24 May, 2007

DIET

Salam

Pagi tadi makan laksa penang.
Dah habis menu dah kiranya ni.
Nak makan roti canai , dah tak sanggup rasanya.

Sebabnya kalau kita makan sekeping sahaja roti canai, kita kena jogging selama 5 jam, baru hilang semua kalori yang ada dalam roti canai yang kita makan tu.
Sanggup ker nak jogging lima jam??
Setengah jam pun dah semput.
Tapi kalau kita makan capati berkeping keping pun tak per.

Sejak dua menjak ni, pB sonok beli majalah RAPI.
Saper melanggan majalah ni, sila angkat tangan.
Macam lah pB nampak kalau kamu kamu angkat...

Selain dari RAPI, majalah yang kira wajib pB beli tiap tiap bulan ialah majalah KELUARGA , ANJUNG SERI dan juga Mastika.
Mastika tu , bacaan aBear.
pB dah tak berapa minat nak baca.

Ok , berbalik pada majalah RAPI ni.
Harganya rm3.90 sahaja tapi maklumat dengan kesihatan memang banyak.
Ada macam macam petua , nasihat bagaimana nak jadi sihat.

Apa yang perlu kita makan?
Apa yang perlu kita TIDAK makan?
Ada Menu 7 hari untuk sesiapa yang nak berdiet.
Dan yang paling seronok ialah ada koleksi resepi.

pB ni kan jenis suka kumpul resepi.
Suker sangat tengok gambar gambar dalam majalah RAPI.
Sungguh berkaler kaler full.

Macam buat promosi lah pulak.
Kak Sri Diah kena bagi pB diskaun nie...

Antara petua yang mereka beri untuk turunkan berat badan ialah minum air banyak banyak.
Jangan minum air bergas atau minuman yang mempunyai kaleri yang tersembunyi seperti kaffe latte , jus dan juga minuman bersusu.
Mereka meyaran supaya minum air kosong, jus tanpa gula tambahan , kopi atau teh tanpa susu dan kurang manis.

Masalahnya sekarang (bagi pB lah) , nak minum air banyak banyak tu memang lah boleh.
Tapi mesti tak tahan asyik kena berulang alik ke tandas.
Kalau tandas tu dalam satu bangunan dengan pejabat pB, oklah kan.
Tapi ini, tandas kat luar bangunan.
Malulah kalau asyik orang tengok pB dok masuk tandas.
Nanti ada pulak yang sound, buat pejabat sebelah tandas je lah....

Petua kedua mereka ialah cuba makan buah buahan pada waktu pagi (kalau tak silapnyer).
Ada ker kedai kedai makan, restoran , kedai mamak yang jual buah buah pagi pagi buta.
Tengahhari pun dinasihatkan untuk makan buah buahan.
Masalah pB untuk isu ini ialah kat pejabat ni tak de peti sejuk.
Mana best makan buah yang tak sejuk ....

Merapu aja pB nie.
Bukan susah nak tambah berat badan.
Tapi bukan senang nak kurangkan berat badan yang telah naik nie.

Dah ada jalan pun masih dok nak ber alasan alasan lagi.
Sila abaikan semua alasan yang tertera diatas ini.

Kat sini , pB nak kopi paes lah apa yang pB baca .
Boleh dijadikan contoh untuk semua pembaca pembaca blog pB yang rasa badan dah gemuk itu ...
seperti pB lah ...

LANGSING DGN NOMBOR

1 SENDUK NASI
- Tak salah makan nasi.
- Tapi satu senduk cukuplah.
- Selebihnya makan lauk byk2 seperti sayur, sup dan makanan yang berbakar

1 GELAS JUS
- Segelas jus cukup untuk membuat perut kita kenyang.
- Tak perlu tambah dengan karbohidrat yang lain lagi.

2 GELAS SUSU
- Cukup dengan 2 gelas susu.
- Ianya mengenyangkan dan menguatkan tulang.
- Segelas diwaktu pagi dan segelas sebelum tidor.

