik air.
Kalau tutup sahaja , tak apa lagi.
Ini .... ditekannya punat pulat pada tombol pintu tu.
Terus terkunci di dalam bilik air.

(Dia mandi di dalam bilik air , Kak Lang tunggu di luar bilik air)
Kak Lang tak sempat nak buat apa apa dah masa Adam tutup pintu tu.

Menangis nangis dah dalam bilik air.
Kebetulan aBear pulak tak ada kat rumah.
Ke surau untuk bersolat.

Panik ?
Memang panik.
Cuba beberapa anak kunci , tak dapat nak masuk pun.

Tiba-tiba ....
Adam berhenti menangis

Lagilar pB panikkkkkkkkkk

Panggil beberapa kali , siap jerit jerit lagi
tak lama kemudian baru Adam sambung menangis lagi.

Akhirnya , boleh buka jugak lah pintu bilik air.


Keluar Adam , pucat jugak lah muka dia .....
Bukan Adam sahaja yang pucat ,
pB dan anak anak yang lain pun dah kecut perut .




12 comments:

Eliss said...

lasak sungguh hero malaya sorang ni yer :) memang ngeri jenis bilik air boleh lock dr dalam ni. kalau kat hotel pintu dia just guna syiling ajer utk buka kalau terkunci dr dalam.

Unknown said...

Adam good boy.... berjaya cipta sejarah

cheqna said...

Mmg debar la...cheqna hok bc ni pun debar...adam gak eh...hihihi

Bitt (double IS) said...

hensem!
adehhh nasib baik saya baca pon panik tau...

Dinas Aldi said...

Comei sungguh Adam Faris.

Takutnya bila jadi macam tu..alhamdulillah takda apa2.

Zaitun said...

Comelnya anak pB.

Dulu pernah terjadi pada kak Zai pintu bilik tak boleh buka ...jam.

Besan kak Zai baik orangnya lemah lembut kan...macm itulah juga menantu kak Zai...manja.

wakgelas said...

ckp je dgn Adam tu lenkali kalo dia buat lagi mak buat adik baru lagik dan lagikk.,ihHIkks

Dr K said...

Harus panik!

Macam mana boleh bukak? Adam geti bukak balik pintu yg terkunci tu?

Rumah Kuning said...

hero...basodia dah.hehe

makchaq said...

Yang lain heroin mesti la tak setangkas hero... Tapi tengok muka selamba dia memang geram nak pelok2...

Bahaya tu terkunci kat bilik mandi... Kalau makchaq pun panik..

Mulan said...

adam dah besarrrr...

Irfa said...

bahaya ni kalau suka kunci bilik
sbb kdg2 kunci pun x tahu simpan kat mana..kakpb..mana gambar kita ber3 tu
nak mitok dgn cik adik tu malu pulop

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...