Tengahari semalam , macam biasa keluar jalan jalan cari makan.
Berseorangan sebab akak yang selalu ikut tu , just nak makan roti.
Fikri punya fikir , last last tuju ke Seksyen 19 .
Nak makan di Restoran Mukmin.
Dari Seksyen 18 hendak ke Seksyen 19 , wajib lalu satu bulatan.
Masa tu , jalan tak lah pack sangat , tapi kereta banyak.
Di hadapan pB , sebuah kereta Pesona kaler Orange.
Dah nama Malang , Tak Berbau pulak tu.
Selamat pB sondol belakang kereta Pesona tu.
Nak kata perlahan , berdentum lah jugak.
Nak kata kuat , nasib baik tak ada luka apa apa.
Panik jugak .
Nasib baik kereta yang pB sondol tu tak apa apa.
Cuma patah plat kereta.
Kereta pB pun tercalar sikit jer.
Pemandu Pesona tu pun perempuan.
So tak lah gabra sangat masa berbincang.
Dia pun mintak maaf. Sama sama mintak maaf.
pB ingat dia dah nak jalan.
Dan dia memang nak jalan tapi dia berhenti sebab ada kereta
lain yg datang tuju ke jalan dia.
pB sedekahkan duo puluh rial untuk menggantikan
plat kereta dia yang patah tu.
Impak dari brek mengejut tu ,
pinggang pB ada rasa sikit sakit skrg nie.
Rasa macam sakit sengugut pun ada .
Dah check dah kat klinik pagi ni.
Doktor pun dah scan , alhamdulillah baby tak apa apa.
Tiada pendarahan atau apa apa.
Dr nasihatkan pB berehat.
So , today cuti sakit lagi.
"Lupakan kisah semalam, ia telah berlalu dan pastinya tidak akan kembali. Kemudian lihatlah esok. Di hadapanmu terbentang taman yang tersenyum elok dan burung-burung yang bersenandung ria. Nikmatilah keindahan itu dengan kesabaran dan doa. Kerana sesungguhnya orang yang bersabar dan berdoa akan dicukupkan pahalanya tanpa batas.."
14 July, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmmm
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
-
Terima kasih pB ucapkan pada TOKNABE . Sebab apa pB terimo kasih ...??? Sebab nyor , dalae blog dio , dio g bubuh lar video klip hok pB dok ...
-
Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...
10 comments:
Hati hati dijalan raya ye pB.. Syukur tidak jadi apa2..
salam kak pB,
hari ni kita sama2 kemalangan kecil kak. kakchik pulak disondol kereta depan bila dia reverse mengejut dekat selekoh.
trauma gak ni sebab dentumannya kuat sangat.
malang tak berbau
take care.. lebih berhati hati lepas ni. Cuti sakit tu rehat puas puas.
ramai yg cuti sakit ni.. hati2 di jalan raya..
eh hilang pulak komen tadi. Takpe komen sekali lagi.
Biasa jugak berlaku kes sondol bontot ni. Kadang tu kita ingat kereta depan nak jalan tapi last minute dia tak jadi jalan. Kita dah tekan minyak. Akibatnya gedegum.
Berhati2 lain kali terutama ketika pB berbadan dua ni.
alahai benda dah nak jadi syukur semua selamat... tapi kena hati2 lain kali sbb sayang baby dlm perut tu... bak kata my gynea tu "your baby is so precious tau" sbb dia tau itu baby akhir
Salam pB,
Sungguh lah 'malang tu tak berbau'..mendengarkan accident2 kecil macam ni yang buat Auntie kecut perut nak bawak kereta...tu sebabnya asyik renew lesen je tiap tahu!
Satu lagi, Auntie peratikan, ramai pemandu tidak berhati-hati masa kat bulatan, yang patut berenti tak berenti, main belasah jalan....
Hati-hati ye pB...gamaknya pB teralit dok pikir apa nak makan tu...
Selamat berehat.
rehatlah kak pb, takut jadi apa2
kak wear sokmo accident kalu pregnant...kali ni pun accident jugok hok cerito hari tu...hmmm...sokmonyo accident sorang diri jer, tp kali ni melibatkan org lain....special sikit kot kali ni...
take care PB...
moralnya...takyah la gi makan jauh2...tapi kalau dah malang nak datang, jalan kaki pun kena..
alhamdulillah PB takde apa2...take care jgn lasak2 sangat hehehe
Post a Comment