2 BIJI EPAL
- Untuk bekalkan protein dan serat semulajadi.
- Ambil antara jam 10 pagi hingga 12 tengahhari dan sebiji lagi sekitar jam 3 petang.
(sat lagi nak g Giant , beli epal)

3 KEPING ROTI
- Kalau nak kurus, pilih sarapan yg berkualiti.
- 3 keping roti tanpa disapu apa apa adalah baik.
- Minumlah dengan milo atau segelas susu suam.
- Kalau nak lebih enak, campurkan roti dengan bancuhan oat.

5 MINIT TARIK NAFAS
- Aturlah pernafasan dengan baik.
- Tarik nafas dalam dalam.
- Ini akan mengurangkan stress dan melancarkan peredaran darah kita.

8 GELAS AIR KOSONG
- Air dapat melancarkan perjalanan sistem tubuh badan dengan baik.

9 ANAK TANGGA
- Kena praktik cara ini.
- Lepas makan , cari mana mana anak tangga.
- Naik dan turun tangga ini dengan pantas dlm kiraan 10 saat.
- Lakukan turun naik ini sebanyak 3 set.

10 MINIT REGANGAN
- Mulakan senaman lengkap dengan aktiviti regangan dan pemanasan.

14 CAWAN TEH HIJAU SEMINGGU
- Cukup hanya 2 gelas sehari selama seminggu.
- Akan membuang toksin , malah ia tidak mengandungi kalori.
- Mengenyangkan dan mencegah perut dari rasa lapar.

28 HARI ATUR PEMAKANAN SIHAT.
- 28 hari anda berdiet sudah mampu melihatkan perubahan.
- Sarapan dengan buah buahan segar seperti limau, nenas , epal .
- Tengahari pula dengan hanya semangkuk sup, 2/3 sayur dan ikan serta kentang,
- Malam pula, makanlah ikan, daging dan telur.

50 KALI SKIPPING
- Buatlah sebelah petang.
- 50 kali sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.
- Lakukan hari hari.
- Berat badan pasti akan berkurangan.


Hah...itulah dia.
Mudah aja..
Tapi kena displin untuk lakukan.

Jom , kita mulakan hari nie....

36 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Saya pulak suka Hypertune, Extremekar, Laman, Men's Health, i, Millinia dan Massa ikut isu. Apa lagi ekk...

Wah ada petua langsing lagi tu. Saya biasa 'sit up' dan 'oush up' pagi dan petang. Seminggu sekali baru sempat buat 'weight lifting', 'crunch' semua tu....

Apapun tq petua-petua PB tu.. :D

pB said...

BP
Dalam byk byk majalah yang BP bagitahu , pB cuma tahu majalah LAMAN.
Yang lain , pB macam tak pernah tengok pun.

Buat push up kena guna otot perut , baru betul

Sama sama.
Kalau ada lagi, nanti pB share lagi.

Anonymous said...

sat gi, kalo pi Giant, jgn lupa beli teh hijau..dan jugak tali skipping...

semoga akak cepat slim..

risanur said...

salam kenal kak pB...

seronok membaca blog akak ni...dari pagi hingga skrg saya membaca blog akak...

thanks dengan tips2 diet yg diberikan..boleh cuba kan dlm masa 28 hari..

kakLuna said...

mudah ke tuh..hikhikhik..saya pulak suka baca MW..hmm..dari aritu nak tulis pendapat kat surat pembaca MW..tak bagi2 lagi..untung2 dpt barangan Avent.. :)

pB said...

OREN
Kak pB dah p Giant tengahari tadik.
Dah beli pun epal. Dan dah makan pun sebijik.
Awat depa tu kata makan epal , kenyang..??

Kak pB dok rasa lapar lagi nie...

Tali skipping dah beli dah , dulu
tapi anak dara yang dok pulun

RISANUR
Selamat Datang ...
Terimakasih kerana sudi luangkan masa Risa.

Byk yang merapu, rasanya dlm blog kak pB nie.
Walau macam mana pun, sonok bila tahu ada org sonok baca blog ni

Rajin rajinlah datang

pssstt....setelah berlalu 28 hari, Risa ceritalah sikit, jadi ke tidak petua nie...

KAK LUNA
Dulu memang tak penah miss MW tu.
Tapi sejak mereka dah boh iklan banyak sangat, kak pB rasa tak berapa nak suker la pulak..

Pa'chik said...

dokleh eh.. pagi nok keno nasik blauk jugok...

HAPPYIRFA said...

he he..terasolah bab
'Boleh dijadikan contoh untuk semua pembaca pembaca blog pB yang rasa badan dah gemuk itu '..
nok tiok lagilah..tp thk fr resipi kurus tu.minat gak simpan resepi siap berjilid2 lagi tp masak menu sama jer..sapa nk jawab?

pB said...

PO'CHIK
Anok jate jati klate meme lagu tu..

Nok nasik jugok pagi pagi ...

pB said...

IRFA
Apasal ni, asyik sensitip jer??

Jange la dok tiok. Kak pB jauh la nok g kesat air mato tu ...

Hok raso dio bertamboh sihak , buleh la tra.
Kalau hok kuruh tu, tak yoh la ...

Kak pB supo Irfa jugok kot. Sipae resepi, siap print te'phek di pitu peti sejuk lagi, tapi dok make resepi tulo..

kak pB tak po, sebab tok ma hok masok...keh keh keh

aci tok jawapae kak pB tu ...

Anonymous said...

Pagi takdi make roti Gardenia lesek denga majerin, kapuh 2 keping.
Tok sehak ni.. hehehe..

Pastu minum air Pe'rl Cafe secawe..
Terus sega buga sehari ni.. =D

pB said...

FIZZY
Keno ma'kae roti gardenia hok wheat tu ... hok kaler coklat.

Pe'rl Cafe..??
Haghi haghi ko minum...??
Kafein tu ...

Jago jago sikit ...

~adeQ~ said...

Jom kite bersenam!!! nak sahut ajakan kak PB tapi penyakit M ni berlemak la pulak...bile la nak kurus ni kan?

pB said...

ADEQ
Sememangnya menulis dan bercakap sungguh mudah kalau bab bab nak bersenam, jaga pemakanan dan nak kurus.

Kak pB punya M lagi besar dari iklan McD yang kat tepi jalan tu ....

pjoe said...

Saya pulok nok lagi berisi.
:D
hihihihi

KakNi said...

PB, semoga berjaya... heheheh

Amy said...

Salam kak pB..ni amy buat kunjungan balas.. mmg rasa nak singgah lagi dan lagi. kena plak dgn topik kak pB ari nih. Ucapkan Amy selamat berjaya ye? :P tah baper lama le amy nak bertahan ni..

suriani said...

Rapi la u lepas ni ek...
Saya suka majalah mastika, cerita pepelik tu!
Anyway, nice blog u have here. Akan selalulah saya ke sini nanti..
insyaAllah hu ta'ala

Eddie Putera said...

Giler punya entri. Ada ker skipping 50 kali. Nak suruh tercabut tulang lutut haku ? giler punya budak...

pB said...

NERD
Nerd ni buleh saing de'nge che aBear dhu'moh tu.
Spesis khuruh kering

AHNI
Insyaallah...
Harap nyer berjayalah.
Risau lak, jadi angan angan O aja.

AMY
Jomlah Amy.
Sama sama kita mencuba dan terus mencuba hingga kita menjadi seperti Nasha Aziz.
Opsss...berangan lagi

UMI
Dulu memang pB baca Mastika tu.
Ada koleksi dari tahun 99 lagi.
Tapi sekarang, baca pun pilih pilih cerita.

TQ ....
Insyaallah, kita akan berjumpa sentiasa di alam cyber ini

Mak Su said...

bukan susah nak susah bukan senang nak senang, bukan susah nak gemuk, tapi susah nak kiut

pB said...

ABE ADIE
Eh ... Jin ado pa'lo lutut ko?

hi hi hi

MAK SI
Cantiklah Mak Su.

Berbelit belit lidah pB menyebutnya ...

Jom kita pakat pakat jadi KIUT

umeboshi said...

kak PB...bagus sungguh promosi akak utk majalah RAPI ni ek. Ume pernah beli sekali je. la ni, slalu dok beli majalah keluarga sri dewi tu je le. kekadang RASA atau SAJI. citer pasal DIET ni best jugak ek. kang lepas bersalin, nak kena betul2 berpantang dan diet nih!! huhuhu..

pB said...

UME
Kena minta kak Sri Diah belanja akak makan lah lepas nie...

Dulu beli gak SAJI.
Tapi sekarang lebih kpd RAPI.

Lepas bersalin, memang kena jaga bentuk badan. Takut yang lebih2 dulu tu tak turun2.

Selamat Berdiet lepas Pantang,ok.

*fizzy* said...

Minum Pe'rl bilo perlu fresh shj.
Cth kalu nak drive atau stay up..
Tp meme kafein kuat.
Sbb Fiz kalu minum kopi biasa atau Nescafe, supo tulo jah ngatuk.
Pe'rl cafe ni dok.

WRA said...

kalu jjale gi mari buak kijo rumoh 5 je tu buleh gati jogging ko? hehehe....

k.we payoh sungguh nok diet nih...tapi k.we ikut hok ore tulih pasa cara make Rasulullah S.A.W kito tuh i.e.
- make buoh dulu sebelum nasik,
- kunyah llamo sikit (ikut saranan 40 kali,tapi k.we tok leh buak tuh eheheh)
- make nga tigo jari (selagi buleh)
- lepah make, gi buak bendo lain dulu baru minum air...

pB said...

FIZZY
Jangae dok ama sangat, mana khae jadi ketagih....

Awok tu mudo lagi , tau

KAK WEAR
Sokmo dok baco petuo Nabi tu.
Tapi susoh la nok ikut.
Terutamo hok jangae minum air lepah makae. Hok sokmo dok buak nyor, minum air se'lae dengan nasik.

Zareda Norman said...

zar pun baca mastika dan keluarga. Sekarang ni zar tak yah diet diet dah.. hehehh diet nak tambah berat adalah.. siap minum weight gain lagi.

pB said...

ZAREDA
Moga Zar akan dapat berat yang diidam idamkan selepas ini, insyaallah ....

NBK466 said...

Eh..kalau ikut kiraan 5 jam tuh..mahu berbulan2 den kena joging nak cover roti2 canai yg den makan sampai hari ni..hu..hu..hui..

pB said...

NBK
Bukan setakat berbulan, bertahun pun belum tentu habis kalori tu ....

tapi tak per, sebab Shahrul suka bersukan. Kira dah cober la tu ...

Orked said...

erk..... nak diet gak la
tp........ baru je lepas mkn ni
esok² la setat...hiks..!


tp tadi pun mkn ikan kukus jer...:p

Anonymous said...

pB kito serupo la... nok diet nok bagi belen dgn hubby kito...cm doh segalo try, naik stepper (hubby kato dia nok jual kat besi buruk sbb doh lamo sedek), pahtu swimming...pahtu erobik & gym, pahtu poco-poco... hok tentu nyo nasi kerabu 2 pingge

Anonymous said...

silap la pulok gi kelik kat anon

pB said...

CM
pB kelih dok bodi CM.
Chomel lah..
Padae doh dengae tinggi ....

Nik Ha said...

Menu utk tambah berat bdn ado dok? Rusing segho sekeping jah nih..huhuhu..

Hmmm

Entry lepas perasae nok post kat fesbuk , tok leh sebab fren waktu pejabat kul 830 pagi. kul 900 tok masuk lagi pakat dok lepok kat bo...